Monday, February 27, 2012

11 April 2012 Cuti Umum

Pengumuman oleh juruhebah lewat stesen radio KLFM pagi tadi pasti menggembirakan para pekerja, tetapi menjengkelkan para majikan — kerajaan telah menetapkan bahawa 11 April 2012 (hari Rabu) sebagai cuti umum. Hal ini diambil oleh pihak kerajaan kerana pada tarikh tersebut akan berlangsung istiadat pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Apakah agaknya yang wajar dilakukan oleh pihak masjid dan surau untuk mengisi cuti umum tersebut selain solat berjemaah? Elok jika ada ceramah-ceramah agama yang menyentuh perihal sejarah kesultanan dalam Islam atau bacaan Yasin, doa, dan sebagainya untuk Tuanku.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment