Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada jam 04:57 petang waktu Malaysia. Walau bagaimanapun, kesan kenampakan gerhana pada fasa ini tidak dapat diperhatikan kerana pada waktu itu Bulan sedang merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan pula pada waktu itu Bulan masih belum terbit dari ufuk.
Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 malam dan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 petang lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 malam. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga jam 9:00 malam apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 10:20 malam tetapi fenomena itu tidak dapat disaksikan pada waktu itu disebabkan Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Pihak Angkasa akan menyediakan beberapa buah teleskop bagi membolehkan orang ramai menyaksikan fenomena ini secara percuma, bermula dari jam dari 8:00 malam hingga jam 10:00 malam di Planetarium Negara.
Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara menerusi talian 03-22734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.
Seperti biasa, marilah kita melakukan solat sunat gerhana bulan (solat sunat khusuf) pada malam tersebut.
NOTA:
Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Terima kasih, tuan....
ReplyDeleteSalam, Cikgu Marni;
ReplyDeleteSama-sama. Marilah kita bermuhasabah dan bermunajat daripada fenomena yang menyerlahkan keagungan-Nya itu.
Pada setiap kejadian ciptaan Allah, ada isyarat yang perlu difikirkan oleh manusia. Sesungguhnya tiadalah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Semoga peristiwa gerhana menjadi renungan kita.
ReplyDeleteSalam, Prof;
ReplyDeleteBegitulah Allah memperlihatkan keajaiban demi keajaibannya bagi membuktikan keagungan-Nya kepada kita supaya kita menjadi insan bertaqwa. Isyarat daripada kejadian itu tidak boleh sama sekali kita abaikan.