Thursday, April 14, 2011

Pendedahan RPK: Salah Satu Real Politik Malaysia

Apabila mengikuti pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Malaysia Today, (bukan temu bualnya di TV3 tadi malam), kita mendapati bahawa DS Anwar Ibrahim seperti tidak ada kaitan dalam “mewujudkan” cerita tentang keterlibatan DS Mohd. Najib dan isterinya dalam “pengeboman” Altantuya. RPK sendiri pun, dalam pendedahannya itu, seperti tidak mahu memikul tanggungjawab terhadap apa-apa yang didedahkannya dalam Akuan Bersumpahnya itu, sebaliknya beliau memulangkannya kepada pihak yang menjadi sumber cerita itu diperoleh.

Yang kelihatan melalui pendedahannya juga ialah, pihak yang bertanggungjawab untuk membabitkan DS Mohd. Najib dan isterinya dengan “pengeboman” Altantuya itu ialah sekelompok orang yang tidak mahu DS Mohd. Najib menjadi PM bagi menggantikan Pak Lah. Tetapi, mengapakah mereka tidak mahu DS Mohd. Najib menjadi PM sebaliknya menamakan Tengku Razaleigh Hamzah pula? Apakah kekurangan DS Mohd. Najib dan apakah pula kelebihan Tengku Razaleigh?

Yang menarik, RPK mendakwa bahawa orang-orang yang terlibat dalam rancangan itu (yang menyuruhnya membuat Akuan Bersumpah dan yang menjadi sumber perolehan maklumatnya), cuci tangan dan enggan terlibat dengan Akuan Bersumpahnya itu apabila beliau ditangkap dan ditahan pihak berkuasa. Mereka meninggalkannya bersendirian untuk berdepan dengan apa-apa yang didedahkannya dalam Akuan Bersumpahnya. Malah kelompok itu, kata RPK, mengisytiharkan diri mereka sebagai penyokong kuat DS Mohd. Najib pula.

Menarik pendedahan RPK dalam Malaysia Today itu. Perancangan seperti ini (menghalang DS Mohd. Najib daripada menjadi PM) pernah berlaku pada tahun 1976 dahulu. Pada tahun itu, ada pihak yang turut membuat rancangan untuk menggulingkan Datuk Seri Mahathir daripada jawatan TPM. Untuk mengetahui perancangan pada tahun 1976 itu, bacalah buku “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” yang ditulis oleh YB Senator Syed Husin Ali.

Cuma pelik juga, bagaimanakah orang seperti RPK mudah terpengaruh oleh “desakan” pihak lain supaya membuat Akuan Bersumpah walhal beliau sedar akan risiko yang bakal didepaninya?

4 comments:

  1. Salam Adinda,

    RPK . . . masukkan vokal E di antara setiap konsonan . . . jadi apa?

    Kita sama-sama paham aje le!

    Kalau macam berikut ni . . . lagi hebat:

    R om P a K atau pusing terbalik a dengan o . . .(kata orang kampung teman . . . main ator-ator hurup) . . . jadilah R am P o K

    2 x 5 = 5 x 2 he, he :)

    ReplyDelete
  2. Salam, Da,
    Teman idak la senalo ngikut tulisan anak ghaje tuh, tapi bace gak le dalam MalaysiaKini dan kekadang MStar pase komen-komennya. Teman seghonok le sebab dapat ngikut ceghite daripada sisi lain berbanding media perdana. Tapi, bile die ceghite sumber die peroleh maklumat tuh, teman tak suke le. Mane bulih balen batu sembunyi tangan. Die bukan kudung!

    ReplyDelete
  3. Salam Adinda,

    Teman setuju le tu.

    Pemutuih bicara . . . ghaje adil ghaje disembah , ghaje kudon susah nak buang sampah!

    ReplyDelete
  4. Buang sampah aje ghope-ghopenya ghaje kite ni, ya!

    ReplyDelete