tag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post8897800560564198102..comments2023-11-02T16:06:22.765+08:00Comments on SigapSiaga: Kisah Khatib dan Teropong DadaZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-30763166167692143482011-08-24T08:26:47.562+08:002011-08-24T08:26:47.562+08:00Salam, Prof;
Alangkah moleknya kalau idea itu dapa...Salam, Prof;
Alangkah moleknya kalau idea itu dapat dipanjangkan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam!

Walau bagaimanapun, alhamdulillah, sekarang sudah ada kecenderungan pihak Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam untuk melantik para imam daripada kalangan lulusan Universiti Jordan, Mesir, Madinah, dll. Hal ini bermaksud bahawa imam telah menjadi kerjaya mereka.

Cuma dalam konteks khatib yang saya ketengahkan dalam siaran saya ini, sepanjang saya menjadi makmumnya, saya berpendapat bahawa beliau imam yang bagus, tetapi beliau bukan khatib yang bagus.ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-27234459758085567592011-08-24T03:10:02.477+08:002011-08-24T03:10:02.477+08:00Sdr. Zul,
Kursus dua hari memang tidak mungkin cu...Sdr. Zul,

Kursus dua hari memang tidak mungkin cukup untuk melengkapkan ilmu dan kemahiran menjadi imam, kecuali sekadar kursus penyegaran bagi imam yang telah agak mantap. Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam perlu merancang kursus persis sistem khalifah yang dilaksanakan di negara China. Modulnya lebih kurang sistem pondok, kerana pelajar tinggal di asrama masjid dan dari pagi hingga malam mendapat bimbingan imam terus-menerus selama beberapa tahun.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-84347679882142826092011-08-23T18:41:46.876+08:002011-08-23T18:41:46.876+08:00Salam, Prof,
Saya pernah berfikir begitu. Rupa-rup...Salam, Prof,
Saya pernah berfikir begitu. Rupa-rupanya di negara yang umat Islamnya minoriti telah mengamalkannya. Alhamdulillah.

JAIS ada menjalankan latihan/kursus untuk imam dan lain-lain selama dua hari di ILDAS. Dua hari sahaja, Prof. Barangkali untuk menyemak bacaan al-Fatihahnya tepat atau tidak dan praktik-praktik lainnya.ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8918763771705042465.post-89416750288425945022011-08-23T16:16:02.573+08:002011-08-23T16:16:02.573+08:00Salam, Sdr. Zul,
Untuk keperluan duniawi dan ukhr...Salam, Sdr. Zul,

Untuk keperluan duniawi dan ukhrawi, ilmu menjadi teras, lebih-lebih lagi bagi orang yang menjadi pemimpin/imam.

Di negara China, ada Sistem Khalifah, iaitu di setiap masjid ada pengajian yang diikuti oleh sejumlah pelajar di bawah bimbingan dan seliaan imam. Sesudah dinilai layak menjadi imam atau guru agama, maka pelajar yang selesai mengikuti pengajian selama beberapa tahun dihantar ke masjid atau madrasah yang memerlukan imam atau guru agama.

Dengan demikian, pelantikan seseorang menjadi imam atau guru agama didasarkan pada kelayakan melalui sistem khalifah itu. Alangkah baiknya masjid di negara kita mengamalkan sistem sedemikian sebagai sistem latihan membentuk imam pelapis.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/01039727005585033965noreply@blogger.com