Thursday, January 10, 2013

Bismillahir-Rohmanir-Rohim: Allah Sayang, Kasih akan Hamba-Nya yang Bertaqwa

Isunya, kalimat “Allah”. Pencetusnya, Lim Guan Eng. Tujuannya, ingin mendapat sokongan Kristian. Sebabnya, PRU semakin hampir. Sebab lain, Soi Lek main isu hudud. Akibat permainan Soi Lek, pengundi Cina seperti beralih arah. Tindakan segera, halang situasi ini; jangan biarkan hal ini berlaku kalau ingin mengambil alih tampuk kekuasaan.

Inilah kerja politik. Kerja orang politik sebenarnya. Ini amalan yang disodorkan oleh Nicollo Machiavelli – Its better feared than loved; pemimpin harus memiliki keupayaan untuk mengadun sifat baik dan buruk dalam diri mereka, tidak kiralah sama ada mereka itu memang disayangi atau ditakuti oleh pengikut dan rakyatnya.

Sekarang berlaku dua situasi. Pada diri si pencetus isu ini – Guan Eng – ada yang membencinya. Yang berkepentingan harus ambil kesempatan. Lakukan sesuatu supaya banyak orang yang membencinya. Situasi yang satu lagi, ada yang bersetuju dengannya. Maka, dia pun dibantu dengan pelbagai cara bagi menggambarkan ideanya memang wajar.

Hal kalimat “Allah” ini hal agama. Dalam negara ini, orang yang jahil perihal agama bukan sedikit bilangannya. Yang tua banyak, yang muda berlebih-lebih lagi banyaknya. Jadi, secara umum, isu ini memang amat berbahaya. Yang ketara menerima bahayanya ialah penganut Islam yang jahil itu. Yang beruntung untuk jangka panjang tentulah Kristian dan agama lain.

Mengapakah berbahaya kepada Islam? Kerana Kristian ini mubalighnya afresif dan aktif. Mereka pintar memanipulasikan peluang. Kalimat “Allah” itu nanti akan digunakan dengan wewenang bagi mengatakan bahawa Islam dan Kristian sama. Sebagai contohnya, kita akan diberitahu bahawa kita boleh bersolat dengan cara Islam atau dengan cara Kristian.

Yang jahil agama, dengan pemberian sedikit ganjaran berupa wang, bantuan makanan, dll, akan senang diperdayai. Inilah yang harus kita takuti. Tidak timbul soal baik sangka terhadap musuh Islam kerana mereka ini bersedia untuk menikam kita dari belakang. Mereka akan terus-terusan berusaha untuk membawa kita hidup berlandaskan cara mereka.

Pada waktu itu kelak, setelah beroleh perkara yang dihajati dan diperjuangkan oleh mereka, siapakah yang dapat menghalang mereka daripada menyalahgunakan keizinan itu? JAKIM, PAS, MAIS, JAWI, dan yang lain-lain itu? Percayalah, mereka akan berdepan dengan pelbagai kesukaran, hingga terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun.

Tindakan dan pendekatan yang diambil oleh Sultan Selangor itu betul walaupun ada pihak yang mendakwa bahawa kenyataan itu seperti berpihak kepada golongan tertentu. Sebagai ketua agama negeri, baginda sangat sedar bahawa mencegah lebih baik daripada mengatasi. Banteras lebih awal sebelum menjadi penyakit pada masa depan.

Kita akur bahawa kalimat “Allah” bukan hak eksklusif umat Islam, tetapi kalimat “Allah” itu, pada masa depan, dapat dijadikan sebagai “senjata” untuk memporak-perandakan umat Islam. Bayangkan, mubaligh Kristian berbangsa Melayu membawa bible berbahasa Melayu yang tertera kalimat “Allah” padanya. Macam-macam manipulasi yang dapat dilakukan mereka.

Bismillahir-Rohmanir-Rohim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allah amat pemurah kepada semua makhluk-Nya, tetapi Allah hanya menyayangi makhluknya yang benar-benar memainkan peranan dan melaksamakan tanggungjawabnya sebagai hamba – takut, taat, dan bertaqwa kepada-Nya.

Adakah Kristian tergolong dalam golongan orang yang takut, taat, dan bertaqwa kepada Allah seperti yang terungkap dalam kalimat Bismillahir-Rohmanir-Rohim itu hingga melayakkan mereka menggunakan kalimat “Allah” itu?

4 comments:

  1. Assalammualaikum
    sdr. ZUL...jika di Sabah penggunaan kalimah Al lah bg kristen dah lama. Berpuluh tahun dah, sebab sejak saya remaja pergi gereja hinggalah dah convert ni, mereka dah guna cuma cara mereka sebut dengan cara islam sebut tidak sama, kresten sebut ikut baku AL- LAH dan kita Allahswt. Mereka tak guna swt dan sebutan islam seolah ada bunyi sebutan w'. itu sedikit penjelasan saya ttg isu ini di Sabah.

    Oh ye, apa nama fb sdr. ? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. As-Salam,
    Terima kasih atas makluman Sdr itu. Saya fikir sebutan yang berbeda itu menuju maksud yang sama. Cuma mereka tidak meyakini Allah sebagai Yang Esa kerana mereka meyakini triniti itu.

    Semoga generasi akan datang, anak cucu Sdr, anak cucu saya, dan yang lain-lain terpelihara daripada fitnah ini. Amin.

    FB saya atas nama Zulkifli Jamaasim.

    ReplyDelete
  3. As salam
    Saya dah add - Enin Anyena Mualaf (nama kg) hehehe.

    ReplyDelete