Thursday, October 14, 2010

Lantai Runtuh: Pencapaian yang Begitukah Hendak Diutamakan?

Saya sama sekali tidak berniat hendak menyindir. Kebanyakan orang bersetuju bahawa slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sangat hebat walaupun ada yang berkata kalimat “didahulukan” dan “diutamakan” itu kabur. Maksudnya, kedua-duanya boleh bersilih ganti.

Kepada orang yang tidak faham, dengan adanya ungkapan “rakyat didahulukan”, hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat akan sentiasa dipantau dan dipelihara. Dengan adanya ungkapan “pencapaian diutamakan”, hal-hal kemajuan negara akan diberi perhatian yang penting. Begitulah lebih kurang.

Kejadian semalam adalah antara yang dapat menidakkan slogan “rakyat didahulukan”. Lantai (bukan bumbung) sekolah runtuh. Yang menjadi mangsa bukan YB Menteri Pelajaran atau Timbalannya, atau KP Pelajaran dan Pengarah-pengarah Jabatan yang lain, atau Pegawai-pegawai lain di Kementerian dan Jabatan Pelajaran, tetapi murid-murid. Sepuluh orang murid cedera, dua daripadanya dikategorikan sebagai serius.

Pastilah satu siasatan akan dilakukan. Inilah “pencapaian” kita selalunya. Siasatan dilakukan selepas kejadian, walhal siasatan terhadap bangunan harus dilakukan secara berkala. Menjadikan kayu bakau (bukan besi seperti lazimnya) sebagai lapik lantai bukanlah idea yang cerdik dan bukanlah pencapaian yang harus dibanggakan.

Membina bangunan yang mudah runtuh, selalu bocor, dan macam-macam yang lain seperti suatu pencapaian pula. Masih juga ada yang berkata “mujur”.

6 comments:

  1. Rakyat didahulukan...
    Rakyat didahulukan...
    Rakyat didahulukan...
    Rakyat didahulukan...
    Rakyat didahulukan...

    Saya sedang memujuk hati agar mahu menerima dan mahu percaya... hehehee

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu,
    Tun M kata, idea 1Malaysia kabur dan mengundang pelbagai interpretasi daripada pelbagai kaum. Idea itu, kata Tun M, perlu penjelasan dan perincian daripada pencetus idea. Ada?

    Samalah dengan idea RDPD ini.

    Seperti Cikgu, saya masih mencuba untuk mempercayainya.

    ReplyDelete
  3. mula dari dr m sehingga kini pemimpin kita hanya pandai mencipta slogan..untuk membius hati rakyat...walhal kebejatan, ketidakadilan..budaya fitnah...berleluasa

    ReplyDelete
  4. Salam Syeikh Faziz,
    Mulut mereka perlu dihadkan daripada berslogan. Disuruhnyakita pandang ke timur, mereka melambakkan harta di Barat. Disuruhnya kita mengikut kepimpinan melalui teladan, rasuah yang terserlah.

    ReplyDelete
  5. salam. Negaraku Malaysia jika kemalangan tiada kematian dianggap satu hal yang biasa... melainkan jika yang cedera itu anak bapak menteri.
    kalau anak rakyat marhean .... sila dapatkan rawatan di klinik satu malaysia.

    kalau rakyat marhean mati ia kes terpencil.
    kalau orang terkenal ia kes berprofil tinggi.

    ReplyDelete
  6. Salam, Syeikh;
    Kalau ahli politik puak mereka mati dengan cara yang mengaibkan (bunuh diri dan sebagainya) pihak berkuasa cepat-cepat cover.

    "Tiada keperluan untuk dedahkan motif kejadian," begitu pihak berkuasa berkata.

    Syeikh dapat apa-apa yang istimewa daripada Belanjawan baru-baru ini. Rakyat Didahulukan.... Pencapaian Diutamakan.... Dalam pada rakyat dikenakan kenaikan 6% cukai khidmat ASTRO, nak bina pulak bangunan 100 tingkat....

    ReplyDelete