Monday, May 17, 2010

Betul, Hulu Selangor Terlucut Berganti dengan Sibu

Dalam siaran saya yang bertajuk “Hulu Selangor Terlucut, Berganti dengan Sibu” (3 Mei 2010), saya menelah bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Parlimen Sibu (P212) sebagai ganti kepada Hulu Selangor yang berjaya dirampas oleh Barisan Nasional semula.

Telahan saya itu adalah berasaskan sikap pengundi Cina (melalui PRK Bukit Gantang dan Hulu Selangor) yang cenderung untuk menyokong PR. Kebetulan pula Sibu didiami kebanyakannya oleh pengundi berdaftar yang berbangsa Cina (66.7%). Itulah asas telahan saya.

Kebetulan telahan itu betul. PR, melalui wakil DAP, Wong Ho Leng berjaya memenangi kerusi Parlimen Sibu setelah mengalahkan calon BN, Robert Lau dengan majoriti 398 undi. Wong Ho Leng memperoleh 18,845 undi, Robert Lau Hui Yew beroleh 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron, memperoleh 232 undi.

Tampaknya, orang Cina semakin cenderung untuk memilih pembangkang. Cuma saya tertanya-tanya, jika calon bukan Cina dipilih untuk mewakili PR di Sibu yang majoriti penduduknya ialah Cina, akan menangkah calon bukan Cina itu? Apa-apa pun juga yang kita katakan, yang pasti taburan janji dan wang ringgit oleh pihak kerajaan terbukti bukan segala-galanya kepada penduduk Cina di situ dan juga di Bukit Gantang dan juga di Hulu Selangor. Orang Melayu kena berfikir.

6 comments:

  1. orang cina bijak menelah keikhlasan
    orang melayu mengharapkan ehsan

    ReplyDelete
  2. Salam, tuan.
    Betapa kita harus menerima hakikat, orang Melayu masih boleh 'dijual beli'.

    ReplyDelete
  3. DAP semakin kuat bukan PR

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Faziz dan Cikgu Marni;
    Kita harus berasa bimbang kalau suatu hari nanti pilihan raya akan hanya disaingi oleh dua parti sahaja, iaitu antara parti yang didukungi Mleayu dengan parti bukan Melayu. DAP dan MCA melawan UMNO dan PAS, misalnya. Pada saat itu, kalau orang Melayu masih mengharapkan ihsan dan masih dapat dijual beli, kita akan betul-betul menjadi penumpang di negeri sendiri. Sebab itulah, walaupun saya kurang bersetuju, politik perkauman ada asasnya untuk diamalkan dalam situasi tertentu. Baik pemimpin BN mahupun pemimpin PR, mereka tidak harus bermurah hati untuk memberikan kerusi yang terdiri daripada majoriti Melayu kepada calon bukan Melayu. Hentikan amalan itu. Dengan kata lain, mesti ada persefahaman rahsia antara pemimpin kedua-dua pihak.

    Sdr Anon;
    Tanpa bantuan gerak gempur parti lain dalam PR, DAP tidak akan menang secara bersendirian di Sibu.

    ReplyDelete
  5. Saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan. Seruan agar politik perkauman dihentikan adalah seruan yang tidak rasional. Ia sama dengan seruan pembentukan negara bangsa (negara yang hanya ada satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia, bukan Melayu Cina dan India). Lihat sahaja seruan 1Malaysia yang kononnya menyeru kita tidak mengambil kira perbezaan bangsa. Hakikatnya sama ada kita sedar atau tidak, 1Malaysia semakin menonjolkan segenap sudut perbezaan yang ada pada setiap bangsa. Kita mesti menerima hakikat, perbezaan kaum itu tidak mungkin dihapuskan tetapi boleh dimanfaatkan untuk kebaikan (jikalau kita mahu)...

    ReplyDelete
  6. Salam, Cikgu Marni;
    Tidak menjadi masalah apa-apa kalau perkauman yang mendasari pemerintahan adalah yang berlandaskan Islam. Dalam konteks Malaysia, pemerintahnya Melayu-Islam tetapi Melayu yang memerintah haruslah adil dan saksama serta jujur dan amanah. Barulah kelak bangsa lain tidak mempertikaikan apa-apa, mereka tidak berasa rugi dan kita mendapat untung. Malangnya, hakikat yang berlaku sekarang ialah Melayu yang ada di tampuk pemerintahan ialah Melayu yang khianat, sama ada kepada bangsa lain apatah lagi bangsanya sendiri! Sekarang bangsa lain dan bangsanya sendiri tidak meyakini mereka. Bagaimanakah hendak mengembalikan keyakinan mereka?

    ReplyDelete