Monday, April 18, 2011

Kenyataan Datuk Acryl Sani: Penyudah Kisah Video Seks Itu?

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA berkata bahawa siasatan video seks (yang pelakonnya dikatakan sebagai mirip pemimpin pembangkang dan seorang jalang China) sudah lengkap dari segenap sudut. Menurut laporan itu juga, siasatan polis menjurus kepada Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah dan hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara dengan segera.

Mengapakah siasatan polis hanya menjurus kepada Seksyen itu sahaja dan bukan Seksyen lain yang dapat melibatkan pelakon dalam video itu? Secara mudah kita dapat memahami bahawa asas undang-undang yang dapat mengaitkan pemimpin pembangkang itu dengan video itu tidak ada asasnya.

Siasatan yang menjurus kepada Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu juga secara mudah dapat difahami bahawa Datuk Trio (yang mengaku memiliki dan menayangkan video lucah itu) sebagai bersalah kerana mereka telah pun membuat pengakuan terbuka sebaik-baik sahaja isu video lucah itu heboh.

Yang lebih penting, siasatan yang menjurus kepada Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu telah membuktikan bahawa tuduhan pihak DSAI dan penyokongnya bahawa pihak polis telah bersekongkol dalam isu video itu adalah tidak benar. Hal ini bermaksud bahawa pihak polis bersih daripada permainan politik kotor pihak Datuk Trio itu.

Jadi, apakah kesudahannya? Adakah pihak UMNO, khususnya kerajaan BN pimpinan DS Mohd. Najib, hendak membantu Datuk Trio daripada Seksyen itu ataupun membersihkan diri mereka daripada “ketidakcerdikan” Datuk Trio itu (kerana membuat pengakuan secara terbuka dan memilih video yang dapat disangsikan pelakonnya hanya dengan sekali tonton sahaja itu).

Di pihak Parti Keadilan, seperti yang dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agungnya), mereka yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa DS Anwar Ibrahim ke mahkamah. Hal ini demikian kerana seluruh episod konspirasi ini, kata beliau, direka untuk menghancurkan kerjaya politik DS Anwar Ibrahim. Hal ini, kata beliau lagi, bukanlah mustahil kerana sebelum ini DS Anwar Ibrahim tetap dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan liwat yang tidak dilakukannya.

Di pihak kita, marilah kita berdoa agar isu yang membodohkan dan membuang masa kita ini segera selesai supaya kita dapat bekerjasama dan menggemblengkan tenaga dengan kerajaan untuk membangunkan negara, bukan untuk membangunkan kemaluan kita sahaja!

Kita juga wajar berharap agar pihak yang beria-ia membuat tuduhan bahawa pelakon lelaki dalam video itu memang DS Anwar Ibrahim sempat bertaubat nasuha sebelum mereka disembahyangkan di hadapan imam kelak. Kita menyeru mereka, sebelum disembahyangkan di hadapan imam, berdirilah di hadapan DS Anwar Ibrahim untuk menuntut keampunan kerana ikut memfitnah beliau.

Wallahu a‘lam.

2 comments:

  1. Lepas ini sesiapa pon bolih vidio sebegini kerana yang salah yang menayangkanya nanti.

    Wallahhu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr Tebing Tinggi,
    Dalam kes video pelakonnya mirip DSAI ini, saya fikir pihak polis mendapati tidak relevan untuk mengaitkannya dengan DSAI kerana mustahil kalau benar pelakon itu DSAI, beliau merelakan dirinya divideokan. Malah, dengan sosok yang demikian, yang mudah dibezakan dengan DSAI yang sebenanrnya, tidak wajar pelakonnya disiasat, takut-takut pelakon itu somebody.

    Selain itu, dengan tulisan Siam yang memberikan alamat di Bangkok, video itu menjadi tidak sahih dilakonkan di KL seperti dakwaan SK. Kebetulan pula si SK mengaku dia salah seorang yang ada dalam video itu. Jadi, kalau pelakonnya disiasat, SK akan terbabit.

    Kesemua itu dan banyak lagi mungkin disedari oleh pihak polis akan menyulitkan pendakwaan di mahkamah nanti. Masalah sedia ada pun tidak terselesaikan....

    Jadi, tidak timbul "sesiapa pun boleh membuat video sebegitu". Tidak tahulah saya kalau Sdr Tebing Tinggi berani dan ada keinginan ke arah itu. Na'uzubillah.

    ReplyDelete