Wednesday, January 6, 2010

Usaha KDN Berjaya

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memberikan keizinan kepada mingguan Katholik – Herald – untuk menggunakan kalimah “Allah”.

Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan – hakim yang sama dalam pemberian keizinan itu – membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan oleh pihak KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

Peguam bagi pihak mingguan berkenaan – Derek Fernandez dan Benjamin Dawson – tidak membantah permohonan itu dengan alasan yang sangat muluk – atas kepentingan nasional. (Ulasan tempelan – Hakim Lau Be Lan, semasa memberikan keizinanan tempoh hari, tampaknya, tidak menjadikan kepentingan nasional sebagai asas penghakimannya!)

Derek Fernandez berkata bahawa orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.

Beliau berkata bahawa pihak mereka (Roman Katolik) merupakan golongan yang mencintai keamanan, dan dengan yang demikian komen (yang tidak baik) tidak wajar (dikeluarkan).

“Kami mahu Peguam Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Editor Herald, Father Lawrence Andrew, turut hadir dan bertemu dengan Abdul Gani di dalam bilik saksi sebelum permohonan itu didengar.

Dalam masa yang sama, Hakim Lau Be Lan menolak permohonan enam Majlis Agama Islam (Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka, dan Johor) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu. Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau Be Lan juga telah menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.

Hal ini telah menyebabkan keenam-enam majlis tersebut berserta dengan Magma memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Lau Be Lan menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald.

(Sumber: MalaysiaKini)

6 comments:

  1. Salam, Setia;
    Tangguh sahaja. Marilah kita bersolat hajat supaya kebenaran penggunaan kaimat "Allah" oleh pihak itu terus dibatalkan.

    ReplyDelete
  2. Salam, tuan. Saya masih tidak yakin dengan keputusan penangguhan ini. Apa sahaja boleh terjadi. Umat Islam mesti bertenang tetapi tidak boleh terlalu cepat berasa lega.

    ReplyDelete
  3. Salam, Cikgu Marni;
    Saya pun berasa demikian juga. Sama-samalah kita berdoa agar hal yang mengelirukan fikiran kita oleh sekalian banyak ulasan daripada para ulama sendiri ini tamat segera.

    Kalau diimbas kembali, rasa-rasanya hal ini tidak akan timbul semasa Tun Mahathir PM kita kerana beliau punya keberanian luar biasa.

    Apa-apa pun, Allah sedang menguki kita.

    ReplyDelete
  4. mana perginya hakim-hakim melayu islam? Ketua hakim negara tak masuk campur kenapa? Ingat pada bekas ketua hakim negara dulu Tun Salleh dalam kes budak nak masuk islam yang tak cukup umur.

    ReplyDelete
  5. Salam, Syekh;
    Hati umat Islam terluka. Ada umat Islam yang berhati kuman - tidak berasa apa-apa tentang kebenaran penggunaan kalimah "Allah" itu. Ada yang berhati dingin, berotak sejuk - berfikir dengan waras. Ada yang berhati harimau - menderam dan menerkam apabila hal ini disentuh, lalu bertindaklah mereka di luar kotak pemikiran yang waras sehingga membakar rumah ibadat pihak yang terbabit tanpa memikirkan pihak yang terbabit itu boleh bertindak balas atas perlakuan bodoh mereka.

    Hakim-hakim Islam yang Syekh katakan itu tampaknya perlu dihakimi oleh rakyat.

    ReplyDelete