Tuesday, September 4, 2012

Syabas, Hasihin...!


Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada pemanah elit paralimpik negara, Hasihin Sanawi, yang berjaya memenangi pingat perak dalam acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, London. Beliau tewas dalam acara akhir kepada pemanah dari Itali, Oscar de Pellegrin.

Pencapaian Hasihin itu menyamai pencapaian Lee Chong Wei yang turut memungut pingat perak dalam Sukan Olimpik yang baru lalu. Kita yakin bahawa akan ada ganjaran yang bakal diberikan oleh pihak kerajaan kepada Hasihin. Seelok-eloknya, ganjaran yang itu haruslah sama dengan yang diperoleh oleh Lee Chong Wei.

Jika tidak diberi ganjaran yang sama dengan apa-apa yang diperoleh oleh Lee Chong Wei, ganjaran itu kelak janganlah lebih rendah daripada apa-apa yang diperoleh oleh Pandalela Rinong yang memungut pingat gangsa pada Sukan Olimpik lalu. Pingat perak tentulah lebih tinggi nilainya daripada pingat gangsa.

Hasihin akan meneruskan cabaran negara dalam acara memanah berpasukan bersama Zulkifli Mat Zain dan Mohd. Zafi Rahman Mat Salleh. Marilah kita berdoa agar beliau dan dua orang rakannya beroleh pingat emas pula dalam acara yang akan disertai mereka.

13 comments:

  1. Hasihin deserves to get the same as what Lee Chong Wei received. Sport Minister, please do not play double standard and discriminate. I would like to see how Najib response

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sdra Zul,

    Kerajaan perlu memberi ganjaran dan penghormatan kepada pemanah Hasihin seperti Datuk Chong Wei, Hasihin bukan saja boleh dijadikan teladan untuk golongan istimewa malah yang tidak cacat, terutamanya anak-anak muda boleh menjadikan Hasihin inspirasi dalam mengejar ciat-cita, supaya anak muda mempunyai jatidiri dan wawasan.
    Jangan jadi anak muda yang biadap dan tidak tahu letak keperluan dalam bermasyarakat lebih-lebih lagi beragama.
    Seperti kes anak muda menunjukkan punggung dan memijak gambar pemimpin negara. Jika ini dilakukan terhadap pemimpin yang kita sanjung, apa rasa kita. Berpolitik perlu beradap supaya orang ramai akan sentiasa mengabil kita sebagai tempat rujukan dan bukan tempat melancarkan perang.

    ReplyDelete
  3. Anon,
    Betul, Hasihin layak diberi ganjaran yang sama dengan yang diperoleh oleh Datuk Lee Chong Wei, malah beliau wajar diberi gelar Datuk juga, sama seperti Chong memperolehnya selepas memenangi pingat perak pada Olimpik 2008 dahulu.

    PM DS Mohd. Najib harus memperlihatkan 1Malaysianya supaya tidak ada double standard!

    ReplyDelete
  4. Slam, Syeikh AbdurRahman,
    Seperti kata TG Nik Abdul Aziz, jangan buat apa-apa yang kita tidak suka orang lain buat terhadap kita.

    Anak-anak muda ini mencampuradukkan semuanya dalam hidup mereka.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Sdra Zul,

    Masaelahnya kita yang tua mengajar anak-anak muda menjadi sebegitu rupa. Saya tidak lihat akhlak yang mulia dapat terus berkembang baik buat masa ini apabila kita cuba menegur kemukaran pihak lain dengan maki hamun dan cerca.
    Jika ini menjadi tabiat dan cara kita mendamping oran lain maka inilah akibatnya..... anak muda yang kita lahirkan bersikap tidak faham akhlak yang dituntut oleh agama dan sunnah Rasul.
    Banyak yang perlu diperbetulkan oleh semua anggota dan ahli didalam partai politik Islam dan kebangsaan.
    jika ini berterusan alamat kita tidak akan diberi Allah kesejahteraan.

    ReplyDelete
  6. Salam, Syeikh AbdurRahman,
    Tidak boleh juga kita menyalahkan yang tua dalam hal anak-anak ini kerana yang ada pada setiap manusia, iaitu akal, perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    Saya banyak membaca dan mendengar kisah saudara baharu yang memeluk agama Islam. Mereka ini asalnya tidak diajar tentang Islam, tentunya, tetapi mereka kemudiannya melakukan pencarian, berfikir dengan baik dengan menggunakan akal anugerah Allah, membandingkan kebenaran dengan kebatilan, lalu setelah mengunyah semua agama, mereka mendapati Islam itu benar.

    Adakah mereka diajar orang tua mereka tentang Islam?

    Jadi, sama halnya dengan anak muda kita. Mereka tidak menggunakan akal dengan waras dan betul kerana lebih gemar menjadi burung kakaktua sedangkan kita dahulu, walaupun ada tindakan dan sikap ibu bapa dan jiran sekeliling kita yang lebih tua daripada yang tidak betul, kita tidak ikut mencontohnya sbaliknya bersiap kritis dan analitis.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Sdra Zul,

    Minta maaf, Apa yang saya maksudkan orang tua ialah mereka lebih dahulu menganggotai sesebuah pertubuhan atau partai.
    Terus terang saya nyatakan disini saya telah menganggotai sebuah Partai Islam sejak tahun 1985 lagi dan perkembangan yang saya lihat amat mendukacitakan, apabila dalam ucapan cuma diselitkan dengan kata nista dan diselang seli dengan lawak jenaka yang tidak berfaedah bertambah buruk mengelar orang yang bukan sealiran kita dengan gelaran yang bukan-bukan. Kita hebat mengkritik orang tetapi tidak dapat memberi jalan didalam menyelsaikan pemasaelahan yang terjadi.
    Cuma, apabila Tuan-tuan Guru berucap terasa kenikmatan duduk didalam jemaah tersebut.
    Bertambah buruk pada era "reformasi" , sudah tidak ada batasnya lagi dalam berucap dan melemparkan kata-kata.
    Minta maaf sekali lagi Sdra Zul.

    ReplyDelete
  8. Salam, Syeikh AbdurRahman,

    Ya, saya tidak suka org memberikan gelaran yang bukan-bukan kepada seseorg yang lain, apatah lagi mencaci maki.

    Saya faham maksud Syeikh AbdurRahman itu, tetapi yang saya maksudkan ialah anak-anak muda harus memanfaatkan akal mereka. Jangan mengikut, mempercayai, dan menjadi pak turut secara semberono, serampangan, dan membabi buta.

    Yang elok kita ikut, yang tidak elok jangan diikut.

    Negara yang malang ialah negara yang anak-anak mudanya simpang-perenang. Negara yang malang ialah negara yang pemimpinnya bertendang terajang untuk menegakkan benang masing-masing.

    Saya menetapkan pendirian saya bahawa negara tidak boleh diperintah oleh parti yang sama berpuluh-puluh tahun. Mesti ada tukar ganti. Jika parti yang kita pilih tidak "perform", kita tukar. Kalau parti baharu yang kita pilih tidak perform, kita ambil parti yang lama semula.

    Dengan cara ini, baru masing-masing parti memberikan yang terbaik kepada kita kerana mereka takut digilirkan. Baru mereka benar-benar sedar bahawa rakyatlah yang berkuasa.

    Sekarang, cuba kita fikir-fikir, siapa yang berkuasa?

    ReplyDelete
  9. Waalaikummusalam Sdra Zul,

    Apakah perubahan kuasa dinegara kita akan memberi kebaikan kepada kita?.
    Berkata yang bijak bistari "Kemenangan pembangkang di Pulau utara Malaysia bukan kerana mereka hendak membuat perubahan tetapi cuma berdasarkan sentimen perkauman. Mereka takut kuasa Ketua Menteri tidak lagi dipegang oleh mereka, jadi persetujuan secara kolektif dibuat, iaitu partai mewakili mereka mesti dilihat seperti dikalahkan bagi menyekat kehendak partai komponen mereka menjawat jawatan Ketua setelah sekian lama dipegang mereka. Sebab negara kita beriklim kan perkauman lantaran sistem pelajaran tidak menjurus seperti negara-negara lain.

    Saya cuma takut sejarah hitam Kerajaan Bani Abbasiah akan berulang ditanah Melayu ini, kita orang Islam/Melayu akan menjadi seperti penduduk Baghdad pada era penghujung Pemerintahan Khalifah Abbasiah Khalifah al-Mus'tasim yang korup dan gagal menjadi pemerintah yang adil. Oleh kerana Perdana Menterinya AlQami (Sdra boleh meneka siapa dia... ) bercita-cita hendak menjadi Khalifah(Putrajaya) dan bersengkokolan dengan tentera Hulagu (Mogol) dan Kristian (fikir sendiri siapa mereka dizaman ini) akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan penduduk Islam.

    Ini boleh terjadi jika kia tidak berhati-hati. Khalifah alMutazim moden perlu berubah dan mendekati Ulamak supaya hukum Islam dapat dilaksanakan, alasan kerana Majmuk dan belum bersedia dan yang bukan-bukan lagi sudah tidak boleh dilayan lagi kerana kemurkaan Allah bererti bencana kepada kita.

    Sekali kita silap dalam percaturan ini bukan mudah hendak kembali. Hanya kepada Allah tempat kita bertawakal.

    ReplyDelete
  10. Salam, Syeikh,
    Berapa banyakkah tanah kita yang tergadai kepada pedagang yang sebangsa dengan KM P. Pinang itu? Siapakah yang menjualnya?

    Di Kampung Kerinci yang Melayu, tiba-tiba ada kondo yang dihuni pelbagai bangsa. UDA pernah menuntut agar tanah itu diberikan kepada mereka tetapi Sang Penguasa yang memerintah lebih senang memberikan kepada YTL.

    Itu satu drpd contoh-contoh lain yang memerlukan perubahan. Kita memang ke arah nasib Bani Abbasiyyah malah mungkin akan menjadi Palestin. Siapakah yang mengarahkannya ke sana?

    P. Pinang suka dijadikan sebagai contoh oleh sebilangan orang walhal menjadikannya contoh langsung tidak relevan kerana negeri itu sejak awal ber-KM-kan Cina. Lee Kuan Yew pun suka melawat PP, baik semasa Lim Chong Eu menjadi KM mahupun semasa Koh Soo Koon menjadi PM. UMNO punya peluang besar menjadi KM kerana menang lebih banyak kerusi dpd Gerakan dan MCA suatu masa dulu, tetapi "takut" kepada mereka. Sekarang peluang mereka bagaimana?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Sdra Zul,

    Jari jemari saya tidak gagah lagi mahu menukil. Bangsa yang dulunya pernah Bahasanya menjadi Bahasa lingua franca di Nusantara ini akhirnya akan pupus dek perbuatan rakus Bangsanya sendiri. Bangsa yang cuma mengenal sejarah tetapi tidak mengambil sejarah itu sebagai teladan. Lalu jadilah dia permainan orang lain.
    Agama yang Allah anugerahkan tidak dipegang talinya, cuma bila perlu atau memihak kepadanya hukum itu dituruti, yang lain jadi alasan.
    UMNO membuat kesilapan yang cukup parah, jangan kita pula menambah lukanya. Saya berhenti disini buat sekian waktu.
    Semoga Allah menyelamatkan kita dari musibbah yang dicipta oleh bangsa sendiri.
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam, Syeikh,
    Kalau senua umat Melayu betul-betul berpolitik untuk agama dan bangsanya, insya-Allah, bangsa dan negara yang kita miliki ini akan selamat dalam genggaman kita. Tetapi skarang semua org mengejar duniawi, material. Tidak mengapa kalau ala kadar, tetapi mereka terlalu berlebihan.

    Maaf, Syeikh. Saya tidak menjadi mana-mana parti politik kerana hendak berkata secara bebas.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum
    Benarlah apa yg di katakan Saudara Zul itu. Di Sabah berapa banyak tanah2 peribumi yg hanya di GOGGLE oleh pihak kerajaan, tanpa diperiksa itu tanah leluhar kami, lantas di katakan tanah tak di bangunkan dan tak di buat GERAN walhal yg keluarkan geran pihak mereka pun sengaja melengahkan selama berpuluh tahun.
    Kebenaran tak terungkap kerana yang benar di tutupi dgn agenda yv pelbagai, jalan raya berpuluh tahun tak di tunaikan pembinaan hanya janji.
    Bukan isu pihak kepada siapa, namun realitinya, memang sukar utk bercakap seimbang mengenai kerajaan atau pembangkang.
    Semua arena adalah di miliki kroni semata. Saya dokong tulisan saudara yg amat santai,berilmu dan bebas tanpa bersandarkan kpd pihak2 tertentu. Syabas.

    ReplyDelete