Sudah dua tahun PR memerintah Selangor. Yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR di Selangor demi kebajikan rakyat yang diperintahnya banyak. Yang berikut ini adalah antara program kebajikan yang telah dilaksanakannya:
- pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma;
- Skim Mesra Usia Emas;
- Tabung Warisan Anak Selangor;
- hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT;
- Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang;
- kemasukan pelaburan sebanyak RM6.76 bilion pada tahun 2009 (kedua tertinggi di Malaysia);
- menaikkan elaun guru-guru KAFA kepada RM1000 sebulan;
- berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5 655 unit rumah yang terbengkalai semasa pemerintahan BN;
- menamatkan sistem kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri;
- melarang ADUN dan Eksko menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan;
- membenarkan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa, dan agama menggunakan balai raya dan dewan;
- memberikan hak milik tanah kepada 10 000 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM1 sekaki persegi;
- memperuntukkan dana RM50 juta untuk skim mikrokredit (al-Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah ceti haram;
- memperuntukkan RM20 bilion untuk tempoh 10 tahun bagi menaiktarafkan sungai-sungai di Selangor;
- menggazetkan 321.7 hektar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal;
- melantik Ahli-ahli Majlis Tempatan daripada kalangan mereka yang berkelayakan dan profesional;
- mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkah laku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu; dan sebagainya.
Tidaklah banyak, tetapi adalah juga. Semua itu diusahakan PR bukan BN. Janganlah mencuba untuk mendapat nama daripada usaha pihak lain.
No comments:
Post a Comment