tag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post3363768357763728012..comments2023-11-02T16:06:22.765+08:00Comments on SigapSiaga: Ops-Ops Sikap dan Peningkatan Jumlah KenderaanZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-4918964896196912372011-09-06T17:01:46.587+08:002011-09-06T17:01:46.587+08:00Sdr Anon,
Statistik kemalangan di jalan raya (bag...Sdr Anon,
Statistik kemalangan di jalan raya (bagi setiap negara) dikira mengikut setiap (per) 100,000 orang penduduknya (ditetapkan oleh pihak WHO). Perlu diingat, jumlah penduduk Malaysia ialah 27.5 juta orang.

Berdasarkan statistik Cawangan Trafik Bukit Aman, pada tahun 2010, sebanyak 414,421 kemalangan di jalan raya telah berlaku di negara ini. Daripada jumlah itu, 6,872 orang telah terkorban.

Jika dikira mengikut ketetapan WHO itu (414,421 kemalangan x 100,000 org ÷ 27,500,000 org penduduk), jumlah kemalangan di jalan raya di negara kita per 100,000 org penduduknya ialah 1,507 manakala yang maut pula ialah 25 org per 100,000 org penduduknya.

Walhal, jumlah kemalangan di jalan raya dan jumlah orang yang maut daripada tragedi itu di Negara China, India, malah di Jerman sendiri tinggi juga. Di Negara China, kira-kira 450,000 kemalangan berlaku setiap tahun dengan mengorbankan 100,000 nyawa; di India, 410,000 kemalangan berlaku dan 86,000 org maut; di Jerman, 336,000 kemalangan berlaku dan 5,360 org mati.

Tetapi, oleh sebab penduduk mereka banyak (Negara China berpenduduk 1.3 bilion org; India 1.17 bilion org; Jerman 81.8 juta org), maka kadar kemalangan dan jumlah orang yang maut per 100,000 org penduduk mereka rendah — China: 35 kemalangan dan 7.7 org mati per 100,000 org penduduknya; India: 35 kemalangan dan 7.35 org mati per 100,000 org penduduknya; Jerman: 410 kemalangan dan 7 org mati per 100,000 org penduduknya.

Di rantau sebelah sini, Thailand adalah antara negara yang tinggi kadar kemalangan mautnya, iaitu 11,561 org mati daripada 88,689 kes kemalangan di jalan rayanya pada tahun 2008 (lebih tinggi daripada Malaysia). Walau bagaimanapun, kadar kematian per 100,000 org penduduknya rendah, iaitu 17.2 org sahaja. Hal ini berlaku demikian kerana penduduk Thailand berjumlah 64 juta org.

Yang bagus tentang Thailand ialah, sejak tahun 2003, kadar kemalangan mautnya telah dapat dikurangkan pada setiap tahun. Daripada 14,446 org yang terkorban di jalan raya mereka pada tahun 2003, jumlah itu telah menyusut kepada 10,439 org pada tahun 2009. Kita perlu belajar daripada mereka.

Saya berharap agar penerangan saya ini telah dapat “melenyapkan” kehairanan Sdr tentang sebab-musabab negara kita terkategori sebagai negara yang tinggi kadar kemalangan dan kadar kematian di jalan rayanya di dunia!ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-77018857411137936002011-09-06T14:25:04.750+08:002011-09-06T14:25:04.750+08:00En Zul, sy heran mengapa Malaysia menjadi antara n...En Zul, sy heran mengapa Malaysia menjadi antara negara yg tinggi kadar kemalangan mautnya sedangkan bnyk negara lain didunia ini yg lebih tinggi dr Malaysia.Anonymousnoreply@blogger.com