Tuesday, January 12, 2010

Akhirnya Kita Berasa Dilindungi

Alhamdulillah, Sultan negeri saya yang tercinta ini – DYMM Sultan Idris Sharafuddin Shah – bertitah juga akhirnya, iaitu bahawa semua pihak di negeri Selangor hendaklah berpegang teguh pada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama-agama lain selain agama Islam. Hal itu, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, telah dititahkan oleh baginda semasa beliau bertemu dengan baginda di Istana Mestika pada 5 Januari lalu.

Baginda berpendirian demikian bagi memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor. Baginda juga menghendaki isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS di samping berharap agar semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

DYMM Sultan Selangor juga turut meminta MAIS memaklumkan wujudnya undang-undang yang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Walaupun ada pihak yang berkata bahawa titah baginda itu agak lewat, tetapi harapan yang saya cetuskan dalam posting bertarikh 4 Januari lalu supaya DYMM Sultan-sultan agresif dan menyatakan pendirian tentang hal ini akhirnya tertunai juga. Sesungguhnya, saya berasa bangga dengan titah DYMM Sultan Selangor itu dan sedikit banyak berasa benar-benar terlindung di bawah payung pemerintahan baginda.

DAULAT TUANKU!

4 comments:

  1. Salam, Setia;
    Kita berharap agar semua ketua agama kita (DYMM Sultan-Sultan/Raja-Raja, dan Yang Dipetuan Negeri) akan melakukan hal yang sama dengan DYMM Sultan Selangor.

    ReplyDelete
  2. Salam, Assy;
    Semoga Allah memilih kita daripada kalangan yang mengangkat Islam sebagai satu-satunya agama untuk semua manusia.

    ReplyDelete