Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad: Mengapakah Selepas Meninggal Dunia?

Jika Saudara Saudari biasa bersolat jenazah, selepas usai bersolat dan berdoa, kita akan ditanyai oleh pemimpin solat itu, “Apakah yang kita katakan kepada jenazah ini?” lalu kita akan menjawab, “Baik!”. Begitulah, pertanyaan itu akan diulang hingga tiga kali dan dijawab “Baik!” sebanyak tiga kali juga. Namun, tidaklah kita ketahui adakah ungkapan “Baik” itu senada dengan yang terbetik di dalam hati jemaah yang berkata “Baik!” itu. Kita berharap, ungkapan itu senadalah.

Tentang hal ini, barangkali Wartawan Kosmo! tidak ikut serta mensolatkan jenazah arwah Yasmin Ahmad pada 26 Julai 2009, maka dengan itu Wartawan tersebut barangkali berfikir bahawa selain yang baik, hal-hal yang kelihatan kurang baik tentang arwah Yasmin Ahmad perlu diceritakan juga. Hal tentang diri arwah Yasmin Ahmad yang sebenarnya perlu diketahui 1Malaysia. Maka dengan itu, dapatlah dibaca oleh banyak orang tentang sisi lain arwah Yasmin Ahmad – “Mati sebagai wanita, diratapi peminat pelbagai kaum” dan “Daripada striker bola kepada pengarah tersohor”.

Berikutan hal itu, dapatlah kita fahami kemarahan Datuk Marina Mahathir, sehingga beliau berkata (dalam MalaysiaKini), “Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).” Seterusnya, beliau mengungkapkan, “Remuk perasaan keluarganya.”

Saya tidaklah tergamak untuk melabel Wartawan Kosmo! sebagai “makhluk hina” tetapi saya sangat bersetuju dengan pendirian Datuk Marina Mahathir itu bahawa perasaan keluarga arwah Yasmin Ahmad sangat perlu kita hormati. Janganlah dilukai perasaan keluarga yang ditinggalkannya itu, khususnya ibu bapa arwah yang sudah lanjut usia.

Saya tidak pasti, adakah penulisan dan pendedahan itu (kalau benar) wajar pada saat begini? Walau bagaimanapun, saya beranggapan bahawa jika Wartawan Kosmo! jujur, sisi lain tentang arwah Yasmin Ahmad sepatutnya diberitakan sewaktu beliau masih bernyawa. Dengan yang demikian, jika arwah Yasmin Ahmad tidak memilih untuk berdiam diri, dapatlah beliau menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Mengapakah kalian melaporkannya selepas beliau berada di liang lahad?

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad dan sabarlah Hajah Inom dan Haji Ahmad. Benarlah, kematian itu ujian untuk yang tinggal.

11 comments:

  1. Memang bukan masa yang tepat untuk menulis laporan sebegitu. Namun wartawan KOSMo tidak harus dipersalahkan.

    MKriza

    ReplyDelete
  2. orang dh tau lama crita tu..tak perlulah wartawan kosmo nk besar2kanya lg slepas arwah dah tak de....

    ReplyDelete
  3. Sdr Riza dan Sdr Binjidan,
    Allah telah merahsiakan keaiban seseorang daripada pengetahuan orang lain, maka apakah perlunya kita mendedahkannya?

    ReplyDelete
  4. A typical corrupted spin media of corrupted Umno!

    Utusan Binatang.

    ReplyDelete
  5. I hate malay pig so much in my life
    If all malay pig jump into sea and all die
    This world will become very very beautiful

    ReplyDelete
  6. Only insane people read Utusan Malaysia. Better buy toilet tissue for more value.

    ReplyDelete
  7. Umno/BN component parties and their cronies/EC/MACC/PDRM - No. 1 liar and public enemy, bunch of corrupted, despicable, racist morons rotten to the core!

    ReplyDelete
  8. The longer the existence of Utusan and Umno governing this nation, the worse the image Malaysia is projecting to the world.

    Utusan and Umno may not have realised that, but a lot of people in other countries have regarded Malaysia as a low class country.

    Jaguh kampung but a joker to the world indeed.

    ReplyDelete
  9. Reek, Killer, Romsam, Vesewe, Ruyom,

    Terima kasih kerana memberikan komen. Inilah natijahnya apabila kerasionalan diletakkan ke samping. Kerana terlalu menginginkan sensasi (selepas insan itu telah tiada, itu persoalannya) didedahkan itu dan ini. Benar, kalau ini cara Wartawan melaporkan berita, dia telah memalukan kita dan MALAYSIA.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum adinda.

    Tahniah kerana berani memaparkan apa yang adinda paparkan dalam blog seawal ini ttg manusia yg bernama'Yasmin' itu. Itu mukadimah.

    Seterusnya isi yang penting hendak dicatatkan di sini adalah . . . kalau dah lama jadi Editor kenalah menulis sebagai seorang editor . . . cukup dgn segala asam garam bahasa (basinya?), lengkap dengan segala hukum hakamnya (jelas gaya / cara adinda menulis sedemikian.Syabas!) Sebaliknya, kalau dah lama berhenti jadi Editor (dah pencen le), bentuk penulisannya akan jadi beginilah ... macam yang tertera sekarang. Lantaklah Zul.

    Konon nak bikin 'surprise' guna nama samaran 'Anonymous' di bawah ... tapi rasanya Zul dah tahu siapa kot ... Sebenarnya 'aku' (bukan panggilan sebenar) lebih selesa berbicara begini. Terasa bebas dan tulen.

    Dalam ruang 'Blogs That I Follow' adinda tu sudi2 le tambahkan blog . . . dsuarang. Bukan le 'best' sangat ... sekadar mengimbau zaman kegemilangan sama-sama berkamus dulu . . . bukan kenangan di Pantai Dalam.

    Cukup dahulu buat masa ini. Maaf kalau penggunaan bahasa yang baik seperti diamalkan para Editor yang sedang berkhidmat . . . tidak kedapatan pada penulisan komen ini.


    Catatan:
    Harap dapat diperbetulkan 'typo error' pada baris 5 perkataan 7 dalam para awal blog. (Alahai . . . sebenonya semangat "Tok Mudim" tu masih ada dalam diri teman ni ooi.)

    ReplyDelete
  11. Salam, Da;
    Terima kasih dengan puji-pujian. Tak dibaca siaran yang menjadi Arkib tu lalu tak sedarlah kewujudan dsuarang. Tahniah dengan Blog baru. Akan dihadap dan dibaca sebagai perkongsian.

    ReplyDelete