Tuesday, June 22, 2010

Tidak Menjadi Kenyataan

Harapan saya (mungkin peminat bola sepak Asia juga) untuk melihat pasukan bola sepak Korea Utara dapat “melakukan sesuatu” terhadap pasukan bola sepak Portugal tidak menjadi kenyataan apabila pasukan dari Asia itu tersungkur di kaki enam orang penjaring gol pasukan Portugal, termasuk Christiano Ronaldo. Pasukan bola sepak Korea Utara tewas dengan keputusan 0-7 (rekod jaringan tertinggi Piala Dunia Edisi 2010 setakat ini).

Semasa menentang pasukan bola sepak Portugal malam tadi, pasukan bola sepak Korea Utara tidak bermain seperti sewaktu mereka kalah di tangan pasukan bola sepak Brazil pada 15 Jun yang lalu. Mereka kelihatan longlai dan “hilang” sentuhan untuk menjaringkan gol. Kita berharap agar pasukan bola sepak Korea Utara dapat memungut mata pada perlawanan terakhir menentang pasukan bola sepak Cote d’Ivoire (Ivory Coast) pada 25 Jun nanti.

2 comments:

  1. Cote d'Ivoire = Ivory Coast adalah sebuah negara di benua afrika
    Costa Rica adalah negara di benua amerika tengah

    ReplyDelete
  2. Salam, Anon,
    Terima kasih. Memang selalu saya tersilap apabila merujuk kepada Ivory Coast dan Costa Rica. Pergh!

    ReplyDelete