Monday, January 31, 2011

KEPUTUSAN PRK DUN TENANG

BERNAMA melaporkan begini:

Perolehan undi MOHD AZAHAR IBRAHIM (BN) = 6 699

Perolehan undi NORMALA SUDIRMAN (PAS) = 2 992

Majoriti yang diperoleh BN = 3 707 (6 699 – 2 992)

Yang keluar mengundi = 9 833 (67%)

Tetapi, 6 699 undi + 2 992 undi = 9 691

Eh, tak cukup 142 lagi! Macam mana ni? Jangan terkejut. Yang 142 lagi itu rosak!

BERITA HARIAN pula melaporkan begini:

Perolehan undi MOHD AZAHAR IBRAHIM (BN) = 6 699

Perolehan undi NORMALA SUDIRMAN (PAS) = 2 992

Majoriti yang diperoleh BN = 3 707 (6 699 – 2 992)

Yang keluar mengundi = 10 579 (71.8%)

Tetapi, 6 699 undi + 2 992 undi = 9 691

Jadi, mana perginya 888 undi lagi itu? Macam mana ni? Undi rosak cuma 142 sahaja. 888 – 142 = 746. Jadi, mana perginya 746 undi lagi?

Engkau biar betul, Bernama ... Berita Harian.... Aku tak tengok TV tadi.

Tahniahlah, BN! Kamu telah menang bergaya walaupun bukan majoriti 5 000 undi. Lain kali, patut-patutlah kalau hendak membuat sesuatu unjuran!

Cikgu Mala? Jangan sedih. Kamu mungkin menang kalau calon BN di Tenang ialah Chua Soi Lek.

No comments:

Post a Comment