“Kamu pun ikut ‘nonton’ American Idol? Bukankah American Idol salah satu unsur hedonisme? Kamu tidak harus mendekatinya apatah lagi mengikutinya. Rancangan itu melalaikan kamu,” kata kawan saya apabila saya bercerita tentang American Idol.
Saya sebenarnya mengikuti American Idol secara kebetulan. Pada waktu itu, pesertanya ada sekitar lapan orang, kalau saya tidak salah. Dan saya bukanlah tahu nama semua pesertanya, kecuali Scotty McCreery dan James Durbin yang “agak lain” itu. Yang lain saya hanya kenal wajahnya.
Sebenarnya, sesiapa pun pemenangnya kelak tidak menarik perhatian saya langsung. Kerana, apabila mereka menjadi ternama kelak, dan kemudian lagu-lagu mereka ke udara, saya tidak akan kenal dan ingat siapakah mereka kecuali barangkali anak saya yang muda itu.
Yang menarik perhatian saya tentang American Idol ini ialah komen para juri yang tiga orang itu — Jennifer Lopez, Randy Jackson, dan Steven Tyler. Saya suka mengikuti buah fikiran dan pandangan mereka sambil mencari-cari kebenaran dan kejujuran komen mereka yang sangat berpengalaman itu.
Apabila mereka memberikan komen, sesekali saya akan berfikir, adakah mereka berkomplot untuk menjatuhkan peserta itu atau peserta ini demi memenangkan peserta yang satu lagi. Melihat mereka dan mendengar komen mereka menjadikan saya jahat kerana memikirkan bahawa mereka jahat.
“Bagaimanakah halnya dengan Akademi Fantasia atau Mentor yang sekarang sedang rancak disiarkan? Kamu tidak menontonnya? Bukankah komen para juri program itu juga seronok diikuti malah lebih mudah difahami?” kawan saya bertanya lagi. Ada sindiran dalam pertanyaan itu.
Saya ada masalah tentang hal ini. Walaupun saya kurang suka melihat peserta yang Melayu-Islam melalak-lalak dan terkangkang-kangkang di pentas, saya lebih tidak suka apabila mendengar jeritan penontonnya yang ala-ala histeria itu. Saya benar-benar rimas kerana saya yakin bahawa kebanyakan penonton yang menjerit-jerit itu Melayu-Islam!
“Jadi, kerana jeritan penonton, kamu langsung tidak mengikuti buah fikiran juri kedua-dua program itu? Penonton American Idol yang kamu tonton itu tidak menjerit dan melalak seperti orang histeriakah?” Dia menyoal, masih dengan nada menyindir.
Jeritan penonton American Idol lebih hebat lagi, tetapi hal itu tidak menjadi kudis kepada saya kerana saya yakin bahawa yang menjerit itu bukan Melayu-Islam. Rasa tidak suka saya bukan pada jeritan itu, tetapi pada siapakah yang melontarkan jeritan itu.
“Apa-apa pun alasan kamu untuk menonton dan tidak menonton sesuatu program, kamu tidak harus menonton ketiga-tiganya kerana semuanya melalaikan kamu. Berapa jamkah American Idol, misalnya bersiaran di kaca televisyen — satu jam, dua jam? Bayangkan, berapa banyak ayat Qurankah yang dapat kamu hafal selama satu dua jam itu?”
Ya, saya sudah dapat membuang kegemaran saya untuk menonton beberapa program, gusti khususnya. Seharusnya juga saya tidak usah melayan nafsu mengikuti komen-komen Jennifer Lopez, Randy Jackson, dan Steven Tyler itu kerana komen mereka tidak dapat membaiki mutu agama saya!
Terima kasih, Ustaz!
Salam Adinda Zul,
ReplyDeleteTeman nonton Imam Muda . . . ok kot Ustaz.
Oh ye . . . teman kena le juge Tanyalah Ustaz - Channel TV3 & Channel TV9 tentang he ini . . . pase ini semua menyangkut he TV . . .
Wallahuaklam.
Salam, Uda,
ReplyDeleteBetoi gak kata Ustadz kawan teman tu. Daripada sejam kita nengok bebudak tu tekinja-kinja sambil mendengor jerit lolong penonton, baik kita ngape Quran, atau membaca tafsirnya.
Wallahua'lam.
..hidup di dalam budaya hedonisme yang diangkat dan diagung-agungkan adalan cabaran paling hebat untuk muslim zaman ini. Kontranya adalah ketidakupayaan kita untuk memberikan lebih banyak rancangan2/program lain sebagai alternatif untuk muslim di luar sana, saya rasa sudah cukup untuk kita menggunakan 'argument' "ini kerja orang yahudi" bila mana sebenarnya kita belum cuba untuk memperbaiki kesilapan kita dan kesatuan umat islam itu sendiri masih lagi goyah..
ReplyDelete-pernah dahulu-kalau tidak salah ingatan saya-didengar semasa di dalam studi,orientalis atau barat meramalkan bahawa akan lahir Salahudin Al-ayubi yang kedua dan mereka sangat takutkannya dan menggunakan apa sahaja untuk menghalangnya. sekarang bila difikirkan , itu hanya cerita-cerita momok untuk mengalih perhatian sebenar umat islam terhadap apa yang berlak
*dah tak tengok t.v. ,Youtube pulak yang menjadi ganti..hermm(^_^)
Salam, Sabda Kalam,
ReplyDeleteAda benarnya pandangan Sdr itu bahawa kelahiran kedua Salahuddin al-Ayyubi hanya momokan mereka supaya kita seronok menunggu kemunculannya sehingga lupa untuk menjadi atau melahirkan Salahuddin itu.
Wallahua'lam.