SAYA tiba awal di masjid untuk bersolat Jumaat. Kerana
tiba awal, saya memilih untuk berada di saf paling hadapan, di hadapan
pentazkirah yang baru memulakan tazkirahnya. Itulah pun tujuannya saya tiba
awal. Saya bersolat sunat dua rakaat untuk menghormati masjid. Selepas salam,
saya bersalaman dengan “jiran” kiri dan kemudian di kanan saya. “Jiran” di kanan
saya memberitahu saya, “Minta maaf, sebenarnya bahagian yang ada sejadah kuning
ini dikhususkan untuk AJK masjid”. Dia menawarkan saya duduk bersempit di
sebelah jemaah yang duduk di sebelahnya. Saya memilih untuk berundur di saf
kedua di belakang saya yang memang masih kosong
(“Jiran” di kanan saya itu ialah orang yang
sama dengan orang yang pernah menegur seorang jemaah tua yang hendak duduk
berhampiran dengan imam semasa suatu upacara rasmi yang dihadiri oleh MB. Saya
duduk di saf kedua pada waktu itu. Orang tua itu merungut-rungut apabila
dilarang oleh “jiran” saya tadi daripada duduk di tempat itu. Saya bersimpati
terhadap orang tua itu yang terpaksa berlalu agak jauh dari situ. Mujur orang
tua itu tidak memilih untuk keluar terus dari masjid!)
Selepas azan dikumandangkan, seorang jemaah
dengan memakai kemeja-T bertulis angka 2 di belakangnya duduk di salah satu
sejadah yang “dikhususkan” untuk AJK (seperti kata “bekas jiran” saya tadi). “Bekas
jiran” saya tadi hendak bangun, agaknya dia hendak menyatakan hal yang sama kepada
jemaah itu, tetapi dia tidak jadi berbuat begitu kerana barangkali ditegah oleh
AJK lain. Kesemua yang berlaku kepada diri saya dan yang saya lihat sendiri itu
menjengkelkan hati saya. AJK masjid diberi keistimewaan untuk duduk di hadapan
sekali gus menyekat jemaah yang bukan AJK untuk beroleh fadilat saf hadapan.
Saya tidak pasti sama ada hal ini ada diamalkan pada zaman Rasulullah SAW
dahulu.
Semasa saya diarahkan beralih, ada beberapa perkara
yang terlintas dalam kepala saya. Saya hendak berkata kepadanya, “Tak
mengapalah, apabila AJK awak sampai nanti, saya akan mengajaknya mencabut undi dengan
saya”. Saya ingin berkata begitu kerana saya ingat benar akan hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf
pertama, kemudian untuk mendapatkan
itu mereka harus mengundi, nescaya
mereka akan mengundi untuk mendapatkannya”. Malah ada perkara yang lebih jahat
yang hendak saya lakukan. Saya ingin menarik sejadah yang saya duduki sekali
gus menghilangkan penanda tempat yang saya duduki itu sebagai tempat yang dikhususkan
untuk AJK masjid! Kerana saya masih rasional dan tidak ingin mengaibkan sesiapa,
saya memilih untuk diam. (Malangnya peristiwa yang dialami dan dilihat sendiri
itu kemudiannya telah mengganggu fikiran saya pula.)
Sebenarnya, peruntukan yang sedemikian
sangat memalukan. AJK masjid dijamin beroleh fadilat saf hadapan walaupun
datang lebih lewat daripada jemaah lain. Lebih memalukan, untuk beroleh fadilat
itu, mereka “mewakilkan”nya kepada sejadah
berwarna kuning. Saya berpendirian bahawa AJK harus datang awal supaya dapat
duduk di saf hadapan lalu kemudiannya menjadi suri teladan kepada jemaah lain.
Datang lewat dan beroleh keistimewaan untuk duduk di saf hadapan menjadi contoh
tidak baik kepada jemaah. Saya boleh bersetuju kalau tiga atau empat ruang di
saf hadapan dikosongkan untuk dikhususkan kepada muazin dan imam-imam (walaupun
di masjid yang sama, hal ini tidak berlaku sebelum ini kerana saya pernah
melihat Imam 2 masjid itu duduk di saf kedua kerana beliau tiba lewat), tetapi menguntukkan
ruang untuk AJK saya fikir hal itu mengarut!
Perbuatan itu suatu diskriminasi yang tidak
masuk akal dan membelakangkan sunah Rasulullah SAW.
Salam Ramadan al-mubarak . . . Adinda Zul,
ReplyDeleteBagus sekali kesabaran adinda Zul mengatasi segala-galanya sepanjang bersolat Jumaat tadi!
Bukan tujuan menghasut dalam bulan istimewa penuh barakah ini . . . tapi jelas sekali peristiwa yang berlaku itu sepatutnya tidak terjadi sama sekali!
Mungkin si 'jiran' dalam masjid itu sahaja yang memandai-mandai bertindak sedemikian.
Tapi . . . pelik juga ya . . . ada sejadah kuning sebagai tanda khas tempat AJK masjid!
Biasanya di Malaysia . . . warna'kuning' melambangkan status diraja.
Mungkin saja adinda Zul tidak memberitahu 'jiran' dalam masjid itu bahawa nama adinda bermula dengan gelar Tengku polan bin Tengku polan.
Kalau sempat adinda Zul berbuat demikian . . . tentu saja tiada mana-mana 'jiran' pun dalam masjid tu yang akan berani menegur adinda Zul apabila duduk di saf paling hadapan itu!
Dan . . . jiran Omputih Uda yang suka menyibuk ni pula sempat melontarkan pertanyaan berbunyi:
[" Yeah Bro . . . by the way . . . what was the name of the mosque . . . in question? Much obliged if it is made known . . . so the layman can be extra careful when going for the front most row . . . hmm."]
Alahai apa nak dihairankan . . . dunia punya dalam . . . macam-macam ada!
Mike besabo aje le ye! Mudah-mudahan markah puasa mike meningkat tinggi!
Sdra Zul,
ReplyDeleteInilah dinamakan KASTA MODERN, tidak pernah diajar Baginda Rasulullah s.a.w begini kita mendapatkan saf untuk bersolat.
Lebih malang jika tempat itu dikhaskan untuk Sultan atau Raja atau pembesar negara bila bersolat, tidak siapa boleh merapatkan saf menghampiri sultan tersebut supaya iblis tidak berdiri dicelah-celah saf tersebut. Perkara begini sampai hari ini tidak siapa berani menegur siRaja itu. Lantas AJK dimasjid yang diimarakkan Sdra tanpa disedari mengambil contoh raja yang disanjungnya sebab raja dihari itu tidak datang jadilah AJK itu raja Pakau. Mohon maaf.
Salam, Uda,
ReplyDeletePahala Dinda rasanya susut di celah-celah kesabaran Dinda tu. Merungut hati ini. Mujurlah khutbah ada umph pada masa tu, iaitu tentang Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan itu.
Betullah, Da. Dunia punya dalam macam-macam ada. Orang minta nasi goreng telur dadar atas, tapi dia sudah salah cakap telur atas dada. Kih kih kih. Dunia macam-macam ada.
Salam, Syeikh Abd Rahman,
ReplyDeleteBetul, Syeikh ... saya pun berfikiran sama dengan Syeikh - ini memang KASTA MODEN. Sepatutnya, dalam solat tidak ada hak istimewa untuk raja apatah lagi AJK, kecuali imam. Kalau kebetulan raja menjadi imam dan khatib, alangkah moleknya! Sejuk hati rakyat.
Salam Adinda Zul,
ReplyDeleteItu maka jadinya . . . makan nasi lemak . . . rasa telur.
Dan, berlanjutanlah kih, kih, kih . . . lagi.
Mamak oh mamak!
Salam, Uda,
ReplyDeleteYang ada telur..., yang tidak ada bagaimana pulalah halnya. Kesian....