Pada dua hari yang berbeza, saya bertanya kepada dua orang kenalan yang bekerja di syarikat swasta seperti saya, bagaimanakah persediaan mereka dalam menyambut hari raya pada tahun ini. Saya sekadar bertanya, bukan nak tahu sangat pun. Tetapi, oleh sebab kedua-duanya memberikan jawaban yang hampir sama, iaitu “Tak tahu lagi”, keinginan untuk tahu itu sedikit membuak.
“Eh, kenapa pulak tak tahu lagi? Ada yang tak kena ke?”
“Raya kan 20 hari bulan....” Begitulah kata mereka, lebih kurang sama walaupun saya menanyakan soalan itu pada dua hari yang berbeza, di lokasi yang berbeza, dan kepada kenalan yang berbeza.
Saya tidak faham. “Kalau 20 hari bulan, mengapa pulak?”
Kenalan saya yang pertama hanya menjawab, “Faham-faham sajalah!” sambil tersenyum dan saya tidak bertanya lebih mendalam lagi kerana saya mengagak bahawa kenalan wanita saya itu mungkin kecewa kerana terpaksa mengambil cuti lebih awal dan lebih panjang untuk pulang ke kampung suaminya.
Tetapi lain pula halnya dengan kenalan lelaki saya. Sewaktu saya mengungkapkan pertanyaan “Kalau 20 hari bulan, mengapa pulak?”, dia seperti “marah”.
“Ai!” Tinggi sekali “ai”nya. “20 haribulan engkau ingat dah gaji ke? Aku ni di swasta, tak ada Union yang nak fight untuk dapatkan gaji awal daripada majikan. Kalau tak ada gaji, nak Raya macam mana?”
Dahi saya berkerut. Oh, itu puncanya! Gaji yang menjadi masalah untuk beraya. (Dengan “kemarahan” itu, barulah terjawab akan makna senyuman kenalan wanita saya sebelum itu. Saya telah berdosa kepadanya kerana berprasangka buruk terhadapnya.)
“Kita ni, Zul, Raya tak ada apa-apa maknanya sangat. Dapat sempurnakan puasa, buat ibadat sikit-sikit, kemudian pada Hari Raya bermaaf-maafan dengan mak bapak, adik-beradik, sahabat handai, cukuplah. Tapi anak-anak lain. Mereka nak baju Raya, nak kasut Raya, nak duit Raya, nak balik kampung. Kalau balik kampung kena isi minyak, kena bayar tol. Tol pergi balik sudah hampir RM60.00, petrol lebih kurang RM400.00. Mak bapak, adik-adik, dan anak-anak buah perlu juga diberi sedikit duit raya. Mana nak cekau duit kalau tak gaji?”
“Tapi, kan engkau dah beli baju Raya anak-anak engkau?” spontan saya bertanya.
“Sebab itulah gaji awal tu perlu. Duit gaji bulan lepas habis untuk persiapan mereka dan untuk tempahan kuih raya. Bukannya engkau tak tahu, baik seluar baik baju, baik kuih Raya semuanya mahal! Minyak pun mahal!”
Saya diam. Memang semua barang mahal, kata hati saya. Dan apabila otak saya mencerna “kemarahannya” itu, saya menyimpulkan bahawa gaji memang penting, apatah lagi semasa perayaan. Sesungguhnya, kepada orang yang banyak mempunyai anak, yang kampung halamannya jauh, yang isterinya suri rumah sepenuh masa, yang pendapatannya sekadar cukup untuk dibelanjakan tetapi tidak cukup untuk ditabung, pemberian gaji yang lebih awal memberikan makna yang sangat besar kepada mereka untuk menyambut Hari Raya.
Kakitangan awam beruntung. Mereka dapat gaji awal pada setiap perayaan. Tetapi kakitangan swasta bergantung pada majikan sepenuhnya. Kalau majikan memang berpegang pada prosedur syarikat – bahawa gaji hanya diberikan pada akhir bulan (antara 27-31 hari bulan) – jilat sahajalah jari.
Kalau Sayidina Umar al-Khattab bergegas mengambil bahan makanan untuk seorang ibu yang semasa baginda meronda sedang memasak batu untuk “mensaiko” anaknya yang kelaparan, apakah yang dilakukan oleh pemerintah kita kepada keluarga yang seperti ini? Tidak mahukah mereka (sebulan atau dua bulan sebelum Hari Raya) menasihati syarikat swasta supaya memberikan gaji awal kepada pekerja mereka bersempena dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang? Bukan apa, sekadar memperlihatkan keprihatinan!
Dan saya terfikir, sambutan Hari Raya para peminta sedekah (di bazar-bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa ini) mungkin lebih meriah daripada kakitangan swasta yang tidak menerima gaji awal.

Ooo....
ReplyDeletemacam mana nak raya ya?
Sudah 2 bulan juga tidak dapat gaji.....
harap2 sehari sebelum balik cuti raya, gaji dibayar.
-----selamat hari raya.
@naim
Salam, @naim;
ReplyDeleteMengapa ya sampai dua bulan dinafikan hak menerima gaji? Sabar ialah jawaban paling tepat walaupun kadangkala klise.
Salam Raya juga.
Salam. Aduh, bagaimana saya boleh terlepas pandang catatan yang menarik ini? heheehee.. Memang begitulah nasib pekerja swasta seperti kami. Usahkan bonus atau duit raya, gaji awal pun cuma boleh dapat dalam mimpi.
ReplyDeleteSalam, Cikgu;
ReplyDeleteAlhamdulillah, kami yang di swasta juga pada tahun ini enah bagaimana diberi gaji awal, seawl 17 hari bulan. Syukur.