Wednesday, June 2, 2010

Cerita tentang Scorpene seperti Baru Bermula

SOROTAN
Saya tidak suka akan berita daripada AFP ini kerana berita ini membabitkan orang Malaysia. Namun, kita terpaksa menerima hakikat ini bahawa pihak yang terbabit di Perancis sedang berusaha untuk menyerlahkan kebenaran. Tidak ada apa-apa yang hendak dikhuatirkan oleh orang Malaysia yang terbabit kerana orang Malaysia bersifat berani kerana benar, takut kerana salah.

ISI BERITA
Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia memperlihatkan suatu perkembangan baharu. Menurut suatu sumber kehakiman, pihak polis Perancis telah menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales pada minggu lalu dan mereka telah merampas dokumen-dokumen tertentu dalam serbuan itu.

Siasatan terhadap penjualan kapal selam yang berlaku pada tahun 2002 itu telah dimulakan oleh Pejabat Pendakwa Raya Paris pada Mac 2010 lalu setelah menerima aduan daripada badan hak asasi manusia dari Malaysia, SUARAM.

Dalam aduannya itu, SUARAM mendakwa bahawa Armaris – anak syarikat Thales dan DCN – telah membayar komisyen yang berjumlah 114 juta Euro kepada syarikat Malaysia yang bernama PERIMEKAR, iaitu sebuah syarikat yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan YAB Perdana Menteri sekarang. (Perdana Menteri yang terkini ialah Menteri Pertahanan Malaysia pada tahun 2002 dan beliau bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.)

Sejak tahun 2000, undang-undang Perancis menetapkan bahawa bayaran komisen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah.

The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga buah kapal selam kepada Malaysia pada tahun 2002. Nilai kontrak jualan itu adalah sekitar satu bilion Euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap di Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa “tiada kes” untuk dijawab. Menurut jurucakap itu, urus niaga tersebut bebas daripada rasuah. Dakwaan yang mengatakan Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urus niaga tersebut adalah tidak benar, kata jurucakap itu lagi.
(Sumber daripada AFP)


ULASAN
Cadangan untuk menghapuskan subsidi pelbagai jenis barangan pada waktu rakyat sedang terkial-kial menghadapi masalah ekonomi sekarang sangat tidak wajar. Pemberian komisen yang begitu banyak (kalau benar) dalam urusan pembelian kapal tenggelam itu juga tidak wajar.

2 comments:

  1. sama-samalah kita berjuang untuk lakukan perubahan...jangan dengan dakyah mereka yang ditabur melalui media cetak mahupun elektronik yang dikuasai mereka...sebenarnya terlalu banyak kemungkaran yang tidak mampu dijawab oleh mereka dengan benar...saat untuk berubah telah tiba....

    ReplyDelete
  2. Bukankah orang-orang yang bermoral akan segera meninggalkan jawatan jika hal sebesar ini menimpa batang hidungnya?

    ReplyDelete