Thursday, July 5, 2012

Tak Ada Cerita Baharu yang Hendak Dikongsikan

TIDAK ada cerita baharu yang hendak saya kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan. Menurut suatu sumber, Tom Cruise yang dikatakan bahawa aktor yang menerima upah lakonan tertinggi di Hollywood, sedang dalam proses perceraian. Perceraian itu difailkan oleh isterinya, Katie Holmes. Perceraian itu dikatakan bahawa berpunca daripada “ketaasuban” dan keyakinan Cruise terhadap fahaman Sainstologinya. Perceraian artis Hollywood? Ini bukan cerita baharu!

Azlan Mohd. Lazim, bapa si “mangsa” liwat yang bernama Saiful Bukhari, oleh sebab tempoh petisyen rayuan hanya tinggal kira-kira 10 hari, merayu kepada pihak Peguam Negara supaya segera mengemukakan petisyen rayuan supaya anaknya beroleh keadilan. Rayuan itu dilakukannya selepas pada Selasa lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat anaknya dengan DS Anwar Ibrahim. Ini bukan cerita baharu. Ini cerita yang akan dibaharui.

Harga petrol RON97 turun 20 sen lagi mulai hari ini. Penurunan berlaku kerana harga purata petrol itu pada bulan Jun lepas relatifnya rendah. Oleh sebab harganya relatif rendah pada bulan lalu hingga membolehkan penurunan sebanyak 20 sen itu, maka sekarang orang boleh mengisi petrol RON97 pada harga RM2.60 seliter. Harga RON95, mungkin kerana kandungannya bukanlah petrol sepenuhnya, tidak terlibat dalam penurunan itu. Ini bukan cerita baharu. Ini cerita strategi baharu.

Petron Malaysia (Petron) telah menjadi pembekal bahan api (minyak) kepada kapal terbang (Airbus A380) milik Malaysian Airline System Bhd. (MAS) untuk tempoh enam bulan (Petron telah “menyedekahkan” minyak percuma untuk penerbangan sulung pesawat itu (MH2) dari KL ke London 1 Julai lalu). Petron asalnya Esso dan Mobil (Exxon-Mobil). Esso dan Mobil sekarang kepunyaan Petron Oil and Gas International (Filipina). Petron ada anak Tun M di dalamnya. Ini bukan cerita baharu!

Sekutu UMNO yang bernama MCA sekali lagi hilang akal apabila orang sesekutunya berkata hendak laksanakan hudud di Johor. Siap ancam (sudah acap kali) hendak angkat kaki dari BN lagi (sepatutnya Cina-Cina tu ancam hendak keluar dari Malaysia, untuk duduk di negara yang tidak ada Islam, barulah betul!) Mereka tahu, kalau ada hudud, Melayu-Islam takut ke pusat pelacuran, takut ke pusat hiburan, takut ke Magnum dan TOTO sedang Cinalah tauke pusat-pusat itu. Ini bukan cerita baharu!

Tuan-tuan ... puan-puan. Hasrat untuk melaksanakan hudud oleh orang UMNO di Johor itu strategi PRU. Kerana orang Cina disahkan bahawa tidak akan/sedikit yang akan menyokong BN, strategi harus dibuat. Hudud yang menjadi taboo kepada orang Cina dijadikan strategi. Angkat isu ini, kemudian suruh MCA cepat-cepat menentang hal ini. Mana-mana Cina yang mudah diperdayakan terus mengubah persepsi terhadap MCA lalu kemudiannya menyokong MCA dalam PRU akan datang sekali gus menguntungkan BN. Ini bukan cerita baharu!

Apakah cerita baharu, yang kalau berlaku, landskap dan hala tuju politik Malaysia akan berubah ke arah yang benar-benar baik sehingga menakutkan orang? Perceraian Tom Cruise cerita hiburan bersiri, cerita Saiful Bahari macam fitnah bersiri, cerita RON-RON turun harga cerita macam nak pancing undi, cerita Petron cerita kroni, cerita hudud UMNO cerita strategi. Semua cerita basi, tetapi terpaksa juga kita dengar dan kita ikuti, supaya tidak ketinggalan teksi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Sdra Zul,

    Dah lama saya tak menjenguk blog Sdra. bukan apa cuma sibuk sedikit. Bulan sudah saya ada di Perancis dan hari minggu saya di sana jatuh pula hari PR parlimen mereka. Tak ada pula kelihatan bendera partai-partai yg bertanding. Dah lama saya rungutkan fasal bendera ini kpd kawan-kawan seperjuangan. Kenapa perlu dikibarkan begitu banyaknya bendera hingga kadang-kadang mengangggu penguna jalan raya. Masa, kita kena berubah, terutama melihat kepada pembaziran yg ketara pada soal bendera. Australai,New Zealand UK pun begitu tak ada bendera partai dikibarkan.
    Izin saya menyentuh 2 isu yg Sdra nukilkan diatas. 1. Rayuan Saiful 2. Hudud. Yang Pertama. berilah keadilan kepada Saiful utk membuat rayuan. Jgn kita tambah menyebut macam fitnah bersiri. Kan diakhir zaman, ada manusia yg kita sangka baik rupa lain budi pekertinya begitu juga yg kita sangka buruk rupanya cuma mainan dan bertopeng bijak berkata-kata.
    Yang Kedua.,. Semua orang Islam Mukmin perlu bersatu menyokong usul baik yg diwarwarkan oleh YB Ayub Rahmat dari Johor itu, bak kata Ustaz Harun Taib Ketua Ulamak PAS pusat iaitu PAS bersedia membantu UMNO melaksanakan Hudud dinegara ini. Mari kita ambil peluang baik ini memaksa pemimpin negara menyahut seruan ini supaya kita dapat bersatu atas kalimah Lailah Hailahallah. Kalau bukan sekarang bila lagi? Islam didahulukan dari parti yang disokong.
    maaf jika ada yg tersilap.

    ReplyDelete
  2. As-Salam, Tuan A.Rahman,
    Terima kasih Tuan kerana masih sudi mengikuti Blog saya.

    Jauh Tuan berjalan dan jauh lebih banyak pengalaman yang Tuan raih berbanding dengan saya. Saya kagum dan haruslah juga saya mencemburuinya.

    Saya mengatakan bahawa cerita-cerita ini cerita lama kerana kita telah lama penat oleh hal-hal yang demikian. Perbicaraan Saiful-Anwar yang ada kecacatan diteruskan dan hal ini menampakkan adanya semacam fitnah. Kita sebagai rakyat mengikutinya, ada yang mengikutinya dengan rapat, ada yang mengikutinya secara bersahaja. Walau apa-apa pun cara kita mengikutinya, kita telah membuang masa. Rakyat telah membuang masa. Jika hal ini diteruskan, sekali lagi kita membuang masa.

    Cerita hudud cerita lama dan saya yakin bahawa yang disodorkan sekarang suatu strategi pilihan raya. Tun Mahathir boleh menerima hasrat Kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hudud dahulu dan MCA tidak akan berani membantah kerana Tun M jauh lebih berwibawa daripada TS Muhyiddin dan Datuk Ayub. Sekarang sudah menjadi lain.

    Hukum hudud sudah hampir dilaksanakan sepenuhnya oleh raja-raja Melayu dahulu sebelum kedatangan Inggeris. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Pahang, walaupun berbaur dengan hukum adat, sudah banyak menggunakan hukum Islam. R. J. Wilkinson mengakui hal ini. Apabila diberi kemerdekaan, mengapakah UMNO tidak menoleh Hukum Kanun Melaka, Pahang, Perak, dll itu sebaliknya menerima hukum yang disodorkan Inggeris?

    Kita sengaja menyusahkan diri kita, Tuan. Itulah pandangan saya.

    ReplyDelete