Friday, April 15, 2011

Islamnya Hanya Pada “Babi”

Aku melihat dia
bersolat tidak peduli
berpuasa jauh sekali
berzakat apatah lagi
ke Makkah langsung sepi.

Aku dibisikkannya di telinga
bahawa ke rumah tetangga
tidak kira Benggali atau India
Cina apatah lagi
dia tidak pergi
kerana mereka makan babi!

Aku kemudian dinasihati
chewing gum, gula-gula,
coklat, dan entah apa-apa lagi
jangan dimakan
kerana katanya
semuanya bercampur dengan
lemak dan gelatin babi.

Aku juga diberitahunya
dia bertengkar dan hampir menampar
anak sekolah bermulut celopar
yang memaki anaknya dengan kalimat “babi”
kerana katanya babi hina di sisi Islam.

Aku melihat wajahnya
yang menjadi tanda dan bukti
bahawa Islam ialah agamanya
babi sahaja rupa-rupanya.

Kesian....

6 comments:

  1. Assalam, Sdr. Zul,

    Teringat saya akan hujah seorang (yang memperkenalkan dirinya ahli korporat) dalam sebuah forum yang saya menjadi salah seorang anggota panelnya di PWTC pada pertengahan tahun 2005 bahawa untuk maju, bangsa Melayu tidak perlu terlalu sibuk memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu. Katanya, dua syarat untuk menjadi Melayu yang baik sudah cukup - yang pertama tidak makan babi dan yang kedua tidak memijak al-Qur'an. Astaghfirullah. Itulah antara wajah Melayu 'baru'.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, Prof;
    Alangkah naifnya Melayu yang begitu. Patutlah banyak bayi yang dibuang, adik/anak sendiri disetubuhi, dan pelbagai perkara buruk yang melibatkan Melayu asal mereka tidak makan babi dan tidak memijak al-Quran.

    Samalah dengan kefahaman ahli politik. Pembangunan bermaksud bangunan puluhan tingkat (kemudian dinamakan dengan nama yang bukan berunsur Melayu/nasional) yang lengkap dengan pusat beli-belah yang kononnya dapat menyediakan peluang pekerjaan walhal hakikatnya di situlah anak Melayu membuang agamanya serta budayanya.

    ReplyDelete
  3. Salam Adinda,

    Teman ngambik paham mudah aje. Tak payoh le macam dema yang pande tu . . . macam pahaman golongan yang sangat akademik tu . . . Lantok le!

    Contoh kecik -->

    Ce tengok Kamus Dewan (Ed 4).

    Entri 'babi' diberikan makna/tafsiran begini:

    babi I 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk,berkaki pendek,berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); . . .


    Entri 'arak' diberikan makna/tafsiran begini:

    arak I sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki - orang yg kuat minum arak ; . . .


    Ha . . . in simple words (bak kata jiran omputih teman tu ) . . . maka jeleh dah orang kite yang ngaku Islam dah banyak yang cuma paham 'babi' je haram. Yang lain tu ok je kot.

    Ate . . . apa nak dikatakan lagi . . . orang Melayu mesti paham cakap Melayu aje. Cakap(bahasa) al-Quran mana dema nak paham!

    Maka apabila Kamus Dewan hanya mencatatkan 'babi'(diharamkan bagi orang Islam) manakala 'arak' tiada catatan yang sedemikian . . . sah le kepada golongan itu (gamaknya)bahawa mereka harus takut kepada haram si babi sahaja!

    Si si (sisi?)yang lain itu boleh saja . . . membujur lalu melintang patah!

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. Salam, Uda,
    Ha, ha. Teman tak peghasan pun selame aghi ni hanye "babi" yang dibeghi definisi yang jeleh daripada sudut Islamnye tapi "arak" idak pulak. Baguih info Uda ni. Kalo Uda tak halang, teman nak angkat he ni dalam Blog teman saghi due ni.Buleh gamaknye.

    ReplyDelete
  5. Salam Adinda,

    Apa ke salahnya pulak . . . Yang beno tu kita hebah-hebahkan le . . . Yang mengaibkan, kita ghaibkan . . . he,he.

    Buleh aje le weh . . . .

    ReplyDelete
  6. Salam, Uda,
    Terima kasehhhhhhhhhh! (ala-ala Datuk David Aru kita tu).

    ReplyDelete