Wednesday, November 9, 2011

Merdeka = Bebas; Seksualiti Merdeka = Seksualiti Bebas?

BismillaahirRohmaanirRohiim

Bukanlah niat saya hendak membenci dan menghina sesiapa pun
kerana tiada seorang manusia yang hidup pun wajar dibenci
sebelum kita sendiri berusaha untuk membetulkannya (jika mereka salah)
apatah lagi pengakhiran hidup manusia bukan berlaku dengan kehendak kita
melainkan dengan kehendak Allah SWT jua.
Mungkin hari ini manusia itu melakukan maskiat tetapi dengan kehendak-Nya
dalam sekelip mata manusia itu mungkin menjadi insan soleh dan solehah.

Program Seksualiti Merdeka, rupa-rupanya, sudah beberapa tahun diadakan! Kerajaan pemerintah, rupa-rupanya, tahu akan kewujudan program itu dan merekalah, rasa-rasanya, yang meluluskan penganjuran seperti itu.

Pihak yang mendukung program itu ada yang marah-marah (hingga sampai ke tahap hendak saman-menyaman) kerana ada pihak media yang melabel program itu sebagai “program yang menggalakkan seks bebas”.

Menurut pihak penganjur, program Seksualiti Merdeka itu bukan bertujuan untuk menggalakkan seks bebas, sebaliknya untuk membantu kumpulan *LGBT yang terpinggir supaya dapat memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

Apabila membaca dan mendengar kenyataan itu (tentang matlamat penganjuran), iaitu untuk membantu kumpulan *LGBT yang terpinggir supaya memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang, saya pasti banyak orang yang kurang faham.

Adakah hal ini bermaksud bahawa mereka berusaha untuk menyedarkan golongan *LGBT itu supaya balik ke pangkal jalan (meninggalkan amalan homoseks, lesbian, biseksual, dan transgender) itu ataupun merelakan dan merestui perlakuan mereka?

Alhamdulillahlah kalau mereka berusaha untuk menyedarkan pengamal perlakuan itu supaya kembali ke pangkal jalan. Walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui, hakikat penganjuran program itu yang sebenarnya bukan demikian.

Hakikat yang sebenarnya ialah penganjuran program ini bermatlamat untuk menuntut hak dan kebebasan bagi golongan *LGBT ini supaya mereka bebas (merdeka) mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka di negara ini.

Jadi, berdasarkan matlamat program tersebut, jelas bahawa pihak penganjur memang berhasrat untuk menggalakkan perlakuan seks bebas (merdeka), iaitu bebas (merdeka) melakukan hubungan seks dengan cara apa-apa sekalipun!

Oleh sebab itu, tidak salahlah kalau ada pihak (khususnya pihak media) melabel penganjuran program Seksualiti Merdeka yang baru diharamkan oleh pihak polis itu sebagai suatu program “yang menggalakkan seks bebas”.

Walau apa-apa pun hujah mereka, yang jelas penganjuran program itu sangat berbahaya. Tindakan pihak polis mengharamkannya, walaupun lambat hingga penganjuran proram itu sempat diadakan beberapa tahun, memang wajar.

Yang kurang enak ialah, rupa-rupanya, ada kepala parti yang merestui program seperti itu. Sama ada “restu” itu mewakili pendirian parti atau pendirian peribadinya, yang jelas pendirian itu sangat bertentangan dengan pendirian parti yang satu lagi.

Hal ini menambahkan keraguan orang yang mengikuti pendiriannya tentang pelbagai perkara sejak dahulu lagi. Pendiriannya tentang Satanic Verses pernah diragui orang. Simpatinya terhadap holocaust yang tersisip dalam Schindler’s List pun diragui orang.

PRU13 sudah dekat. Pendirian ini, kalau dipergunakan oleh pihak lawan, dapat menyebabkan kekalahan. Isu persendaan janggut Nabi oleh mantan ketua pemerintah dan pemakaian tanjak salib oleh mantan ketua sebuah parti dahulu pernah menyebabkan pihak yang mempersendakan dan pihak yang memakainya KALAH.

Walau apa-apa pun, atas nama Islam, *GLBT tidak harus dibenarkan. Malahan orang-orang yang terlibat dalam perbuatan seperti itu harus diinsafkan dan dilorongkan ke jalan yang benar. Keseronokan belum tentu menjadi nikmat!

*GLBT = Gay, Lesbian, Biseksual, Transgender

3 comments:

  1. Sahibussamahah Mufti Pahang pun tak setuju dgn progrem ini. Boleh murtad kata beliau.

    Saya munkin tau pemimpin parti tu. Kalu kwsn saya diwakili oleh calun dr partinya atau dia sendiri jadi calun, saya tak akan memiih dia atau calon dr patinya.

    ReplyDelete
  2. slm tuan
    melaka dikatakan sedia utk gubal dan wartakan enakmen khusus bagi mengkelasifikasi kegiatan homoseksual dan lesbian sebagai satu ajaran sesat bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas.

    saya kata kelasifikasikan sebagai ajaran songsang.

    ReplyDelete
  3. Salam, Anon-anon,
    Hal ini bukan hal politik. Hal ini hal agama. Kedua-dua pihak - Sahibussamahah Mufti Pahang dan Kerajaan Melaka - betul. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

    ReplyDelete