Wednesday, January 23, 2013

Edar Injil, Bakar Injil: Kalian Sedang Bermain Api

Kawan saya pernah berkata, “Jangan lakukan sesuatu yang kita sendiri tidak suka orang lain lakukan terhadap kita”. Hal itu dibangkitkannya apabila kami sangat marah terhadap perlakuan buruk pemandu kenderaan yang berkelakuan kurang ajar di jalan raya. Kami ingin membalas perbuatan pemandu itu dengan perbuatan yang sama, kebiadaban yang sama.

Rupa-rupanya, pesanan sahabat saya itu merentas segala perbuatan, segala peri laku. Ada pihak tertentu, khabarnya, yang ingin mengadakan Festival Bakar Injil di Pulau Pinang. Siapa pun pihak itu, saya berasa perlu untuk mengingatkan mereka, menyedarkan mereka, “Jangan lakukan sesuatu yang kita sendiri tidak suka orang lakukan terhadap kita”.

Kalau iltizam untuk mengadakan Festival Bakar Injil itu berpunca daripada galaknya perbuatan pihak-pihak tertentu mengedarkan kitab Injil kepada umat Islam, saya pun hendak mengingatkan pihak-pihak yang mengedarkan kitab-kitab penganut Kristian itu, “Jangan lakukan sesuatu yang kita sendiri tidak suka orang lakukan terhadap kita”.

Kalau kalian pencetus idea Festival Bakar Injil, kalian tentu tidak suka kalau ada pihak yang mencetuskan idea untuk mengadakan Pesta Bakar Quran (insya-Allah, al-Quran akan sentiasa terpelihara). Kalau kalian pencetus idea pengedaran Injil kepada umat Islam, kalian tentu benci kalau ada pihak yang masuk ke dalam gereja untuk mengedarkan al-Quran.

Banyak perkara yang perlu kita pelihara. Banyak perkara yang sensitif sifatnya. Bermain dengan perkara sensitif sama dengan perbuatan bermain api. Api dapat menyebabkan kalian melecur, api dapat menghangusrentungkan apa-apa yang yang kalian sayangi. Puak-puak yang berkepentingan, yang jahat, dengan sengaja akan menyimbahkan petrol ke dalamnya.

Mengapakah kalian tidak mahu duduk diam, melakukan kebaikan dalam lingkungan kalian, supaya semua orang dapat menikmati keamanan? 

8 comments:

  1. saya sokong hujah tuan dan ianya amat tepat sekali.hanya yang berakal saja boleh berfikir natijah dari perbuatan tersebut.

    ReplyDelete
  2. As-Salam Adinda Zul,

    Very well and clearly presented in simple Malay! Such matured and rational thoughts. Congrats, bro.

    Maaf . . . teman speakin' broken . . . bio dema yang tak faham bahasa Melayu mudah tu sedo sikit.

    Dulu teman main api bila nak bako mercun aje . . .

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera, Anon,
    Terima kasih, Anon. Kadang-kadang orang yang berakal tidak mahu menyempurnakan akal mereka dalam perkara-perkara sensitif yang sebenarnya sangat mudah untuk difikirkan natijahnya.

    ReplyDelete
  4. As-Salam, Uda,
    Terima kasih jugak Uda. Tak pe le bercakap dalam bahasa apa-apa pun tapi matlamat kita sama.

    Keamanan kalau diutamakan oleh semua orang, alangkah baiknya, kan Da.

    Kita, umat Islam di Malaysia ini, memanglah sengaja dan selalu diprovokasi, tetapi kita harus menanganinya dengan bijaksana. Dulukan fikiran daripada perasaan. Begitulah rasa adinda.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum
    Sdra Zul dan Sdra Uda
    sokong...juga..hehehe.

    ReplyDelete
  6. As-Salam Adinda Zul & Sdr Nur Dihati

    @ Adinda Zul: Very well said . . . isy,isy,isy . . .

    @ Sdr Nur Dihati: Terima kasih le menyokong ni. Bertambah kuat le semangat kita . . . hmm

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam
    Sdr...Berdua

    :-). Hehehe.

    ReplyDelete
  8. As-Salam, Uda dan Sdr Nur,
    Kemarahan perlu, tetapi kesabaran itu sebahagian daripada iman. Terima kasih jua kerana sependirian.

    ReplyDelete