Sunday, August 21, 2011

Esso Malaysia Berhad dan Syarikat Arak

Terkejut kita dengan tindakan ExxonMobil International Inc yang bersetuju untuk menjual 65% pegangannya dalam Esso Malaysia Berhad kepada San Miguel Corporation (SMC). Yang mengejutkan kita ialah SMC merupakan syarikat arak Filipina. Tambah mengejutkan kita ialah tindakan ExxonMobil International Inc yang menolak tawaran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan menerima tawaran SMC itu.

LTAT membuat tawaran yang lebih tinggi daripada SMC, tetapi ExxonMobil International Inc lebih sudi menerima tawaran SMC. (Perlu diingat bahawa harga pasaran Esso Malaysia ialah RM4.07 sesaham dan LTAT bersedia untuk membelinya pada harga RM5.20 sesaham, iaitu 27% lebih tinggi daripada harga pasaran.) Sebaliknya, SMC membelinya pada harga diskaun yang 29% lebih rendah daripada harga pasaran.

Penjualan Esso Malaysia Berhad kepada SMC (syarikat induk Petron, iaitu syarikat penapisan dan pemasaran minyak yang terbesar di Filipina) bermaksud bahawa 560 stesen minyak Esso dan Mobil di seluruh negara (termasuk di Borneo) serta loji penapisan minyak di Port Dickson akan menjadi milik asing. Ya, syarikat asing yang berkaitan arak akan memiliki saham terbesar dalam Esso Malaysia Berhad, iaitu 65%.

Sebagai pengguna Islam, kita harus berfikir tentang hal ini, yakni haruskah kita bersubahat untuk mengayakan syarikat yang berkaitan arak? Sebagai pekerja Islam di Esso Malaysia Berhad, kalian juga harus memikirkan keberadaan kalian dalam Esso Malaysia Berhad. Jika janji niaga ini diluluskan oleh pihak MITI, KPDNKP, dan Suruhanjaya Sekuriti kelak, kita harus benar-benar merasionalkan tindakan kita.

2 comments:

  1. Salam Ramadan bung.
    Masih terkejut dengan berita-berita begini, Bung? 1Malaysia tahu Malaysia Boleh, Bung.
    Rais Yatim kata parti dia dah bersedia untuk PRU 13. Bung dah bersedia nak memangkah? Saya sudah lamaaaa bersedia.

    ReplyDelete
  2. Salam, Syeikh Suhaimi,
    Kalau MITI, KPDNKP, dan Suruhanjaya Sekuriti turut bersetuju dengan janji niaga itu, tanda pemerintah sekarang akan tumbang semakin menjadi kenyataan. Allah tidak redho akan hal-hal begini.

    Saya memang sudah lama bersedia, malah sedang berusaha menceritakan hakikat yang sebenarnya kepada ahli keluarga yang masih pekat keyakinannya terhadap sang pemerintah.

    ReplyDelete