Wednesday, May 18, 2011

Dialog Matematik

+ Subsidi bahan api ibarat candu, syeikh. Sekali diberikan, sudah hendak ditarik balik.

- Kuasa pun ibarat candu juga, kan syeikh? Sekali dapat, susah nak bagi kat orang lain.

= Eh, mengapakah nampak yang ibarat-ibarat saja? Yang betul-betul candu bagaimana? Mengapakah hal itu tidak disebut? Benda alah itu pun membazir duit juga. Membazir modal insan lagi.

+ Aku tak puas hatilah! Hendak bercakap tentang subsidi bahan api yang kononnya macam candu itu sampai pergi jauh-jauh ke Oxford nuh!

- Sabarlah, Campur!

= Betul kata Tolak tu, Campur. Engkau bersabarlah....

+ Apasal kena sabar?

= Ai, dari zaman Tunku sampai zaman Pak Lah, ada sesiapa yang mendahulukan rakyat? Dia ni seorang sahaja yang buat, tau?

2 comments:

  1. Assalamualaikum Sdr Zul,
    Bersabarlah kerana harga barang-barang akan terus naik. Bila gaji naik, daya beli dan permintaan semakin besar. Maka harga ikan, telur, kuih muih dan lain-lain tetap naik. Gaji guru akan naik, kemudian mungkin pula polis, tentera, dan pegawai awam juga bila pilihanraya hampir dekat.

    Menarik keterangan al-Quran diturunkan.Jadi bolehkah kita kata bahawa pada waktu seluruh ayat diturunkan ke langit dunia, waktu itulah terjadinya malam Lailatul-Qadar.Kalau begitu ada pula yang berpendapat malam tersebut hanya berlaku sekali sahaja; dan tidak tiap-tiap Ramadhan.Kebanyakan tetap berpendapat ia berlaku tiap-tiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Salam, Dato',
    Saya sangat bersimpati akan nasib golongan berpendapatan rendah (walaupun nilai pendapatan saya sendiri sudah semakin merendah kerana kenaikan harga barang). Melihat kehidupan golongan kurang mampu dalam rancangan "Bersamamu" di TV3 itu, misalnya, kita akan menginsafi natijah inflasi ini. Yang hendak berderma pun banyak yang memikirkan kantung sendiri dahulu.

    Ya, begitulah yang dapat kita ketahui daripada beberapa Tafsir, iaitu bahawa pada waktu seluruh ayat itu diturunkan ke langit dunialah terjadinya Lailatul-Qadr.

    Rasa saya, eloklah diyakini bahawa Lailatul Qadr yang istimewa itu hadir setiap Ramadhan. Surah al-Qadr pun ada menyatakannya (rujuklah kepada ayatnya yang ke-4 itu):

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. [1]

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [2]

    Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [3]

    Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya) [4]

    Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! [5]

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete