Thursday, April 7, 2011

Lynas Corporation dan Nadir Bumi

Hah, hah! Lynas Corporation akan kekal di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan kecuali sekiranya loji pemprosesan RM700 juta itu (yang sedang dalam pembinaan sekarang), tidak mematuhi keperluan keselamatan.

Keperluan keselamatan yang dimaksudkan ialah “Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus”. Dalam maksud yang lebih mudah difahami, “bahan buangan daripada loji itu mestilah hanya mengandungi 500 ppm torium”.

Torium ialah bahan mentah yang akan digunakan untuk tujuan pemprosesan di loji ini kelak.

Lynas telah beberapa kali menyatakan bahawa nadir bumi yang digunakan oleh pihaknya hanya mempunyai 1,600 ppm torium.

Apakah pandangan anda?

Saya berpandangan bahawa pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tidak berpegang pada konsep “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Mereka lebih seronok melihat ada bencana, kemudian baru diambil tindakan! Betullah kata Allah SWT:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kamu melakukan bencana dan kerosakan di muka bumi’, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan’. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 11-12)

2 comments:

  1. Hmm.. lepas ni pikir beribu kali nak jalan2 cari makan (terutamanya seafood)kat area Kuantan

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr Anon,
    Kasihan orang Kuantan.... Kasihan juga kepada kita kerana mempunyai pemimpin yang sibuk hendak mengkantoikan orang dengan adegan sekslah, itulah, inilah. Hal yang bahaya begini seperti dipinggirkan.

    ReplyDelete