Banyak sudah dibicarakan oleh orang perihal Hari Valentine/Hari Kekasih/Hari Memperingati Kekasih yang jelas bukan budaya dan amalan Islam. Banyak sudah anak-anak kita yang Islam (yang rapuh imannya) yang membudayakan hari itu dalam kehidupan mereka hingga saban tahun ikut merayakannya tanpa kecuali. Sehingga demikian, masuk bulan November, muak dan sakit hati kita apabila diasak dengan berita pembuangan bayi oleh anak-anak gadis yang rata-ratanya Melayu-Islam.
Haruskah kita menyalahkan Hari Valentine/Hari Kekasih/Hari Memperingati Kekasih itu? Tidak, kita tidak harus menyalahkan Hari itu! Kalau Hari itu sebahagian daripada ritual yang ada dalam agama Kristian, biarkanlah penganut agama itu sahaja yang meraikannya. Kita jangan sampai ikut terlibat dan terpengaruh kerana umat Islam seharusnya memperingati sesiapa yang menjadi kekasihnya setiap hari.
Mengapakah demikian? Hal ini tidak lain kerana kekasih dalam Islam tidak dikhususkan kepada individu lelaki dan perempuan yang sedang berada dalam alam percintaan. Sebaliknya, yang tergolong sebagai kekasih dalam Islam sangat pelbagai. IBU merupakan kekasih kita; BAPA juga merupakan kekasih kita; DATUK dan NENEK turut merupakan kekasih kita; ABANG, KAKAK, ADIK malah KAUM KELUARGA yang lain juga kekasih kita; ISTERI dan ANAK kita sudah tentulah kekasih kita; apatah lagi ALLAH dan RASUL-NYA!
Jadi, haruskah kekasih-kekasih itu diingati satu hari sahaja, khususnya ALLAH yang wajib kita ingati pada setiap detik?
Janganlah kita biarkan anak-anak kita menjadi penganut Islam yang lemah mendepani pengaruh kafir laknatullah. Janganlah kita biarkan mereka meniru hal-hal remeh seperti itu, sebaliknya mereka hendaklah kita galakkan untuk meniru hal-hal yang lebih besar seperti membaca al-Quran, berjihad, bersedekah, bersolat, dan lain-lain. Mereka tidak harus dibiarkan terleka oleh amal para kafirun itu. Ingatkan mereka dengan maksud ayat dalam Surah Al-Kafiruun yang benar dan betul itu:
Qul Yaa Aiyuhal Kaafiruun. Laa a‘buduma ta‘buduun. Walaa antum ‘abidu namaa a‘bud. Walaa ana‘a bidumma ‘abadtum. Walaa antum ‘abidu namaa a‘bud. La kum dinu kum wali yadin.
MAKSUDNYA:
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa-apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.’
Maka, kalau ada badan/oranisasi Islam tertentu berusaha untuk menyedarkan penganutnya supaya tidak merayakan Hari Valentine/Hari Kekasih/Hari Memperingati Kekasih, orang Kristian janganlah sibuk memperlekeh itu ini terhadap badan-badan itu. Orang-orang dalam badan-badan itu bukan menyanggah Hari Valentine/Hari Kekasih/Hari Memperingati Kekasih itu, tetapi mereka mengingatkan umat Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine/Hari Kekasih/Hari Memperingati Kekasih yang tidak ada dalam Islam.

As salam, mohon kebenaran menggunakan sebahagian coretan tuan hamba untuk dikongsikan bersama boleh?
ReplyDeleteSalam, Anon,
ReplyDeleteSilakan ... demi manfaat bersama.
klo nk tau lebih lanjut ttg gerakan crusade sila baca di sini http://www.crusadewatch.org/
ReplyDelete