Thursday, January 19, 2012

Tan Sri Abdul Khalid Tidak Layakkah Menjaga Hal Ehwal Islam?

Tersiar dalam berita seketika tadi komen-komen tokoh-tokoh ulung tanah air” yang sering menjadi rujukan TV3 perihal tindakan MB Selangor “merampas hak eksklusif PAS dalam hal agama Islam di negeri itu. Ada antara mereka yang berkata bahawa perampasan portfolio hal ehwal Islam oleh Tan Sri MB Selangor dari PKR itu suatu penghinaan dan membuktikan bahawa PAS hanya tempelan dalam Pakatan Rakyat.

Portfolio kanan itu (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, dan Kemudahan Awam Selangor) asalnya disandang oleh Dato’ Dr. Hasan Ali, tetapi portfolio itu terpaksa dilucutkan daripada Dato’ Dr. Hasan Ali apabila beliau dipecat oleh PAS serta-merta dan beliau sendiri enggan meletakkan jawatan Eksko secara gentleman seperti yang disarankan oleh Tan Sri MB Selangor.

Kini, seperti yang dinyatakan di atas, portfolio Hal Ehwal Agama Islam itu disandang oleh Tan Sri MB Selangor. Dr. Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Eksko bagi menggantikan Dato’ Dr. Hasan Ali hanya diberi tanggungjawab menjaga portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Dalam laporan berita itu, ada seorang tokoh popular dalam Berita TV3 mempersoalkan portfolio yang diuntukkan kepada PAS itu.

Kononnya, peruntukan itu suatu penghinaan kerana PAS memperjuangkan (prinsip) Islam, bukannya memperjuangkan nasionalis/assobiyah (dibacaMelayu!). Tetapi, bukankah sebelum itu, Dato’ Dr. Hasan Ali pun menyandang portfolio Adat Resam Melayu itu? Mengapakah hal itu tidak dibangkitkan oleh tokoh yang sangat popular dalam kalangan pihak TV3 itu? Adakah menjaga hal ehwal Adat Resam Melayu haram dalam Islam?

Apakah pula masalahnya portfolio Hal Ehwal Islam itu disandang oleh Tan Sri MB Selangor? Beliau bukan orang Islamkah?

3 comments:

  1. Assalammualaikum Sdra Zulkifli,

    Ada benarnya apa yg ditulis oleh Sdra. Tetapi mari kita lihat dari sudut yg berbeza dlm isu ini. Melihat dari cara Khalid Ibrahim bertindak beliau telah mengundang fitnah. Lebih2 lagi apabila kita masih ingat akan tindakan beliau dlm isu Serbuan Gereja dimana belum lagi laporan lengkap diterima, beliau sebagai Menteri Besar telah memohon maaf kpd Paderi Gereja tersebut. Permasaelahan yg berlaku diantara Hassan Ali & kerajaan Selangor termasuk PAS berkisar dlm portfolio yg dipegang oleh Hassan Ali iatu Adat Resam Melayu & Hal ehwal Islam dimana semuanya berkaitan dgn isu agama. Jika Khalid bijak beliau tidak akan mengambil potforlio Agama Islam kerana tindakan demikian mengundang perfektif berbeza dari masyarakat melihat record Khalid dlm menyelsaikan masaelah berkaitan dgn agama Islam. Beliau telah memberi ruang utk orang ramai menyatakan "Jika diberi kpd PAS portfolio ini Khalid akan menghadapi masaelah lagi jadi sebab tu dia kena kawal PAS dgn menjawat potforlio ini".
    Memang beliau seorang Islam tetapi apakah beliau
    bersedia menghadapi serangan terhadap org Islam & Islam sendiri secara halus & terbuka atas dasar semangat PR. Potforlio sebegini memerlukan
    org lain & bukan Khalid.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum..

      Ada beberapa perpektif yang perlu dilihat ...
      1. Tindakan beliau memecah tradisi pemikiran..Setiap invidividu Islam adalah wajib mengambil tanggungjawab dalam menjalan sebaik mungkin memajukannya dan ianya bukan seharusnya dari PAS sahaja..

      2. Apabila beliau mengambil jawatan tersebut bermakna Exco hal ehwal Islam adalah jawatan Senior dalam pentabiran Selangor dan sebagai MB membolehkan advantage kuasa dalam setiap jabatan/ bahagian dibawahnya ..

      3. Dari segi salasiah pentadbiran dalam MUIS, JAIS dan berkaitan sudah tentu telah terdapat ramai bijak pandai dalam agama yang sewajibnya memberi nasihat dari segi hukum dan lain2 terus kepada beliau serta keputusan. Ini penting, dimana setiap aktiviti dan keputusan yang diambil adalah juga dari persetujuan pemerintah kerajaan No 1 elangor sendiri selain dari Sultan ..

      4. Setelah 55 tahun Merdeka, rakyat Malaysia yang majmuk dan pelbagai agama masih lagi prejudis tentang agama dan bangsa masing2.. Kebanyakkan prejudis adalah dari orang Melayu sendiri akibat kononnya sayangkan agama dan bangsa serta menggunakannya sebagai stepping stone untuk meraih kepentingan pangkat & peribadi. Kita harus berlapang dada & menerima Khalid sebagai avantage dalam gerakan dakwah diSelangor ..

      demi bersangka baik, Insya Allah dengan kurniannya, setiap non Muslim dapat melihat seorang Islam yang progresif ( walau pendidikan sekular ) tapi masih dengan nilai2 Islamnya memajukan Selangor dengan lebih berjaya khususnya utk pembangunan dakwah dan prevention secara berhemah segala maksiat dan kerosakan nilai2 islamik ( rasuah dll ).

      Wassalam

      Delete
  2. Salam, Sdr Abd. Rahman dan Sdr Anon;
    Dengan tidak diberi portfolio Hal Ehwal Islam, PAS langsung tidak akan terjejas kerana tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar. Ditakdirkan YB Dr. Ahmad Yunus Hairi dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan efisien di portfolio Adat Resam Melayu, Belia, dan Sukan, beliau akan mengangkat nama PAS kerana PAS memiliki Wakil Rakyat yang kuat bekerja.

    Kita tidak boleh terlalu skeptikal terhadap TS Abdul Khalid. Berilah beliau peluang. Jangan kerana hujan sehari, rosak panas setahun.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete