Monday, May 24, 2010

Kisah ADUN Kerdau dan ADUN Parit Raja

ADUN Kerdau (Pahang), YB Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 tahun, seperti yang kita ketahui, sedang berada dalam keadaan kritikal. Keadaan kesihatannya menjadi tidak menentu selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh pada 3 April 2010 lalu. Beliau telah dirujukkan ke IJN pada 9 Mei 2010 apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya. Sehingga kini, keadaannya tidak bertambah baik, malah sedang koma dan memerlukan perhatian yang rapi dan serius.

ADUN Parit Raja (Johor) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, YB Abd Aziz Kaprawi, juga menghadapi masalah kesihatan. Beliau mengadu sakit dada dan telah pun menjalani pembedahan pintasan jantung semalam. Pembedahan itu berjaya dan kini beliau sudah pun sedar.

Tidak kira siapa pun anda, marilah kita, khususnya umat Islam, mendoakan keafiatan kedua-dua wakil rakyat itu. Mengharapkan ada PRK daripada keadaan yang menimpa kedua-dua insan tersebut bermaksud bahawa kita mengharapkan kematian mereka. Hal ini kurang wajar malah sangat tidak sopan. Janganlah kita mendahului Allah SWT. Biarlah Dia yang melaksanakan rencana-Nya.

2 comments:

  1. Semoga Allah melindungi dan memberikan takdir yang terbaik untuk mereka. Hanya Dia yang Maha Mengetahui takdir yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu;
    Saya tidaklah mahu menyentuh hal hidup mati orang lain pada mulanya tetapi apabila terbaca perihal kecenderungan sesetengah pihak bahawa PRK akan berlangsung di kawasan pesakit-pesakit itu, saya berasa kurang senang. Seperti kata Cikgu, "semoga Allah melindungi dan memberikan takdir yang terbaik untuk mereka".

    ReplyDelete