Saya beberapa kali bermimpi tentang isteri saya bermain kayu tiga, isteri saya diurat orang, dan beberapa keadaan lain yang ada kaitannya dengan hal yang sedemikian walhal sehingga kini isteri saya, alhamdulillah, sangat setia dan jujur, malah banyak membantu saya (walaupun kadang-kadang beliau mudah “berangin”).
Semasa saya bermimpi tentang perkara seperti itu pada kali pertama, rasa marah, rasa cemburu, dan rasa yang seangkatan dengannya begitu membuak-buak walhal tahap kecemburuan saya hanya 0.001 pada skala Richter! Dalam mimpi itu, saya merasakan seperti hendak membelasah kedua-duanya, iaitu isteri saya dan pasangannya, tetapi saya tidak ingat adakah perasaan untuk membunuh kedua-duanya wujud dalam diri saya semasa saya bermimpi itu.
Perasaan itu (cemburu dan marah) terbawa-bawa sehingga saya dapat merasa dan mendengar nafas saya mendengus-dengus dan apakala mata dicelikkan, saya hampir-hampir tidak berjaya mengawal kemarahan dan kecemburuan itu. Cuma setelah saya dapat menguasai situasi “mamai” selepas terjaga daripada mimpi itu, barulah kewarasan kembali menguasai fikiran. Namun demikian, debar sebagai akibat marah dan cemburu itu masih berbaki.
Sehingga malam tadi, saya bermimpi tentang hal yang serupa lagi (tetapi tahap kemarahan dan kecemburuan saya pada kali ini sangat minimal). Sekarang saya terfikir, seandainya perasaan dan fikiran saya yang di dalam mimpi itu terjelma dalam alam realiti dan kemudiannya syaitan laknatullah menunggangi perasaan dan fikiran saya itu, apakah natijahnya? Na‘uzubillah, jauhkanlah saya daripada kejahatan syaitan itu. Saya sayang akan isteri saya!
Jadi, nasihat saya kepada anda, basuhlah kaki sebelum tidur!
[PEMBETULAN!!! Saranan membasuh kaki itu cuma idea tuk nenek kita kerana yang sebenarnya, yang lebih baik, yang lebih afdal ialah basuhlah muka, basuhlah tangan, basuhlah dahi, dan kemudian sekali barulah membasuh kaki – setiap satunya perlu dibasuh tiga kali! Dengan kata yang lebih mudah, BERWUDUKLAH sebelum membuta!]

salam ziarah buat prtama kalinya..saya suka apa yg anda citekan dlm tajuk ni..
ReplyDeleteslalunya org laki memang mcm ni ek..dlm mimpi marahnya bkan main..kalau realiti dh psti ada prtumpahn drh jika ilang kawalan.
tp rmai cemburu hnya pd kaum isteri...diri sndiri?
xpa..psl ada quota 4...huhuhu...
Salam, innaAb;
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan Sdr.
Cemburu perlu ada pada suami supaya tidak tergolong sebagai dayus. Cuma, yang saya maksudkan, di dalam mimpi, cemburu itu sangat luar biasa. Takuuuuuuut!
Cemburu itu tanda sayang. Dalam mimpi, segalanya menjadi luar biasa sehingga yang tiada itu boleh saja diadakan. Ada yang kata, mimpi cuma mainan tidur, tetapi ramai juga yang mengatakan bahawa mimpi itu satu petunjuk yang membawa maksud sebaliknya. Ahah, ngeri juga, bukan? Hehehee..
ReplyDeleteSalam, Cikgu Marni;
ReplyDeleteYa, pernah juga dengar hal itu. Uh, minta Allah menjauhkan hal yang demikian daripada menimpa diri ini.
jangan tuan main kayu tiga sudahlah... hingga terbawa-bawa dalam mimpi.
ReplyDeleteSalam, Syekh Muaz;
ReplyDeleteAkan ana ingat pesan itu, tetapi kadang-kadang yang tidak terlintas di kepala kita pun menjadi mimpi juga, he, he!
Asalamualaikim
ReplyDeleteSaya sering mimpi lelaki yang Saya suka curang dengan saya
Terbangun dalam pukul 3 4 pagi..
Apa maksudnye

Setia tu.... Selalunya, kata orang, mimpi ni terbalik.
DeleteBagi saya ini boleh jadi perkara ini mengingatkan kita bagaimana perasaan sekira isteri yg curang dgn kita...jika betul anda ada perasaan marah..maka sayangilah isteri anda dgn penuh kasih sayang..
ReplyDelete