“Ye ... ye..., ye ... ye...!” Demikianlah jeritan yang biasa kita dengar daripada mulut kanak-kanak bagi menggambarkan keseronokan mereka apabila mendapat angin-angin bahawa mereka akan beroleh sesuatu. Keriangan seumpama itu turut dizahirkan apabila mereka menyambut kepulangan/kehadiran ahli keluarga mereka seperti ibu, bapa, datuk, nenek, abang, kakak, dan lain-lain. Jika demikian halnya, mereka akan berlaung dengan ucapan, “Ye ... ye..., ayah balik!” atau “Ye ... ye..., atuk datang!” dan lain-lain.
Saya pun hendak bersorak demikian. Saya sedang sangat gembira sekarang kerana harga petroleum di pasaran dunia merudum sedolar lebih. Harganya sekarang lebih rendah daripada waktu harga petrol dinaikkan RM0.10 pada 05 Januari yang baru lalu. Sekarang harganya cuma AS$88.28 sahaja setong. Jadi, saya “yakin sangat” malah saya “ingin sangat” untuk bersorak, “Ye ... ye, harga petrol akan turun ... ye ... ye!”
Bolehkah mereka itu diharapkan? Mereka itu sangat bergantung pada Tongkat Ali – naik cepat, turun lambat!

Salam, tuan.
ReplyDeleteTersenyum seketika apabila membaca catatan tuan kali ini. Terdengar-dengar pula suara anak kami bersorak gembira, hehehe..
Mungkinkah RON97 diturunkan? Harapannya setipis kulit bawang, tetapi tetap ada. Namun ia tidak mungkin memberi apa-apa kesan kepada kenaikan harga barang...
Salam, Cikgu,
ReplyDeleteAda orang yang berkata bahawa kita akan menjadi lebih miskin pada tahun ini - demi memenuhi cita-cita dan hasrat kerajaan yang sedia ada hendak memenangi PRU. Sangat perlu kita memiliki tanah dan berkebun.
Ha ha
ReplyDeleteSatu tajuk yang membuatkan ramai yang singgah ke sini. Kita berada di negara ajaib, kalau naik tak turun2 dah.
Salam, Kerol,
ReplyDeleteMaka, kita terus dibodohkan....
Tuan, harga bawang dan minyak masak dilaporkan naik dalam akhbar arus perdana hari ini (walau pun berkali-kali pemimpin kita menafikannya)...
ReplyDeleteSalam, Cikgu,
ReplyDeleteDugaan dan terkaan Dr. Asri (Mantan Mufti Perlis) bahawa harga barang keperluan akan naik pada tahun ini sudah menampakkan kebenarannya.
Dan menteri-menteri kita terus mencuba untuk memahamkan kita tentang "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Macamlah kita ini bodoh....
salam tuan, gembiranya saya tuan hinggakan saya telah mencurahkan minyak yang saya beli ke tanah.
ReplyDeleteSalam, Syeikh Muaz,
ReplyDeleteHa, ha...! Tak elok tu, Syeikh ... membazir.
Kalaulah Menteri nampak, isy....
Pakat ramai-ramai, kita curah minyak atas kepala dia orang.
Saya sambung ayat tuan itu, "... dan jangan lupa pakat-pakat juga cucuh api..." hehehehe
ReplyDeleteSalam, Cikgu,
ReplyDeleteKes bakar yang satu itu pun belum selesai lagi, Cikgu....
Apakah reaksi Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)? Sudahkah mereka mengingatkan kerajaan tentang harga petroleum dunia yang sudah turun sekarang? Kerajaan kita pelupa.