Wednesday, June 30, 2010

Menunggu Usia Setengah Abad

Semalam, 48 tahun sudah usia saya. Dua tahun lagi, angka itu akan menginjak usia setengah abad pula. Saya menunggu-nunggu detik itu penuh sabar tetapi tepu debar. Saya sangat berharap agar saya dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT supaya sempat mengecap saat itu walaupun dikatakan bahawa hidup bermula daripada usia 40 tahun.

Sementara menunggu detik itu, saya perlu mengisi hidup saya dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Saya perlu menebalkan pengetahuan saya dengan segala aspek yang berkaitan dengan agama saya. Saya berharap agar hari esok menjadi hari yang lebih baik kepada saya berbanding hari ini. Saya berharap agar pada usia itu, saya sudah menginjakkan kaki di Makkatul Mukarramah.

Karier saya ini saya yakin dapat menjadi amal jariah saya – ilmu yang dipergunakan orang. Walaupun saya bukanlah penulis kebanyakan buku yang saya sunting, tetapi saya sebahagian daripada buku itu, mungkin menjadi salah satu jari penulis. Pengarang mencurahkan idea, saya memperelok isi dan rupa. Tetapi kepada pembaca, kunci ilmu itu tetap pada penulisnya.

Harapan unggul saya pada setiap ketika ialah Allah SWT senantiasa menetapkan iman dan keislaman saya – janganlah dipesongkan-Nya aqidah saya, janganlah dilarikan-Nya hidayah daripada saya, janganlah mata saya dipejamkan di luar iman dan Islam, janganlah saya menjadi kebencian-Nya. Amin.

5 comments:

  1. salam akhi ZUL...

    akhi Zul kira pangkat abang ler sikit dr ummi n hubby ummi...

    semoga dipanjangkan usia dlm keimanan ...

    selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran ..

    apa2 pun tugasan kita yg baik, diniatkan krn Allah sdh dianggap sebagai ibadah ... mudah2an kehidupan kita semua sentiasa mendapat keredhoanNya.

    ReplyDelete
  2. Salam, Ummi sekeluarga;
    Terima kasih atas doa (Amin) dan ucapan.

    Kembara Ummi sekelurga di Tanah Suci tentulah seronok dan sangat penuh makna, saya kira. Alhamdulillah. Saya akan menyusul, insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam, Bung.
    Selamat hari lahir. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan sentiasa dipayungi dengan rahmat dan berkat-Nya.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir, tuan. Semoga sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  5. Salam, Mi; Salam Cikgu Marni,
    Terima kasih atas ucapan yang ikhlas itu dan doa yang insya-Allah akan dimakbulkan-Nya.

    Semoga kalian juga senantiasa mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete