Saturday, September 24, 2011

Baru Bercakap tentang Hudud, Digertak; Digertak Menggelabah Pula

MCA tidak mahu hudud. Kalau ada hudud, tiada MCA dalam BN. UMNO pun gelabah, takut sangat MCA menghincitkan diri mereka. Hebatkah MCA? Berapa kerat MP dan ADUN MCAkah yang menang PRU lalu?

UMNO tidak patut gelabah kalau MCA menghincitkan diri mereka. Kalau mereka hincit, mereka bertanding di tempat yang lebih kurang sama dengan MCA dan GERAKAN bertanding juga – kawasan majoriti Cina.

Apakah bezanya kalau MCA ikut DAP menjadi pembangkang? Sekarang pun sudah jelas mereka membangkang – dari dalam. Presiden MCA yang aksi hangatnya pernah menjadi tontonan orang itu apalah sangat berbanding dengan hudud. Kalau hudud diguna pakai pun, dia bukannya kena hudud.

Itulah bezanya iman orang UMNO dengan iman orang dalam PAS. Orang PAS, melalui TG Nik Abdul Aziz, terus memberikan jawaban tegas apabila diprovokasi tentang penerimaan DAP tentang hukum hudud.

“Dia orang nak keluar, itu dia orang punya pasal!” Mudah sahaja jawaban beliau, sebaliknya jawaban orang UMNO, melalui Timbalan Presidennya, sangatlah mengecewakan – ada unsur gelabah dan takut.

Sepatutnya, yang wajib ditakuti oleh UMNO ialah kecuaian mereka selama menerajui negara ini kerana mereka telah memicingkan mata dan menulikan telinga terhadap pelaksanaan hukum hudud – hukum yang disusun Allah!

Besar mana sangatlah musibah yang akan menimpa UMNO kalau MCA menghincitkan diri daripada BN berbanding dengan musibah daripada kemurkaan Allah SWT terhadap UMNO yang tidak mengangkat hukum hudud!

Hai, entahlah...! Ketua-ketua agama Islam di negeri-negeri tidak mahukah bercakap tentang hukum hudud ini?

2 comments:

  1. Apabila dekat-dekat pilihan raya, isu hudud mulalah timbul. Tak kiralah dari belah kerajaan ataupun pembangkang, seolah-olah hudud ni dah jadi isu pilihan raya sahaja.
    Kalau kita lihat, dalam bab agama dan pendidikan, MCA atau DAP atau GERAKAN bersatu hati (bersama-sama). Mereka sepakat. Lihat, mana ada pembangkang yang kecoh2 tentang universiti yang dimiliki MCA. Orang Melayu kalau dapat kuasa, institusi pendidikanlah yang mereka nak rampas dulu. Hasilnya, anak-anak/pelajar yang jadi mangsa. Bab agama (hudud) pun macam tu jugak.

    ReplyDelete
  2. Salam, Khairul,
    Masih berada dalam permusuhan yang panjang mereka itu. Mereka inilah penghancur masa depan kita.

    ReplyDelete