Sunday, December 19, 2010

Interlok: Tidak Patut SN Abdullah Hussain Sampai Perlu Memberikan Penjelasan

Dalam akhbar Berita Minggu hari ini (Ahad, 19 Disember 2010), ada laporan tentang novel Interlok. Tajuknya, “Penulis Interlok diarah(kan) beri(kan) penjelasan”. Isi berita itu menyentuh kata-kata Dr Mohd Puad Zarkashi tentang Interlok apabila dihubungi oleh pihak Berita Harian.

Antara lain, beliau (Dr Mohd Puad) berkata bahawa Kementerian Pelajaran belum membuat keputusan untuk menarik balik novel Interlok untuk kegunaan pelajar Tingkatan Lima. Beliau juga berkata kandungan buku itu akan diteliti sama ada wujud unsur yang menyentuh isu sensitiviti kaum selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

Beliau juga berkata bahawa Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri sudah mengarahkan Datuk Abdul Ghaffar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran untuk meminta penulis Interlok, Datuk Abdullah Hussain, supaya memberikan penjelasan berhubung isu yang didakwa sensitif itu selain mendengar penjelasan daripada jawatankuasa yang memilih judul itu sebagai teks KOMSAS.

Kata Dr Puad lagi, buat masa ini, Interlok tetap akan digunakan sebagai salah satu subjek dalam KOMSAS untuk Bahasa Malaysia.

Saya sedih kalau Datuk SN Abdullah Hussain sampai terpaksa menjelaskan kepada pihak Kementerian Pelajaran tentang dakwaan itu. Sangat sedih! Seperti yang ditegaskan, novel itu pemenang sayembara. Sebagai pemenang sayembara, sudah barang tentu karya itu sudah “masak” dinilai oleh panel penilai yang bukan calang-calang orangnya.

Kalau sampai demikian pendirian pihak Kementerian Pelajaran, wajar jugalah pandangan panel penilai yang memilih karya itu sebagai pemenang sayembara diminta juga. Dalam hal ini, para panel penilai karya itu sebagai pemenang sayembara pada tahun 1967 dahulu, jika ada yang masih berhayat, eloklah membantu menjelaskan hal ini. SN Datuk Abdullah Hussain hanyalah pencerita yang menceritakan realiti dengan jujur dan benar. Tidak wajar beliau diminta melakukan demikian.

Tanggapan serong itu hanya dimunculkan oleh entah berapa kerat pembaca, yang pemahaman mereka tentang sastera entah bagaimana, yang kesungguhan mereka untuk membentuk perpaduan barangkali harus diselidik juga.

Sedih juga saya kalau penulis yang tidak meminta karyanya dipilih sebagai teks sekolah terpaksa menjelaskan sesuatu tentang karyanya walhal karyanya itu sudah lebih 40 tahun mencantikkan dunia sastera tanah air.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar Interlok tetap akan digunakan sebagai salah satu subjek dalam KOMSAS untuk Bahasa Malaysia. Saya juga berdoa agar Allah SWT menabahkan hati penulis Interlok dan Allah SWT sentiasa merahmati beliau.

Jawatankuasa pemilih yang dilantik KPM untuk memilih judul-judul teks KOMSAS tidak silap apa-apa dalam memilih judul itu. Saya yakin, mereka memilihnya kerana 1Malaysia. Semoga Allah SWT memihak kepada kalian.

14 comments:

  1. Novel in sudah berusia 43 tahun dan mereka masih gagal menafsirnya dengan tuntas. Sungguh kasihan kepada mereka yang tidak tahu membacanya dengan baik

    ReplyDelete
  2. Si penulis tidak meminta novelnya dipilih. Kemudian diminta memberi penjelasan. Apakah politikus tidak pernah berfikir. Sangat tidak cerdik.

    ReplyDelete
  3. Salam, Cikgu,
    Yang gagal menafsirkannya ialah orang-orang minoriti tetapi yang "tersedak" orang-orang yang berautoriti. Kasihan Bung Abdullah, beliau diminta menjelaskan isu itu.

    Salam, Khairul,
    Bukankah sepatutnya politikus ikut membaca novel itu?

    ReplyDelete
  4. Diharap kita tidak salah faham.. Penulis diminta memberi penjelasan atas kapasitinya sebagai seorang penulis yang sudah pasti lebih mengetahui isi kandungan novel tulisannya berbanding dengan pengkritik. Pengkritik (seorang menteri di JPM) hanya mendengar cerita mulut tanpa membaca habis novel tersebut lantas tiba-tiba melatah. KPM tidak pernah membuat keputusan menarik balik novel tersebut seperti diberitakan. Sebagai prosedur biasa, apa-apa isu yg dibangkitkan perlulah dikaji dan dijawab dengan segera dan sudah pasti penulis, PENA dan lain2 perlu mempertahankan novel tersebut sebelum keputusan dibuat oleh pihak KPM. Kadang2 'hakikat' adalah amat pahit untuk ditelan oleh MEREKA.

    ReplyDelete
  5. Salam, Sdr Jezz,
    Kita faham akan hakikat itu. Cuma, apabila penulis yang hasil karyanya telah sedia dinilai sebagai pemenang sayembara diminta berbuat begitu, saya kira kurang wajar. Apatah lagi beliau SN yang tahu isi cerita yang ditulisnya.

    Adakah kelak semua sasterawan yang karya mereka terpilih untuk didalami pelajar (untuk subjek Kesusasteraan Melayu selain BM sendiri pada peringkat SPM dan STPM) akan perlu memberikan penjelasan tentang karya mereka?

    Semuanya kerana si minoriti melatah Sampai ke tahap mengugut!

    ReplyDelete
  6. Perkataan pariah tidak harus muncul dalam sebuah novel edisi murid. Jika guru dan pelajar (jika ada) yang rasis mengambil kesempatan mempergunakan perkatan tersebut untuk menghina kawan-kawan daripada kaum India sudah jadi tak elok kan? Jika kita benar-benar mahukan perpaduan (antara matlamat novel ini dipilih), sudah pasti kita berjaga-jaga dengan hal yang sensitif, tak kira hal majoriti atau minoriti, semuanya hamba Allah juga. Isu ini masih 'nasi', jangan sampai jadi ...

    ReplyDelete
  7. Saya mamang sekali setuju dengan pendapat saudara
    sekalian tapi adakah patut anak-anak kita di alam persekolah pelajari dan ketahui adat resam lampau atau latar belakang rakyat bangsa malaysia ini dengan satu bahasa atau unkapan-unkapan yang mencercik yang kurang bertamadun..!

    Bahasa Malayu lah satu satunya bahasa yang paling pertasi tinggi dari segi penterjemahan bukan kah kita harus memtahankannya dari di cemari engan bahasa pasar.

    Maafkan saya jika ungkapan saya tersinggung.

    ReplyDelete
  8. Salam, muhibah, Sdr2 Anon,
    Kata "Paria" bukan kata adjektif yang menunjukkan sifat sesuatu bangsa, sebaliknya kata itu ialah kata nama. Kata ini sekelas dengan kata "Tamil", "Batak", dsb.

    Tidak ada ejekan atau celaan. Hanya kebetulan "Paria" itu tergolong sebagai satu kedudukan dalam masyarakat yang mengamalkan kasta dan direndahkan pula, maka kita merasakan demikian hinanya mereka. Masyarakat Malaysia tidak merendahkan mereka. Itulah yang hendak digambarkan oleh pengarang Abdullah Hussain.

    Kita harus terbuka dalam hal ini - betul-betul terbuka.

    ReplyDelete
  9. maklumat bahawa semua orang yang datang dari india itu daripada golongan paria (kasta terendah) memang tak logik. british tahu 'pecah dan perintah", pasti british tidak bawa golongan yang setaraf! perlu diingat bahawa ketika itu india dijajah oleh british, dan british lebih faham akan orang india (daripada abdullah hussain).

    ReplyDelete
  10. Salam, Anon,
    Abdullah Hussain, di dalam novelnya, langsung tidak mengatakan bahawa semua orang yang datang dari India itu berasal daripada golongan kasta rendah (paria). Sdr Anon sudah baca novel itu?

    Abdullah Hussain lebih memahami hal ini bagi memperlihatkan tahap kebersamaan (perpaduan) daripada Sdr dan kita semua.

    ReplyDelete
  11. Para pembaca, Secara rasional dan sebagai rakyat yang Berwibawa,Jujur dan Taat kepada RAJA dan NEGARA... Hannya SATU konsep harus
    berpegang " BERSATU DEMI NEGARA "

    1.WALAU APA JUA SEKALI PUN KEKELIRUAN MULA MENTUNAS KITA HARUS SECARA IKLAS 100% HARUS MENCARI JALAN PEYELESAIAN SECARA AMAN TANPA MELUKAKAN HATI MANA-MANA PIHAK.

    # Pihak MEDIA & PENULIS+Blog harus TERAMAT PEKA kepada perkara yang tersebut diatas jika benar benar Cintakan NEGARA.

    KITA tak perlu bukitan " WE ARE THE BEST RACE "
    KITA HANYA PERLU BUKTIKAN " RAKYAT MALAYSIA PENYAYANG DAN BERTAMADUN "

    (Kita harus meneliti sesuatu perkara 10kali sebelum sampaikan kepada rakyat contoh seperti berikut, saya meneliti beberapa ceramah orang yang pipanggil minority, boleh katakan 99% peratus tak sutuju dengan bahasa karya yang agak keras terhadap SEMUA KAUM (M.C.I). dan juga TAK setuju sama sekali Karya Interlok di bakar..!! Kalau boleh buku ini tidak diperjemahkan di kalangan MURID-MURID sekolah sahaja)


    SEKIAN,
    ------
    Rakyat JATI.

    ReplyDelete
  12. Sdr Rakyat JATI,
    Saya sangat bersetuju dengan pendirian Sdr. Jika beginilah pendirian Murugiah semasa memanggil sidang akhbar tetang hal ini, saya yakin bahawa hal ini tidak akan riuh! Murugiahlah yang melahirkan ugutan untuk membakar novel itu dan ugutan itu dibuat terhadap sebuah karya yang ditulis oleh orang Melayu!

    Tetapi saya masih berpendirian bahawa novel itu sesuai digunakan di sekolah. Mungkin mana-mana yang sensitif (kalau wajar) dibuang.

    ReplyDelete
  13. SYABASx3.. Tuan ZUL, rebuan terima kasih atas pemikiran MURNI anda.

    Tapi macam mana dapat kita
    berkongsi pendapat dengan orang2 diluar sana..!!??

    Harapkan sangat agar semua di luar sana sepandapat dengan Tuan, ZULKIFLI.


    Rakyat JATI

    ReplyDelete
  14. Sdr Rakyat JATI,
    Memang susah hendak memutihkan fikiran semua orang. Kita cubalah mana-mana yang termampu.

    ReplyDelete