Monday, September 6, 2010

Penghina Agama Banyak yang Bebas

Sabtu lalu, TS Muhyiddin berkata bahawa tidak ada sesiapa yang akan terlepas jika mereka menghina agama. Kenyataan itu tampak tegas, tetapi langsung tidak menakutkan kerana hal menghina agama ini “dah berlaku lama dah”.

Dan kita wajar memikirkan, bagaimanakah yang dikatakan sebagai “menghina agama” itu? Orang Islam yang tidak bersolat tidak tergolong sebagai “menghina agamanya”kah? Orang Islam yang menolak hudud tidak menghina tergolong sebagai penghina agamakah?

Mereka penghina agama bukan? Sekarang, telah diapakan umat Islam yang menghina agama itu? Bukankah mereka masih lepas bebas menyedut dan menghembus nafas?

Gertak-menggertak ini, TS Muhyidn eloklah dihentikan sahaja. Tukar cara. Siasat dalam diam. Cari bukti, lihat, dan kemudian, tangkap!

4 comments:

  1. Salam, Tuan. Cakap-cakap orang politik, begitulah. Ketegasan kata-kata hanya akan dapat dilihat apabila ada tindakan dan pastinya tindakan hanya diambil apabila mereka mahu melindungi kepentingan diri dan parti politik masing-masing. Meletihkan!

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu Marni;
    Itulah, tindakan yang kita harap-harapkan jarang-jarang sekali diambil. Hipokrasi itu bilalah akan tamatnya.

    ReplyDelete
  3. Sdra. Zul.
    Saya percaya nanti akan timbul satu fahaman baru berkaitan penghinaan agama.
    Persoalan tidak sembahyang dan menolak hudud seperti yang saudara nyatakan, jelas merupakan penghinaan kepada agama. Tetapi hal itu mungkin dianggap sebaliknya bagi kalangan tertentu.
    Begitu juga kes MP bukan Islam masuk ke surau dan menyampaikan ucapan. PM sendiri mengeluarkan kenyataan tentang tindakan MP itu yang tidak menutup aurat masuk ke surau. Persoalannya bagaimana pul halnya apabila wanita Islam masuk ke surau tanpa bertudung atau sekadar mengenakan selendang sahaja dan membiarkan jambulnya tersembul?
    Nanti ramai akan keliru dengan penghinaan agama yang dimaksudkan itu.

    ReplyDelete
  4. Salam, Sdr Mendewa,
    Ya, sangat betul kata Saudara. Tidak bertudung suatu penghinaan terhadap Islam, bertudung dengan menampakkan jambul pun menghina Islam.

    Bagaimanakah kita hendak mengkategorikan orang ini? Kita sangat faham, PM menegur itu atas asas politik, bukan atas asas Islam kerana kalau asasnya Islam, beliau harus lebih dahulu menegur First Lady itu.

    Janganlah ada yang keliru hendaknya.

    ReplyDelete