Kekeliruan yang berlaku tentang novel Interlok sebenarnya adalah kerana mereka tidak faham akan bahasa Melayu dan mereka tidak faham akan sastera dengan baik. Kalau tuan-tuan rajin mengembara ke alam maya dan membaca komen-komen mereka atau mana-mana entri yang berkait dengan Interlok, akan tuan-tuan temukan pelbagai salah faham dan salah pengertian golongan yang beria-ia menentang pemilihan novel itu sebagai teks KOMSAS.
Ada yang dengan bodoh-sinis menafikan keberadaan sastera Melayu. Sastera Melayu tidak ada apa-apa dan tidak ke mana-mana, katanya, kerana perkataan sastera itu bukan kata bahasa Melayu tetapi kata daripada bahasa Sanskrit. Kata subjek pula daripada kata bahasa Inggeris. Itulah alasan bodoh-sinis mereka untuk merendahkan martabat kesusasteraan Melayu hanya semata-mata kerana Interlok. Malah, judul Interlok itu direndahkan mereka kerana dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Salah seorang yang tidak faham akan kandungan novel itu dengan baik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah. Beliau yang memahukan kerajaan mengharamkan Interlok terus dan berpandangan bahawa novel itu memang wajar dibakar berkata bahawa “terdapat tulisan dalam karya tersebut menyatakan kaum India di negara ini semuanya berasal daripada kasta Paria dan ia sesuatu yang amat sensitif”.
Salah faham atau lebih tepatnya tidak faham akan cerita itu berlaku walaupun beliau mengaku bahawa beliau “telah dua kali membaca Interlok”. Kalau kita menjadikan beliau (yang saya rasa berkeupayaan untuk berbahasa Melayu dan memahaminya dengan baik) sebagai wakil kepada orang India Malaysia yang marah akan novel itu, kita dengan mudah menilai tahap kefahaman mereka tentang cerita itu walaupun membacanya dua kali.
Hal ini telah saya contohkan dalam entri saya pada 30 Disember 2010:
Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah ke utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka berasak-asak seperti kambing.
(Interlok Edisi Murid, hlm 211)
Jelas bahawa petikan itu tidak mengatakan semua orang India di negara ini berasal daripada kasta Paria. Yang dikatakan penulis ialah penumpang kapal itu, dan beliau menggunakan frasa sebahagian besar. Ada juga antara mereka yang mempertikaikan (dengan dipengaruhi oleh sentimen perkauman?) penggunaan simile berasak-asak seperti kambing pada ayat terakhir petikan itu. Mereka marah kerana kononnya mereka disamakan seperti kambing walhal yang disamakan seperti kambing oleh pengarang bukanlah orang India itu tetapi keadaan/suasana sesak di dalam kapal itu.
Demikianlah tahap kefahaman mereka!
Novel ini adalah antara beberapa buah novel (Sandera, Merpati Putih Terbang Lagi, Pulanglah Perantau, Meniti Buih, dan Badan Bertuah) yang terhasil daripada buah fikiran Almarhum Perdana Menteri Kedua, Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, ayahanda Perdana Menteri sekarang, Dato’ Sri Mohd. Najib bersempena dengan usia kemerdekaan Malaysia yang kesepuluh. Tidakkah Dato’ Sri berasa perlu untuk memperkatakan sesuatu tentang buah fikiran almarhum? Apatah lagi sudah sampai tahap bakar-membakar dan menghina penulisnya.
Salam, Tuan.
ReplyDelete(Ini memang nada sinis daripada saya) Mungkin sudah tiba masanya mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran wajib ambil dan wajib lulus dalam peperiksaan. Beri mereka peluang agar lebih cerdik sedikit dalam menganalisis karya sastera.
Benarlah kata guru saya, "Apabila kita bercakap perkara yang kita tidak tahu, maka kita hanya menunjukkan kepada orang lain betapa tidak cerdiknya akal yang kita ada"...
Mereka berdemonstrasi dan membakar.
ReplyDeleteTetapi kenapa wajah SN Abdullah Hussin turut dijulang2 dengan marah. Apa salah beliau. Bukan kehendak beliau buku itu dipilih. Beliau hanya menulis berdasarkan sejarah. Malah beliau bukan politikus. Ataupun mungkin mereka yang membakar itu memang berkastakan paria yang memang PARIA.
Salam, Cikgu Marni,
ReplyDeleteSatu cadangan yang baik supaya semua orang membaca, faham, dan menjadi cerdik tentang sastera. Anehnya, orang Cina yang jelas digambarkan sebagai suka menipu dan memanipulasi tidak pula marah kepada Kementerian Pelajaran dan Datuk Abdullah Hussain.
Sdr Kerol,
ReplyDeleteSaya suka memetik percakapan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud, yang turut berada pada demonstrasi itu kepada pemberita (sumber: Mingguan Malaysia).
“Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris.”
(Percakapan Ahli Parlimen itu menggambarkan bahawa memang puak penentang itu orang biasa dan tiada pendidikan. Mereka ada perasaan terhadap puak mereka tetapi tidak ada perasaan terhadap puak lain. Mereka tidak percaya pada rundingan, tetapi percaya pada kesamsengan.)
Beliau menambah lagi (daripada sumber yang sama), “Kalau begitu perasaan orang India, kita perlu menghormati mereka. Apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar,” katanya.
(Kalau Dr Mariah calon wakil rakyat di kawasan saya, saya tidak akan mengundi beliau!)
Salam Adinda Zul,
ReplyDeleteBenokan teman berbasa lokal kampung teman. . .
Ate . . . sah-sah warga kampung tak peronah mengamekan sistem kasta apa pun . . .
Apa nak herankan . . . dema tu buat konon-konon tak faham . . . saja cari pase, gemo nimboi he . . .
Kalu teman le . . . maleh nak layan ketenginan orang macam dema tu . . . Lantok le . . .
Buat peronjang apa . . .
Amat mendukacitakan apabila karya 'Interlok' sengaja dipolitikkan. Semua ini boleh dikatakan strategi pihak "tertentu" untuk meraih populariti setelah sekian lama menyepi. Saya juga melihat apa yang digerakkan oleh pihak "tertentu" ini lebih kepada untuk memancing undi menjelang PRU ke-13. Saya bersetuju dengan saudara Zulkifli. Mengapa hanya 'Interlok' perlu dipolitikkan? Mengapa tidak novel Bukit Kepong?. Semua yang dikisahkan adalah sejarah. Sejarah yang membentuk kita pada hari ini. Dan sejarah jugalah yang membawa Malaysia ke tahap seperti sekarang. Kalau beginilah gayanya, saya rasa tak perlulah kerajaan wajibkan untuk lulus matapelajaran sejarah dalam SPM bermula 2013. Atau mewajibkan subjek sejarah bagi murid sekolah rendah. Tidak ada gunanya semua itu jika pemimpin yang ada sekarang ini pun 'buta sejarah'. Maaf andai ada yang terasa. Hanya nukilan seorang Editor muda.
ReplyDeleteSalam, Uda,
ReplyDeleteSah deme tu tengin, Da. Agak Uda le, ape le kata MS dan si Edda tentang he ni. Deme tu ceghodek sikit.
Teman pun maleh melayannye memule tu, tapi bile sampe nak bako membako, teman pun maghah le!
Salam, Sdr Faizal,
ReplyDeleteSaya bersetuju, yang memulakannya itu gila populariti dan hendak menjadi juara bangsa. Dia bukankah disisihkan parti dan melompat ke parti lain?
Saya rasa, alasan kasta hanya alasan kecil penolakan itu. Alasan penolakan yang besar ialah pencerakinan pengarang tentang hakikat golongan mereka sebagai pendatang!
Salam lagi . . . Adinda Zul,
ReplyDeleteTeghuja sungguh teman naiknya!
Lame tadi teman bepikio sesoghang . . . Pikio punya pikio . . . tebayang le teman akan suasana dalam kape tu ketika deme behempit-hempit seperti kambin . . . Aroma sekelilin . . . Tuhan aje yang tau kome!
Kate le . . . kalu penulih 'Interlok' tak pake simile 'kambin' tu tak ngapa kot . . . kalu 'berasak-asak macam lembu' . . . lebih boleh deme terima gamaknye.
Ate , gantikan aje dengan jenih hewan yang lebih beso saiznya . . . lebih ada keleh le kata oghang!
Pada teman lebih ketara pulak relevannye . . . 'self-explanatory' kata omputih jiran teman ni . . .
Bayangkan juga kalu untuk kedua-dua 'tukang main ilmu siasah' kabur tu . . . kita buat aje replika kape dalam 'Interlok' tu . . . dan kita bio aje dema belayo besame-same.
Ghasanye hanyut entah ke mane le deme. Maklum deme tak tau kemudi kape . . . macam juge le deme tak tau gheti sebeno penghasilan sastera kreatif semudah itu! Dua kali tengin!
Ha tentang dua kekawan kita tu . . . memang le deme tu ceghodek sikit . . . Dema tak ndak le naik kape . . . mesti naik kape terobang!(deme baca sastera omputih je. Itu pun entah deme paham entah idak).
Mana pula deme beghani nak bagi komen weh . . . walaupun dalam 'subjek' Inggeris dan 'sastera' Sanskrit! Nak mampoih!
Ah . . . semakin 'hot' lak teman . . . takut berapi-rapi jadinya. Habih lak benda lain yang tebako nanti! (Macam PJ Big Fire lak) . . . Peronjang apa!
Salam, Da,
ReplyDeleteKamben pun tecengang. "Bile besesak macam itu", kata kamben, "ghope-ghopenya bau deme lebih hameh dari bau kite. Moh teghojon!" kata kamben.
Same le lebih koghang macam deme yang bako-membako tu. Peghange deme hameh ghopenya. Tu yang teman nak maghah pada omputih jighan Uda tu. Pepande mbawaknye ke nenggeghi kite ni dulu. Udahnya, macam melepehkan pelio tesepit - nak dighonjang, pelio tengah peghit, tak dighonjang sedap pulak. Isy....