Seminggu dua ini kerap betul saya mendengar iklan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia lewat radio (RTM). Iklan itu menyuruh para pelajar perempuan Tingkatan 1, yakni yang berusia 13 tahun, supaya mengambil pelalian HPV (Human Papilloma Virus). Virus ini khabarnya menjadi penyebab utama kanser servik.
Dikhabarkan kepada khalayak bahawa kanser servik merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektal. Setiap wanita berisiko untuk dijangkiti oleh HPV selepas mereka berkahwin. Oleh itu, elok sangatlah para ibu bapa membenarkan anak mereka mendapatkan suntikan pelalian ini.
Lupakanlah orang yang mendapat keuntungan daripada pembekalan ubat pelalian ini. Fikiran dan hati kita harus murni tentang hal ini.
Saya terfikir juga, alangkah moleknya kalau cara/kempen yang serupa digunakan oleh JAKIM serta pihak berkuasa agama Islam yang lain, khususnya Jabatan Perdana Menteri, kepada umat Islam supaya mereka menunaikan kesemua lima Rukun Islam. Ingatkan umat Islam bahawa virus malas bersolat menjadi penyebab amalan lain tidak diterima Allah. Ingatkan umat Islam bahawa jika semua amalan (puasa, zakat, haji) tidak diterima Allah, hal itu akan menyebabkan mereka masuk ke dalam neraka.
Kalau kita menempelkan poster-poster peringatan tentang hal ini di lokasi strategik, ditakuti pula pihak yang berlainan agama melakukan hal yang sama. Kalau pihak JAKIM menggunakan RTM, ditakuti pula pihak daripada agama lain akan menuntut hal yang sama. Kita harus membenarkan semua pihak melakukan hal yang sama kerana kita 1Malaysia.
Oh, kita ada Radio IKIM! Kita boleh guna medium ini. Tapi, orang-orang muda dan yang berhati muda banyak manakah yang memilih medium itu? Ada orang semak Radio IKIM duduk pada kedudukan berapa berbanding dengan Hot FM, Sinar, apatah lagi Radio ERA?
Kesihatan memang baik diberatkan oleh kerajaan dan sebagai badan yang dipertanggungjawabkan, pihak Kementerian Kesihatan telah melakukan kerja mereka dengan penuh tanggungjawab. Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, apakah yang dilakukan mereka? Solat tiang agama, Syeikh!

Setuju dengan saranan tersebut. Malang sekali, mereka juga tidak membaca entri ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum, tuan.
ReplyDeleteCadangan yang bernas. Semoga ada pihak berkenaan yang membaca (atau terbaca) catatan tuan ini).
Salam, Sdr Razlan dan Cikgu Marni;
ReplyDeleteTerima kasih. Jika Allah mengizinkan ke arah itu (dibaca oleh pihak yang bertanggungjawab lalu dipraktikkan), syukur alhamdulillah.
(Yang membimbangkan, jika kelak benar-benar pihak JPM, JAKIM, dll mengusahakannya, dan pendengar tidak ambil pusing seperti halnya saranan "Tak Nak (Merokok)" itu. Bagaimana, ya?)
Ya, memanglah sesuatu yang mengecewakan jikalau pendengar tidak mahu abil pusing. Alangkah baiknya jikalau undang-undang Islam dilaksanakan seperti di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Sebat sahaja umat Islam yang tidak mahu mengerjakan solat (pasti pejuang hak asasi manusia akan melenting mendengar usul ini, hehehee)
ReplyDeleteSalam, Cikgu;
ReplyDeleteTu dia. Baru betul! Kita banyak sangat takut pada pelaksanaan, tidak takut pada pelanggaran.
Pejuang hak asasi satu hal. Yang punya diri tu, silap haribulan, murtad. Nauzubillah.
Macam Cikgu selalu kata, pendidikan bermula di rumah. Hal solat ini pun sama.
salam
ReplyDelete1 pertnyaan kwn saya...adakah pelalian ini halal disisi islam?