Saturday, June 9, 2012

Pembekuan PTPTN Ditarik Balik: Rayuan Siapakah yang Dilayan?

Apabila hal tentang pembekuan PTPTN oleh KPT disanggah oleh orang-orang PR, TPM dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor seperti berkata padan muka kalian. Cubalah praktikkan apa-apa yang kalian libun-libunkan, iaitu untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kalian, begitulah lebih kurang yang tersirat di balik kata-kata kedua-dua timbalan itu. Tetapi, apabila kononnya Naib Canselor UNISEL membuat rayuan, cair hati pihak KPT, lalu menarik balik pembekuan itu.

Secara mudahnya, usaha pembekuan itu suatu strategi makan diri oleh pihak UMNO/BN. Betul! Budak Tahun 2 di sekolah rendah pun faham akan hal ini. Oleh sebab itulah orang-orang seperti Sdr YB Khairy Jamaluddin pun merayu kepada pihak KPT supaya jangan dibekukan pemberian PTPTN kepada budak-budak baharu di UNISEL itu. Donald Lim pun lebih kurang sama pendiriannya. Jadi, rayuan siapakah yang didengar oleh pihak KPT itu, sebenarnya? 

Hai, berfikirlah dahulu sebelum bertindak!

2 comments:

  1. Salam, Tuan Zul. Sebagai tenaga kerja di Institusi Pengajian Tinggi, saya berasa malu bernaung di bawah kepimpinan Datuk Menteri ini. Ini bukan cara ilmuan bekerja. Ini bukan cara orang bijak pandai menguruskan 'masalah'...

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu Marni,
    Lama benar tidak mendengar khabar dan tidak melontarkan idea juga rasanya. Alhamdulillah, Cikgu sihat dan kembali.

    Malu terhadap Datuk Menteri itu memang satu hal yang besar, malu terhadap bangsa dan agama lain pun satu hal juga. Saya tak nampak bangsa lain mempraktikkan politik dendam seperti orang Melayu UMNO ini.

    ReplyDelete