Friday, October 8, 2010

PKR dapat “Datuk” Baharu

Kenal Datuk Dr. Lee Chong Meng? Beliau Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang. Hari ini beliau mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti komponen BN itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat MCA tengah hari semalam.

Datuk Dr. Lee bertindak keluar dari MCA apabila Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA, mengumumkan bahawa MCA akan menggantung keanggotaan Datuk Dr. Lee atas tuduhan menyalahgunakan peruntukan kerajaan. (Lembaga Disiplin MCA sebelum ini memang telah mencadangkan keaggotaan Datuk Dr. Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan peruntukan yang diberikan kerajaan pada tahun 2008.)

Datuk Dr. Lee menafikan tuduhan itu, malah menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu digunakan untuk aktiviti Tahun Baharu Cina dengan beliau sendiri telah mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

ULASAN
Akhirnya, khabar angin menjadi khabar benar. Borang keahlian PKR yang telah diisi beliau sejak beberapa bulan lalu akhirnya ditandatangani dan sahlah beliau sebagai ahli PKR.

2 comments:

  1. berita begini tak akan disiarkan dalam media perdana yang terbelenggu dan tiada upaya menebarkan kebenaran....

    ReplyDelete
  2. Salam, Syeikh Faziz;
    Berita seperti ini nilai komersialnya tiada berbanding dengan nilai ahli PAS masuk UMNO atau jutawan kosmetik hilang. Faham-faham sajlah!

    ReplyDelete