Friday, April 15, 2011

Bersederhanalah dalam Menilai Sahabat dan Seteru

JANGANLAH DIPUJI-PUJI, DIANGKAT-DIANGKAT, DILAMBUNG-LAMBUNG MELANGIT SAHABAT KITA KERANA ESOK DIA MUNGKIN AKAN MENJADI SETERU KITA. JANGAnLAH DICACI-CACI, DIKEJI-KEJI, DINISTA-NISTA SETERU KITA KERANA ESOK DIA MUNGKIN AKAN MENJADI SAHABAT KITA.

Pakatan Rakyat pernah memuji manusia itu melambung-lambung. Pakatan Rakyat juga pernah mempercayai apa-apa yang dikatakannya — hampir kesemuanya. Sekarang manusia itu memperlihatkan belangnya (yang sebenarnya?). Sekarang manusia itu membuat corner baring 360 darjah, bukan setakat cecah lutut, tapi sampai cecah telinga dan ubun-ubun!

Selepas ini, UMNO dan BN akan mengambil giliran untuk memuji dan mempercayai apa-apa yang dikatakan oleh manusia itu. Berhati-hatilah kalian. Dia mungkin tidak menipu tentang apa-apa yang diperkatakannya, tetapi manusia yang tiba-tiba memperlihatkan belangnya yang lain (yang sebenarnya?) sangat perlu kalian waspadai.

Dalam dunia ini, ada haiwan yang lidahnya bercabang — tetapi cabang itu pada lidahnya semata-mata, bukan pada apa-apa yang dibunyikannya (dituturkan atau dicakapkan?). Walaupun lidahnya bercabang, haiwan yang demikian tidak menipu kaumnya.

Dalam dunia ini, tidak ada manusia yang lidahnya betul-betul bercabang — tetapi apa-apa yang dituturkan mereka bukan sahaja bercabang-cabang, malah berbelit-belit serta banyak dusta dan tipuannya. Manusia ini tidak malu untuk menipu kaumnya.

Ciri yang sama antara sesetengah haiwan yang lidahnya bercabang dengan manusia yang percakapannya bercabang-cabang ialah kedua-duanya kadangkala MEMATUK!

4 comments:

  1. Salam Adinda,

    Dulu lain sekarang lain
    Dulu tiruan sekarang dah tulen . . .
    Dulu sahabat kaum kerabat
    Sekarang seteru tidak sebulu!

    Teman nenang dari jauh aje . . . he, he :)

    ReplyDelete
  2. Salam, Uda,
    Sesungguhnya, Da, ghambut same blonde, ati len-len. Tapi la De, kan ... baguih jugak kona baghennye tu. Isu pokok dalam akuan sumpahnye lagi nampak plak, kan....

    Salah ngko le TV3, ingat nak tutup ceghite, nak ampu oghang tu, aleh-aleh udah ceghite yang nak gheput tu bangkit balik. Salah ampu, kan Da.

    ReplyDelete
  3. Salam Adinda,

    Dalam he sebegini . . . bersahabat dengan petak besi bercap KAWANKU atau petak-petak besi lain yang sewaktu dengannya tu . . . paling best!

    Kalo, dalam kantung kita tak beduit pun . . . bila kena cucuk . . . dia tak melatah kata "Heh kome . . . akaun kome kerin kontang le!"

    Pande si petak besi menjaga maruah kawan . . . Manusia ni elok belajo daripada petak besi gamaknya!

    ReplyDelete
  4. Salam, Uda,
    Harap-harapnya, bukan le pase dikeghobok-keghobok mulut KAWANKU tapi tak keluo ape-ape tu yang menjadi penyebab ceghite ni timbui balik. Na'zubillah....

    ReplyDelete