- kita telah “menganiaya” pembantu rumah bangsa Indon – Siti Hajar, Nirmala Bonat (tidak kita beri pembelaan?);
- KONONNYA kita telah menganiaya buruh rakyat Indon – yang ditahan di kem tahanan Semenyih (pekerja sah?);
- KONONNYA pembesar kita telah menzalimi rakyat mereka – Manohara (“ratu hati” dan “ikon kesopanan” wanita Indon?);
- KONONNYA kita telah mencuri dan mengakui budaya mereka sebagai budaya kita – tarian Pendet (yang lemah-gemalai, yang separa bogel, yang menyakitkan tubuh jika tidak ditarikan hari-hari?);
- KONONNYA kita telah memeras tenaga rakyat mereka dengan mengganjarkan mereka dengan upah yang sedikit – pembantu rumah bangsa Indon (yang kita babu-babukan?);
- KONONNYA kita telah menciplak lagu mereka menjadi lagu kebangsaan kita – “Terang Bulan” (penggubah asalnya, Pierre-Jean de Béranger (1780-1857) orang Indonesia dan negeri Perak itu jajahan Indonesia?);
- KONONNYA kita telah “menempatkan” pengganas kita di Indon – Azahari (sudah jadi arwah) dan Noordin Mat Top (untuk menjahanamkan Indon?).
Gugatan yang terlahir daripada mainan media massa Indon itu ternyata telah berjaya membangkitkan sentimen anti-Malaysia di hati sebilangan kecil rakyat Indon. Mainan dan provokasi media mereka telah menyebabkan tertubuh beberapa badan sukarela dan sukarelawang (suka dan rela kerana wang) seperti sukarelawan ilmu kebal dan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang matlamatnya hendak “berperang” dengan Malaysia. (Ah, perang? Pejuang Gerakan Aceh Merdeka yang bilangannya tidak banyak itu pun tidak berjaya diperangi apatah lagi ditumpaskan, hendak berperang dengan Malaysia pula?)
Yang menyebabkan otak saya dihujani ribuan tanda soal ialah mengapakah semenjak DS Mohd. Najib menjadi PM ini, pelbagai isu timbul sehingga menghangatkan sudut-sudut tertentu hubungan Malaysia-Indonesia? Ya, memang sebelum ini (sebelum DS Mohd. Najib bergelar PM) memang ada sosek-sosek panas yang menghangatkan hubungan Malaysia-Indon, terutama selepas Pulau Sipadan (yang menjadi tuntutan bertindih antara dua negara) menjadi milik Malaysia. Mereka telah menjadi sangat sensitif!
Tetapi, tampaknya keadaan semasa agak berbeda pada waktu DS Mohd. Najib mejadi PM. Saya katakan berbeda kerana mereka (rakyat Indon) sampai tergamak membakar Jalur Gemilang dan berhasrat pula hendak membamburuncingkan rakyat Malaysia di negara mereka semata-mata kerana tarian Pendet, kerana Manohara, kerana Terang Bulan vs Negaraku, kerana pembantu rumah, kerana PATI, kerana Noordin Mat Top. (Berapa ya jumlahnya rakyat Malaysia di Indon dan rakyat Indon di Malaysia?)
Ya, saya sangat curiga dengan situasi ini kerana provokasi-provokasi ini seperti mahu memperlekeh kePerdanaMenterian DS Mohd. Najib. Hal yang berlaku sekarang seakan-akan sama dengan sejarah Soekarno memperlekeh kePerdanaMenterian Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj! Susilo Bambang Yudhoyono bermasalahkah dengan DS Mohd. Najib? Tidak mungkin!
CATATAN:
- Kita dicurigai di Ambalat tetapi akhirnya Exxon-Mobil dengan mudah dapat menguasai dan mengelola Blok Natuna di Riau.
- Kita berharap agar memang benar bahawa orang yang membawa bambu runcing, yang membakar Jalur Gemilang, dan yang lain-lain itu hanyalah orang Indon upahan yang memerlukan (membutuhkan?) wang. Orang yang memerlukan wang di Indon memang tega untuk melakukan apa-apa pun hatta mati sekalipun (tragedi perebutan wang zakat di Pasuruan adalah antara contohnya).
- Saya ragu-ragu, benarkah orang yang mati dihujani peluru di Temanggung, Jawa Tengah selepas peristiwa pengeboman hotel Ritz Carlton dan JW Marriot itu bukan Noordin Mat Top tetapi orang yang namanya Ibrahim?
- Saya tidak suka permusuhan dan peperangan kerana kita serumpun malah makhluk yang sama, yang tinggal di bawah langit yang sama, dicahayai oleh matahari yang sama, dipisahkan oleh laut yang sama.
Salam.
ReplyDeleteKrisis Malaysia-Indonesia ini memang sangat mencurigakan. Apakah sebegitu mudah mereka hilang pertimbangan sehingga mahasiswa kita yang sedang membantu mangsa gempa bumi di Jakarta sanggup dijadikan sasaran buluh runcing? Ada sesuatu yang tidak kena.
Apa pun secara peribadi, saya memang sangat marahkan Indonesia yang saya sifatkan sebagai tidak mengenang budi. Sukar saya gambarkan dengan kata-kata betapa perasaan marah ini sangat sukar dibedung lagi sehinggalah saya teringat pesan emak, lebih baik diam daripada kita bercakap ketika sedang marah (tetapi saya bercakap/menulis juga tantang isu ini, hehehe)...
Salam, Cikgu Marni;
ReplyDeleteSaya berasa kasihan dengan Indonesia kerana mempunyai warganegara yang patriotis melulu seperti itu. Banyak sudah pengorbanan dan bantuan yang kita berikan, tetapi inilah bentuk balasan yang kita dapat. Susu kita beri, round-up dibalasnya.
Khabarnya, semasa Jusuf Kalla menemui DS Najib untuk membincangkan perihal Ambalat, dia sampai mengugut bahawa Indon akan bertindak membekalkan bom kepada 1 000 orang rakyatnya yang berada di Malaysia untuk mengebom pusat tumpuan rakyat kita. Begitu lebih kurang dan Jusuf Kalla bangga dengan "diplomasi" cara itu.