Thursday, February 18, 2010

“Belayar” Jangan Sampai Sesat

Melalui Internet, kita disodorkan dengan pelbagai maklumat daripada pelbagai laman web, blog, dan sebagainya. Kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat – ada antaranya yang murni sifatnya tetapi bukan sedikit yang jahat dan jelik sifatnya.

Kita, umat Islam hendaklah berhati-hati dengan semua maklumat itu. Kewarasan akal, dengan panduan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita, sangat penting apakala kita melayari laman web demi laman web, blog demi blog, dan sebagainya. Bacalah apa-apa sahaja tetapi cernalah dengan baik.

Hal ini saya ketengahkan kerana telah kita ketahui bahawa di Internet, ada beberapa laman web yang mencelarukan kitab pegangan kita, Al-Quranul Karim. Ada surah-surah yang diubah maksudnya dan pelbagai hal lain lagi. Oleh hal yang demikian, para pengguna Internet yang menggunakan kitab al-Quran versi Internet perlu berhati-hati dalam memilih laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Antara laman web yang didapati menjalankan diayah pemesongan itu termasuklah thequran.com. Laman itu diterbitkan oleh seorang paderi yang menggunakan nama “Father Zakaria”. Antara diayah yang ditonjolkan oleh laman tersebut ialah mewujudkan satu “menu” yang memuatkan “kesalahan-kesalahan” kitab suci Al-Quran walhal seperti yang kita tahu, sehingga kini al-Quran tetap terpelihara (bebas daripada sebarang kesilapan) walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk “memesongkannya”.

Saudara saudari rujukilah keterangan tentang pemesongan laman tersebut dengan memuatturunkan maklumat daripada Fakta Penipuan thequran.com.

(Maklumat ini diperoleh daripada http://albakriah.wordpress.com/)

8 comments:

  1. Salam, Setiakasih;
    Maka, haruslah kita berwaspada.

    ReplyDelete
  2. belajar agama hendaklah berguru
    belajar hanya dengan pembacaan tanpa guru adalah sesat

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Faziz;
    Ilmu itu asalnya daripada guru, kemudian guru menulis ilmu itu menjadi kitab. Betapapun kita mendalami kitab, kunci ilmu itu masih berada di tangan guru. Jadi, untuk mendalaminya, kita masih berhajatkan guru.

    Betullah kata Sdr, pembacaan tanpa guru menyesatkan.

    ReplyDelete
  4. Salam, Tuan Zul.

    Itulah serangan secara khusus yang dilakukan oleh mereka yang membenci Islam. Sesungguhnya kita begitu peka dan sensitif dengan cubaan memesongkan akhidah secara langsung ini. Alhamdulillah stidak-tidaknya itulah tanda keimanan kita masih ada.

    Namun jangan pula kita semudahnya dapat menerima usaha-usaha pemesongan akhidah yang dilakukan melalui aspek-aspek kehidupan seharian. Kita disajikan dengan pelbagai hiburan, perkembangan fesyen dan pergaulan serta cara hidup moden...dunia tanpa sempadan katakan. Jadi kita pun akhirnya jadi sudah 'biasa' dengan banyak perkara-perkara yang sebenarnya bertentangan dengan syarak.

    Jadi "Belayar mestilah berpanduan agar tidak tersesat".

    ReplyDelete
  5. Salam, Tuan Mendewa;
    Memang benar, kita sebagai generasi era ini, sudah menganggap yang jelik, yang bertentangan dengan agama sebagai sesuatu yang biasa. Adakah kita sudah tergolong sebagai kelompok orang yang dimaksudkan Nabi sebagai bernasib malang kerana hidup pada akhir zaman? Semoga tidak.

    ReplyDelete
  6. Salam dan selamat solat subuh.t.kasih atas info ini.

    ReplyDelete
  7. Salam, Syekh;
    Sama-sama Syekh. Sama-samalah kita berwaspada.

    ReplyDelete