Thursday, September 2, 2010

Sukakan Gaharu Kerana Baunya, Sukakan Guru Kerana Ilmunya

Beliau memang seorang tokoh. Walaupun ketokohannya tidak sehebat artis apatah lagi PM atau ahli politik yang lain, pada saya beliau memang seorang tokoh. Sumbangannya terhadap bidang yang dicintainya melayakkan beliau diangkat sebagai tokoh.

Oleh sebab beliau tokoh, kearifannya dalam bidang yang dicintainya harus kita manfaatkan dengan sewajarnya, malah perlu dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Kalau kita berkesempatan, ceramah beliau eloklah kita hadiri, bahan-bahan tulisannya seharusnya kita miliki, makalah beliau seelok-eloknya kita hayati, dan Blog beliau eloklah kita kenali.

Tokoh yang saya maksudkan itu tidak lain tidak bukan Tuan Profesor Dr. Haji Awang Sariyan yang sekarang merupakan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China yang berpangkalan di Beijing Foreign Studies University. Beliau, telah mula berblog pada tahun ini dengan menjadikan hal-hal berkaitan bahasa dan budaya sebagai fokus pembicaraannya.



Kini beliau turut menjawab persoalan-persoalan berkaiatan bahasa dalam Blognya itu dengan memberikan hujah yang tepat dan kritis. Pencinta bahasa, sama ada guru, pelajar, editor, dan sebagainya harus memanfaatkan curahan ilmu yang diberikan beliau secara percuma itu.

Lawatilah Blog beliau, http://kembarabahasa.blogspot.com/. Insya-Allah, pengetahuan tentang bahasa dan budaya akan bertambah dan bercambah.

2 comments:

  1. Salam, Tuan.
    Mohon izin untuk kongsi catatan tuan dalam web pendidikmy (http://pendidikmy.net).
    Blog tuan juga sudah di'link' dalam senarai blog di pendidikmy.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam, Pendidikmy;
    Terima kasih kerana sudi berkongsi catatan. Saya akan berusaha untuk "link" dgn blog di pendidikmy.

    ReplyDelete