Monday, May 3, 2010

Selepas Keceloparan Aduka Taruna, Dia Pulak dan Sekarang Sudah Kena Tahan

Lelaki yang disyaki terbabit dalam penyiaran komen yang berbaur ugutan bunuh terhadap YAB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman rangkaian sosial Facebook telah ditahan oleh pihak polis. Lelaki itu (kalau berasaskan pengenalan dirinya bernama Mohd. Safuan Hilmi).

Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman. Menurut beliau, lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah diberkas oleh sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek merupakan pemilik laman sosial itu yang sebenarnya dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit ataupun sebaliknya.

“Kami sedang mendapatkan tempoh tahanan reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pada hari Sabtu lalu, Dewan Pemuda Pas melalui Ketua Pusatnya, Sdr Nasrudin Hassan At-Tantawi, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Chow Kit selepas membaca ugutan bunuh terhadap Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu di laman Facebook. Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup untuk dihukum gantung jika dapat “membunuh” Nik Aziz.

Belum lengkap lagi sbb sekor lagi barua x mati iaitu nik aziz.tggu aku p bunuh nik aziz dulu baru lengkap.setan tu x layak duk kt muka bumi ni lg.

Senang bunuh orang .tikam jer.aku snggup dihukum gantung jika aku dpt bunuh nik aziz al dajjal tu.”

“Fuck nik aziz!!!!!!!!!!”

Begitulah kata-kata yang tersiar dalam laman sosial itu.

ULASAN
Kerana kurang ajarnya melampaui akal manusia normal, maka orang semuda itu ditahan polis. Menggelarkan orang (Tuan Guru atau sesiapa sahaja) sebagai barua, setan, al-Dajjal, dan menggunakan perkataan lucah fuck bukan ciri-ciri orang Melayu, bukan ciri-ciri orang Islam, jauh sekali mendekati ciri-ciri orang beriman. Na‘uzubillah. Kalau perkataan itu digunakan kepada kaum keluarganya, bagaimana? Kalau ditakdirkan nanti dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara, bagaimana? Tidakkah terbazir sebahagian daripada usia?

2 comments:

  1. Salam, Tuan.
    'Kebebasan bersuara' yang tidak kena pada tempatnya. Orang sebeginilah yang seringkali menutup pintu bagi kebenaran bersuara. Alangkah ruginya bercakap dan menulis sesuatu yang sia-sia. Beliau seharusnya memanfaatkan sebaiknya medium komunikasi yang ada.

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu Marni;
    Apabila kita berkunjung ke blog-blog tertentu, sama ada yang popular ataupun yang tidak popular seperti blog saya ini, banyak sekali kita temukan kata-kata biadab yang dilafazkan sama ada oleh pemilik blog ataupun pengomen-pengomennya. Pelbagai kalimat biadab dan lucah digunakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang ditentang. Pelbagai gelaran kurang manis dilekatkan pada watak-watak yang dibenci. Walhal bukan mereka tidak tahu, Sayidatina Aisyah RA sendiri telah dimarahi oleh Rasulullah SAW, suaminya, kerana menggelarkan madunya dengan gelaran kurang elok.

    Astaghfirullah. Kebebasan bersuara untuk menyatakan yang hak, menegakkan kebenaran, bukan untuk menghina orang.

    ReplyDelete