Friday, July 22, 2016

PERIBAHASA WARISAN BANGSA XII: “Tangkai” dan “Tangkal” Bukan Objek yang Sama

Dua benda ini – tangkal dan tangkai – berbeda rupa dan berbeda peranannya. Tangkal atau disebut juga penangkal atau azimat terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa, lazimnya dipakaikan pada badan manusia seperti di bahagian lengan, leher, pinggang, dll. Tangkal ini lazimnya dimanterakan dan dijampi dengan bacaan tertentu, bertujuan untuk melindungi si pemakai daripada sebarang musibah atau untuk menjadi seseorang itu kuat, kebal, dsb.

Sebaliknya, tangkai pula ialah sama ada 1. gagang pada buah, bunga, dll; 2. sulur tumbuhan yang menjalar; 3. hulu (batang) pada cangkul, kapak, pisau, dll. Peranan tangkai secara umumnya adalah sebagai penyambung kepada sesuatu. Sebagai contohnyanya, tangkai buah berperanan untuk menyambung buah pada batang/dahan manakala tangkai cangkul, kapak, parang, dll berperanan untuk menyambung matanya (besi) dengan batang/hulu.

Tentang kata tangkal, dapat kita temukannya dalam pantun yang sangat popular:

Limau purut lebat ke pangkal,
Daun selasih condong uratnya;
Hujan dan ribut dapat ditangkal,
Hati kasih apa ubatnya?

Walau bagaimanapun, tidak pula saya temukan tangkal digunakan dalam peribahasa.

Sebaliknya, tangkai ada digunakan oleh leluhur kita dalam peribahasa. Antara peribahasa yang dimaksudkan itu termasuklah Menjual tangkai pangkur dedap dan Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. Pada siaran kali ini, saya hanya ingin menyentuh peribahasa Menjual tangkai pangkur dedap. Peribahasa ini dicipta oleh leluhur kita untuk memerihalkan atau mengiaskan (bermaksud) cerita-cerita bohong.

Pangkur dalam peribahasa itu merujuk kepada cangkul. Dedap pula sejenis tumbuhan yang menghasilkan kayu ringan dan lampung. Kayu ini tidak sesuai dijadikan sebagai alat kerja-kerja berat, termasuklah sebagai tangkai/hulu cangkul/pangkur, kerana mudah patah. Jadi, dalam peribahasa ini, tangkai pangkur dedap ini menjadi lambang pembohongan kerana rupanya teguh dan cantik (putih), tetapi ketahanannya sangat mendukacitakan!

Walau bagaimanapun, telah berlaku kesilapan pada bentuk peribahasa Menjual tangkai pangkur dedap ini dalam KDE4 (mungkin juga dalam edisi-edisi sebelumnya). Di bawah entri pangkur (hlm. 1132), KDE4 telah mencatatkan/mendokumentasikan peribahasa ini sebagai Menjual tangkal pangkur dedap – dalam hal ini, tangkal telah mengambil alih tempat tangkai, dan dengan itu pangkur dedap rupa-rupanya boleh juga dijadikan tangkal/azimat.


Hal ini tidak benar. Berlakunya kesilapan itu barangkali kerana sedikit kecuaian pada peringkat awal pengumpulan dan penyusunan kamus ini dahulu, yang kemudiannya tidak pula disedari oleh pihak-pihak yang terlibat dalam penyemakan semula dan penambahbaikan kamus ini untuk edisi terkini. In syaa Allah, saya yakin, bentuk yang betul ini – Menjual tangkai pangkur dedap – akan menggantikan bentuk yang salah itu.

1 comment:

  1. Anapoker Bermain Kartu Games online berhadiah Uang jutaan Rupiah Secara Instant..

    Gabung sekarang bersama Anapoker, Gratis tanpa ada biaya tambahan..

    BUKTIKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA, Contact Chat Only..
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
    link alternatif sbobet

    sbobet alternatif

    login sbobet

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    sabung ayam bangkok

    ayam laga birma

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    ReplyDelete