Tuesday, May 11, 2010

Antara Sukarela dan Paksarela

Sukarela” ialah suatu sifat yang mulia. Sesuatu yang dilakukan secara sukarela lazimnya disertai dengan keinginan dan kerelaan sendiri yakni tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, dilakukan dengan perasaan yang seronok dan penuh dengan keikhlasan. Itulah yang saya fahami daripada perkataan yang terhasil daripada gabungan kata “suka” dan “rela” itu. Seperti yang kita ketahui, orang yang memiliki dan mengamalkan sifat-sifat itu digelar sebagai sukarelawan.

Hal ini bermaksud, perbuatan yang dilakukan bukan dengan keinginan dan kerelaan sendiri, dilakukan setelah dipaksa oleh pihak-pihak tertentu, dilakukan dengan perasaan yang jengkel dan tanpa keikhlasan, tidak dapat sama sekali digolongkan sebagai sukarela. Bekas bos saya dahulu menggolongkan sifat itu sebagai “paksarela”.

Jika sesuatu itu dilakukan tanpa kerelaan, rogol misalnya, akan berlaku pergelutan antara orang yang hendak dirogol dengan orang yang hendak merogol. Jika yang merogol lelaki, sudah pastilah mangsa rogol itu perempuan. Dengan sifat perempuan yang sememangnya lemah, perogol (lelaki) yang muda sering “menang” dalam kejadian “paksarela” itu. Kalau si perogol lelaki tua manakala mangsa rogol itu wanita muda, belum tentu lelaki tua itu dapat melampiaskan hajat buruknya itu.

Tetapi akan menjadi aneh kalau sesuatu yang dilakukan tanpa kerelaan hati, misalnya dalam aktiviti homoseks (maaf, bahasa kasar sebagai padanan untuk kata “homoseks” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat disebut sebagai “semburit”), si mangsa membantu pihak yang hendak ber”semburit” dengannya. Sebagai contohnya, si mangsa menyapukan krim tertentu (yang berperanan sebagai pelincir) di bahagian “burit”nya bagi membantu penyemburit itu melampiaskan nafsunya. Lebih aneh lagi kalau mangsa perlakuan songsang itu merupakan orang muda manakala si pelaku (lelaki yang memaksa perlakuan songsang itu) berusia lebih daripada 60 tahun!

Kita memerlukan fikiran yang waras untuk menilai kejadian seumpama ini (kalau berlakulah). Harap-harap hal seperti ini tidak berlaku di negara kita dan di mana-mana juga. Saya tidak mahu nasib umat Nabi Lut alaihissalam ditimpakan kepada kita pula.

3 comments:

  1. Salam, Tuan Zul.
    Semakin lama, saya semakin kecewa dan semakin malu membaca akhbar di Malaysia. 'Negara Rosak Akhlak'. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat selepas menatap tajuk utama sebuah akhbar perdana pagi ini. Tidak adakah tajuk berita yang lebih penting, lebih baik, lebih berakhlak dan boleh dijadikan contoh yang baik-baik kepada generasi hari ini? Cerita dalam kain dan dalam seluar itu, usahlah dihebohkan. Jadi-jadilah. Malu.

    Pesan bijak pandai, jikalau mahu melihat fikrah pemikiran masyarakat sesuatu tempat haruslah dilihat kepada surat khabarnya. Surat khabar kita? Apakah itu cara kita berfikir?

    Sampaibila agaknya kita hendak diajar menjadi kurang cerdik dengan berita-berita yang kurang cerdik begitu. Sungguh mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. ini adalah perbuatan politikus bangsat
    yang merampok segala kuasa
    hanya untuk menjatuhkan lawan
    yang tak mampu dilawan berdepan secara jantan
    lantas gunakan kuasa walaupun
    intitusi awam roboh
    kehakiman hancur
    bangsa dibangsatkan oleh orang lain
    anak bangsa lali dengan media bangsat itu..
    aku malu menjadi bangsa ini...

    ReplyDelete
  3. Salam, Cikgu Marni dan Sdr Faziz;
    Kita memang sedah dibodoh-bodohkan. Akhbar yang ini, begini katanya; akhbar yang itu, begitu katanya - tentang hal yang sama. Ya, Allah! Haruslah kita berasa kecewa dan berasa aib, seperti kata Cikgu dan Sdr Faziz.

    Sekali lagi, kita perlu senantiasa waras untuk menilai hal ini.

    ReplyDelete