Mendiang MG Pandithan ialah sebahagian daripada MIC (penggerak parti) pada suatu ketika dahulu, tetapi beliau terpaksa angkat kaki daripada parti itu kemudiannya. Kedudukan beliau dalam MIC dan kerajaan pada waktu itu sangat tinggi. Dalam parti, beliau salah seorang Naib Presidennya; dalam kerajaan, beliau Ahli Parlimen Tapah dan menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Tetapi, kerana beliau melontarkan dakwaan bahawa pemimpin parti itu (MIC) gagal memperjuangkan hak masyarakat India serta mendakwa bahawa pemimpin parti itu mengamalkan politik yang berorientasikan kasta, beliau telah diberi surat tunjuk sebab pada 2 Jun 1988 dan disingkirkan daripada parti itu pada 16 Julai 1988.
Namun begitu, sebagai Orang Perjuangan, beliau tidak menghentikan perjuangannya di situ. Pada bulan Ogos 1990, beliau telah menubuhkan parti IPF. Walaupun pada awalnya parti itu menyokong pembangkang – Gagasan Rakyat – pada PRU 1990, hal itu tidak berpanjangan kerana beliau kemudiannya mengalihkan sokongan kepada BN sehingga dilantik sebagai Senator pada tahun 1995 oleh PM pada waktu itu, Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad.
Mengapakah saya bercerita tentang MG Pandithan?
Saya memilih beliau kerana beliau ialah contoh insan berbangsa India yang berkasta rendah. Beliau pernah berkata, “Bukan pilihan saya untuk lahir dalam keluarga berkasta rendah. Ini semua ditentukan oleh Tuhan yang juga menentukan siapa yang akan dilahirkan sebagai Melayu, Cina, atau India. Malangnya manusia tidak menyedarinya.”
Mendiang ialah salah satu contoh bagaimana masyarakat India di Malaysia telah menepis amalan kasta sehingga ada antara mereka yang diangkat sebagai pemimpin. Contoh yang sama itu jugalah yang diketengahkan oleh SN Datuk Abdullah Hussain dalam novel “Interlok”nya. Datuk Abdullah, yang tidak disedari oleh segelintir masyarakat India, rupa-rupanya secara sedar telah mengangkat darjat masyarakat India di Malaysia jauh lebih tinggi daripada yang berada di negara asal mereka, sama seperti masyarakat India yang melonjakkan Mendiang Tan Sri MG Pandithan dalam MIC dan IMP.
Saya mula terfikir, sebenarnya yang menentang penceritaan tentang “kasta” dan “Paria” dalam novel itu adakah benar-benar golongan “Paria” atau golongan yang membenci idea ketidakwujudan kasta di Malaysia seperti yang digambarkan Datuk Abdullah? Maksud saya, adakah penentangan itu didukungi oleh golongan yang empat dalam kasta yang dimaksudkan oleh Datuk Abdullah – Brahmin (pendeta), Ksyatria (pemerintah dan pahlawan), Vaishya (peniaga), dan Sudra (buruh) itu – kerana mereka sebenarnya ingin amalan kasta itu diteruskan. Mereka tidak mahu pendedahan itu akan menyebabkan keseluruhan golongan Paria di Malaysia yang sebenarnya (jika ada) menyuarakan penentangan mereka kepada golongan yang empat itu. Kalau demikianlah halnya, alangkah malangnya nasib golongan Paria yang menyokong penentang itu!
(Sebagai tambahan, dalam masyarakat pengamal kasta (merujuk kepada bangsa India), semua puak yang tidak terlingkung dalam empat golongan yang dinyatakan itu ialah “Paria”. Lantas, orang Melayu, Cina, Benggali, Inggeris, Amerika, dan lain-lain duduk di strata mana dalam kasta itu? Rasa-rasanya, amalan tidak bertamadun yang menyamai ciri-ciri jahiliah itu meletakkan Melayu, Cina, Benggali, Inggeris, Amerika, dan lain-lain sebagai Paria juga!)
Jadi, mengapakah mesti mereka sahaja yang marah? Kita juga harus marah!!! Dan kita jangan marah akan Interlok tetapi kita harus berasa marah akan pencipta kasta dan pengamalnya. Wahai masyarakat India, mari kita alihkan tumpuan!

Salam, tuan.
ReplyDeleteYa, kebarangkalian teori ini benar adalah besar. Sayangnya kita tidak punya kaedah mudah bagi mengenali warga kasta ini, tidak ada cop di dahi kasta kategori mana bagi setiap orang. Apa pun, inilah cara orang 'sengal' berfikir (meminjam slanga anak muda zaman sekarang)... :D
Salam, Cikgu,
ReplyDeleteKaedah "Varna" yang menjadi asas kewujudan kasta dalam masyarakat India memungkinkan kita mengenali mereka. Tidak mengapa, kita tidak perlu membeza-bezakan mereka kerana kita bukan "sengal".
Salam, Abang Zul,
ReplyDeleteSaya teringat Maniam dalam Interlok yang merasakan betapa dirinya begitu selesa selepas berhijrah ke Pulau Pinang dari Kerala India Selatan.
Tulisan SN Pak Lah..."untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dia juga seorang manusia seperti orang lain. Di sini tidak sahaja dia bebas bercampur gaul dengan orang-orang lain daripada sama sebangsanya, tetapi dia juga tidak takut dengan pantang larang yang biasa berlaku di negerinya apabila kasta rendah menyentuh orang daripada kasta tinggi."
Saya rasa betapa Tanah Malaya ini telah memberikan persamaan hak kepada semua orang, 'mengangkat' darjat dan menghapuskan segala macam bentuk kasta.
Salam, Dek Na,
ReplyDeleteItulah yang seperti tidak difahami oleh orang yang sepuak dengan Maniam itu. Memarahi SN Abdullah Hussain tentang hal ini, pada pandangan saya, sama seperti menyukai kasta itu wujud di negara ini.
saya pernah ke India dan melihat sistem ini wujud... kedai makan pun dibahagikan ikut keturunan.
ReplyDeleteKedai orang kaya,
kedai orang pertengahan,
kedai orang miskin.
Salam, Syeikh Muaz,
ReplyDeleteSubhanallah ... itulah manfaatnya kalau berpeluang untuk melihat negeri orang.
Pengalaman Syeikh itu membuktikan bahawa salah satu sebab penentangan itu bukan kerana Abdullah Hussain menyebut "paria" dalam novelnya, tetapi kerana mereka tidak mahu orang tahu mereka mengamalkan kasta.
This is NOT India. The Indians in Malaysia originated from a country with a caste system and still practises it but in Malaysia, there is no caste system. There shouldnt be any caste system. Again, this is NOT Inida. Do u see shops here for the different castes? NO. Do u see the higher caste not eating in the lower castes' shop? NO.The Indians here should not mengamalkan casta. The people in Malaysia should never use any derogatory term to refer to Indians. Abdullah Hussain should write a novel in India, maybe then it would not be a problem. The Indians here dont want to be called a pariah, whatever his explanation is. This is not a history lesson. Lets not make this an academic debate. This is pure sense. The dictionary says that pariah means outcast, exile, undesirable ( I used a kid's dictionary..Longman Dwibahasa..the kind kids use in schools ) The term doesnt show anything positive. And its Maniam he is talking about, not Hashim or Yap Ah Loy or Julia Roberts!! If according to you, u say that the people not in the four castes, Malays, Chinese and whites should also get angry, then why arent u angry??? This is going in the hands of KIDS!! Do you really think they have the maturity to handle something like this at this age?? What was the Ministry of Education thinking??? Do you really think the teachers, who are mostly Malays, will be able to interpret the novel the way Abdullah Hussain says it should be interpreted?? I dont think so. A man with such intelligence has come up with something so insensitive..it amazes me! We want a harmonious country, not one that is divided. One more thing, the derogatory term "pariah" always refers to Indians, not Chinese or Malays or Orang Putih! Can the novel stand without the word pariah? It can...if Abdullah Hussain is who he says he is...a laureate. Why use a word that would be sensitive to a particular ethnic group? There is no need. Drop the word. It wont change the meaning.
ReplyDeleteSaya memang 100% setuju dengan Samiha Abdullah. You nailed it!!!
ReplyDeleteEncik Zulkifli, would u like to be called a pariah?? Or would u like to be called a Muslim or Malay? Which is better? If u wanna fight this, go to Inida and make the changes. This word should never be used on ANYONE...Chinese, Indian, Malay, Benggali, White or Black. Just like the word "nigger"...the blacks will kill u if u call them niggers!!! Likewise...do the math!!! Go figure!! I agree with Samiha Abdullah.
ReplyDeleteWell if the facts are right let it be, my grandma is nearly 100,she left india at the tender age of 15,we are not from the pariah caste, and according to our family back home in India ,her father was working in a plantation in then Malaya.
ReplyDeleteI think they made a mistake by chosing to work in a plantation in Malaya,instead they should have gone to Mauritius,South Africa,the Carribean Islands,or even Singapore would have been far more better,
It really hurts when the nuts who rowed over from neighbouring Indonesian Isle. think they were god sent.
Idiots OF THE FIRST ORDER would appereciate this novel.''what if shrimp paste turns novel writers , they write novels like interlok''
Shrimph paste try counter verifing with old records of the East Indian Company. If you know who they are, mat salleh brought us here ,we didn't row in a leaky dingy, well who are the ORANG ASLI? (INDIGENOUS PEOPLE ).
please find a country with out the ancient indian varna class systems ie a administrator,soldier,bussinessman,a labourer,
a pm or president/a police officer or law enforcement/bussiness man or trader/labourer or cleaner.THINK WISELY ,MALAYSIA COULD BE THE BEST ONLY ,IF WE MADE IT BEST FOR ALL MALAYSIANS.
PLEASE DON'T LET HALF BRAINS SPOIL THE SHOW FOR THE FUTURE MALAYSIANS.CREATE AN ENVIRONMENT CONDUCIVE TO ALL RACES IN MALAYSIA BY MAKING CHANGES TO THE DEROGATORY PHRASES IN INTERLOK.
Sdr Samiha Abdullah dan Adnan Kamarul,
ReplyDeleteSekarang baru saya faham akan sebab-musababnya isu “Paria” ini menimbulkan kemarahan, rasa tidak puas hati, dll di pihak Sdr dan pihak yang sependirian dengan Sdr. Rupa-rupanya, kata “Paria” itu ada maksud lain dalam bahasa Inggeris (kalau merujuk kepada penjelasan Sdr), iaitu “outcast, exile, undesirable”.
Sayang seribu kali sayang kerana novel (Interlok) yang terbit dalam bahasa Melayu/Kebangsaan itu dirujuk kepada bahasa Inggeris yang bangsanya memang suka mengklasifikasikan masyarakat di dunia ini. Sebagai rakyat Malaysia yang cerdik, hal itu tidak sepatutnya berlaku.
Untuk pengetahuan Sdr, kata “Paria” dalam bahasa Melayu/Kebangsaan langsung tidak dimaksudkan sebagai “orang terbuang”, “sampah”, “tidak diingini”, dan lain-lain. Kamus Dewan Edisi Keempat, yang sudah tentunya dijadikan sebagai rujukan dalam penyuntingan novel itu, memberikan maksud “Paria” sebagai “orang atau golongan yang paling rendah kastanya di India”. Itu sahaja maksud yang didukung oleh kata “Paria” dalam bahasa Melayu/bahasa Kebangsaan. Jadi, asas kemarahan Sdr dan pihak-pihak yang sependapat dengan Sdr sangat tidak bertempat.
Abdullah Hussain tidak perlu menulis novel ini di India kerana India bukanlah negara yang digemari pehijrah.
Saya agak kecewa sedikit kerana Sdr tidak faham akan kandungan posting ini yang menyeru kita bersatu dalam melahirkan perasaan marah terhadap pencipta kasta. Sdr memilih untuk mempertikaikan mengapa saya tidak berasa marah. Ya, saya marah, benci, jijik, meluat tetapi bukan kepada Abdullah Hussain yang menulis karya ini tetapi kepada pencipta kasta! Sekali lagi, Abdullah menceritakan kebenaran sedang Sdr menceritakan kesangsian — mempertikaikan kewibawaan guru dan Menteri Pelajaran.
Kevin Tan, Devan Raj and Amelia John...1Malaysia...,
ReplyDeleteMaksud Sdr-Sdr, orang-orang India di Malaysia yang merasakan dirinya Paria akan membunuh orang seperti “Nigger” itu apabila mereka dipanggil dengan panggilan Paria? Puh!!!
Saya akan berasa marah kepada orang yang menggelar yang bukan-bukan kepada saya, tetapi saya tidak akan marah kalau saya dipanggil dengan sesuatu yang memang ada pada diri saya. Orang India di Malaysia (orang Malaysia) bukan Paria, jadi kalau kalian dipanggil Paria, kalian memang wajar marah!
Dalam konteks “Interlok”, Sdr-Sdr tidak perlu marah kerana orang India di Malaysia BUKAN golongan Paria! Dan Abdullah Hussain langsung tidak mengatakan kalian Paria yang "untouchable" itu.
Sdr Siva,
ReplyDeleteSdr tidak memahami isi Interlok apatah lagi ingin menerima fakta sejarah.
So, I aagree with you, your family made a mistake by chosing to work in Malaya. Mauritius, South Africa, the Carribean Islands, and Singapore would have been far more better.
Is there any SJKTamil in Singapore or South Africa? Di Singapura, Afrika Selatan ada cuti Deepavali atau Thaipusam? Kuil dengan patung yang besar ada di Singapura atau Afrika Selatan?
Saya pernah berbual dengan seorang rakyat India yang menjadi tukang gunting di sini. Walaupun kosa katanya terhad, dia dapat melahirkan pendiriannya kepada saya tentang Malaysia. Beliau berkata, "Malaysia banyak bagus! Longkang atas pun ada mas. Rajin kalu, wang banyak mari. Sini, satu orang kerja, ama, apa, adik suma boleh makan. Saya punya negri, satu orang kerja saya punya amak, apa, adik, tengok saya ... makan!
Singapura, Afrika Selatan, Mauritius memang lebih baik.
WELL MY FRIEND DECLARING PUBLIC HOLIDAY FOR DEEPAVALI AND THAIPUSAM AND MAINTAINING TAMIL SCHOOLS IN MALAYSIA IS NOT HOW YOU GAUGE THE STANDARD OF LIVING IN A COUNTRY,DO YOU KNOW MR AMBANI AND LAKSHMI MITTAL, WERE THIS TWO GENTLE MEN IN MALAYSIA TO EARN THEIR BUCK TO BE MILLIONAIRES.
ReplyDeleteI CELEBRATED THAIPUSAM AND DEEPAVALI IN AUSTRALIA AND NO PUBLIC HOLIDAY FOR THIS FESTIVES ,I STILL FULLFILED MY VOWS.
SIR,BY UNDERSTANDING EACH OTHER SENSIBLY AND MAKING MALAYSIA A BETTER PLACE SHOULD BE THE PARAMOUNT POINT, RATHER THAN TARGETING THE VARNA SYSTEMS OF THE HINDUS WHICH NOT IN THE 1 MALAYSIA OUR PM IS TRYING TO DELIVER.
ITS A MATTER FOR US HINDUS TO DEAL AND LIVE WITH THATS OUR KARMA,
I WOULDN'T WANT TO COMMENT ON ANY MATTERS OR SPECIFIC CUSTOMMARIES OF OTHER RELIGIONS,LET ALONE IN A MULTICULTURAL COUNTRY LIKE MALAYSIA.
THIS BOOK SHOULD BE NOT BE SCRAPPED BUT A FEW SECTIONS REPHARASED THATS WHAT WE ARE ASKING FOR MY DEAR BRO.
GOOD LUCK ITS NICE PLACE AFTER ALL 1MALAYSIA.
THNKS SDR ZUL