Wednesday, December 1, 2010

Macam Minum Air Tongkat Ali: Naik Saja

Malam tadi, harga RON97 naik RM0.15 untuk dijual pada harga RM2.30. Seperti yang sering saya ajukan kepada rakan taulan, apakah makna kenaikan itu kepada para pemimpin yang memutuskan untuk menaikkan harga petrol itu? Tidak memberikan makna apa-apa kerana tanpa memotong gaji mereka kerana kelembapan ekonomi, mereka masih dapat menikmati tuntutan perbatuan (mileage claims), yang pada kebanyakan waktu menguntungkan mereka pula.

Tadi ada orang meragui sebab-musabab penangguhan Perhimpunan Agung UMNO selama 18 bulan. Pada masa yang sama, harga RON97 dinaikkan.

“Maknanya apa?” soal beliau. “Nak PRUlah! Naikkan RON97, bertambahlah dana kerajaan BN untuk tujuan itu. Tangguhkan Perhimpunan Agung, dapat berikan tumpuan pada PRU.”

Yalah agaknya tu. Saya sedang makan, tapi otak dok fikir, nak guna RON97 lagi atau RON95 saja?

2 comments:

  1. Assalamualaikum, tuan. Marilah kita sama-sama menggunakan RON95. Sesekali sahaja kita 'manjakan' kereta dengan RON97. Contohnya, sempena ulang tahun usia kereta atau sempena kenaikan gaji atau sempena penerimaan bonus. Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam, Cikgu;
    Begitulah hajat hati. Yang baik dan bermutu bukan untuk kita.

    ReplyDelete