Keputusan pihak kerajaan memansuhkan P & P Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Julai 2009 lalu sangatlah menggembirakan hati kita walaupun pencetus idea itu jelas kurang puas hati. Insan-insan pejuang bahasa seperti Dato' Hassan Ahmad, Dato' A. Samad Said dan SN-SN yang masih hidup itu, Dato' Baha Zain, Prof Abdullah Hassan dan Prof Awang Sariyan serta seluruh insan pencinta bahasa Melayu seperti kita ini seharusnya bersujud syukur kerana sirih telah pulang ke gagang dan pinang telah pulang ke tampuk.
Walaupun ada pihak yang ragu-ragu akan kepulangan bahasa Melayu dalam P & P Matematik dan Sains itu kerana perkara itu hanya akan berlaku kurang lebih tiga tahun lagi – 2012 – kononnya macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu, seperti berubah fikiran, ditekan pihak tertentu, dsb, namun kita harus mengakui ketulusan hati YAB Menteri Pelajaran dan Dr. Puad Zarkashi, timbalannya dalam merealisasikan pemansuhan itu. Kedua-duanya dapat mempengaruhi jemaah menteri (termasuk mantan Menteri Pelajaran) untuk menerima pandangan mereka yang sudah tentulah berdasar pada kajian oleh pihak Kementerian dan Jabatan-jabatan Pelajaran.
Bab pemansuhan itu selesailah sudah walaupun pelaksanaannya dilakukan berperingkat-peringkat. Persoalannya, adakah dengan pulangnya BM ke pangkuan P & P Matematik dan Sains itu bermakna BM telah benar-benar didaulatkan? Tidakkah perancangan yang direncanakan pihak Kementerian Pelajaran untuk memantapkan pengajaran BI bakal mengancam kedaulatan bahasa Melayu?
Saya berpendapat bahawa pengajaran BM juga harus dimantapkan supaya para pelajar dapat bertutur dengan nahu yang betul, baku, dan tepat. Pelajar harus ditanamkan dengan kesedaran untuk mencintai bahasa Melayu lebih daripada bahasa lain. Mereka harus ditanam dengan rasa bangga untuk berbahasa Melayu.
Sukarkah untuk direalisasikan? Ya, sangat sukar kalau dipaksa kerana berat beban yang sedikit dek hati sakit tetapi kalau dilakukan dengan ikhlas dan penuh kerelaan, hasrat itu pasti dapat dijayakan kerana hati yang ringan meringankan beban yang berat.
Setelah melewati usia 50 tahun sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, dan bahasa perpaduan, kita sepatutnya tidak perlu lagi mengeringkan tekak tentang pendaulatan bahasa Melayu ini kerana bahasa itu sepatutnya sedang kembang dan digilai seluruh rakyat.

Selamat berblogger. Semoga setiap entry yang ditulis menambah pengetahuan
ReplyDeletemkriza
Saya pun sependapat dengan sdra. Bahasa Melayu perlu diperkasa dalam semua bidang. Apatah lagi dalam sistem pendidikan negara.
ReplyDeleteJuilis Mokujal
emel: juilis7868@gmail.com
Sdr Riza: Terima kasih. Sdr juga harus terus berblog.
ReplyDeleteSdr Juilis: Usaha pemerkasaan BM sudah pun menampakkan hasil tetapi telah dicalarkan oleh PPSMI. Pengenalan PPSMI itu terbit daripada kewujudan rasa rendah diri dan ketidakwujudan rasa bangga untuk bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.